Skip to content

Kisah menyayat hati keluarga ibu mengandung mangsa ragut

May 8, 2009
Mohd Zani dan 5 anaknya menangis mengenangkan arwah

Mohd Zani dan 5 anaknya menangis mengenangkan arwah

Mohd Zani hanya berserah pada takdir nasib keluarganya selepas ini

Mohd Zani hanya berserah pada takdir nasib keluarganya selepas ini

Anak sulung mangsa, Nor Idayu kini mengambil alih peranan menjaga adik-adiknya

Anak sulung mangsa, Nor Idayu kini mengambil alih peranan menjaga adik-adiknya

5 beradik ini sedih menatap wajah ibu yang sudah tiada

5 beradik ini sedih menatap wajah ibu yang sudah tiada

Melihat gambar di atas mungkin cukup membuatkan ramai yang terharu dan tumpang bersedih atas nasib menimpa 5 anak mangsa ragut, Saripah Mohd Nor, 31, yang maut dirempuh sebuah kereta selepas tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal Rabu lalu.

Apa lagi perasaan aku yang melihat dengan mata sendiri lima beradik itu bersama bapanya menangis sambil berpelukan beramai-ramai kerana terlalu sedih dengan nasib yang menimpa ibu mereka dalam kejadian menyayat hati itu.

Aku malas lah nak cerita panjang, aku tempek je story aku tu kat bawah ni…

TUMPAT: Anak sulung wanita mengandung tiga bulan yang maut angkara peragut bermotosikal kelmarin, Nor Idayu Mohd Zani, 13, berjanji akan mengambil alih tugas menguruskan keperluan empat adiknya termasuk memasak dan membasuh baju selepas ketiadaan ibunya.

Nor Idayu, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kandis, Bachok, itu juga berjanji menjaga semua adiknya dengan sempurna seperti mana pengorbanan Arwah ibu mereka, Saripah Mohd Nor, 31, sepanjang hayatnya sebelum menemui ajal dalam kejadian menyayat hati itu.

“Saya janji akan jaga adik-adik… setiap hari saya akan memasak, mengemas rumah dan membasuh baju. Saya sudah biasa buat kerja rumah kerana sebelum ini pun selalu membantu arwah ibu,” katanya ketika ditemui di rumah nenek mereka di Kampung Kok Bedolah, di sini, semalam.

Lebih menyayat hati, ketika kunjungan media ke rumah berkenaan, semua lima beradik itu bersama bapa mereka, Mohd Zani Awang, 39, berpelukan dan menangis apabila Mohd Zani memesan kepada anak-anaknya itu yang mereka perlu belajar menjalani hidup tanpa ibu di sisi.

“Selepas ini, kakak (Nor Idayu) kena jaga adik-adik kerana mak dah tiada. Kamu semua mesti belajar rajin-rajin dan pandai membawa diri,” katanya tersekat-sekat sambil menitiskan air mata.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi di Padang Raja, Melor, Saripah yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kuala Jel, Bachok dari rumah ibunya di Tumpat, tercampak dari motosikal apabila beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal sebelum dirempuh sebuah kereta.

Saripah yang sedang hamil anak keenam itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Bedolah kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.

Mohd Zani yang bekerja sebagai tukang paip dengan pendapatan tidak menentu, berkata beliau belum membuat sebarang perancangan terhadap masa depannya dan anak-anak kerana masih terkejut dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

“Saya tak tahu apa perancangan selepas ini… serah pada takdirlah,” katanya sambil memeluk anak bongsunya, Siti Najwa, 2, yang tidak henti-henti menangis kerana merinduinya arwah ibunya.

Ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, berkata beliau akan menjaga dua cucunya yang belum bersekolah iaitu Siti Najwa dan Nurul Akmal Elisa, 6, walaupun dihimpit kemiskinan selain masih menanggung dua anaknya yang masih bersekolah.

Katanya, beliau mengambil keputusan menjaga dua cucunya itu kerana mahu menunaikan permintaan terakhir Saripah yang sering memintanya menjaga anak-anaknya ketika hendak keluar rumah sebelum kejadian itu berlaku.

“Sebelum keluar rumah kelmarin, arwah berpesan kepada saya supaya menjaga anak-anaknya. Saya beritahu memang saya sentiasa jaga anak-anaknya kerana saya sayangkan mereka… tak sangka itu permintaan terakhir arwah sebelum meninggal dunia.

“Jadi, biarlah saya jaga dua cucu yang belum bersekolah itu, lagi pun siapa yang akan tengok-tengokkan dua cucu saya ini bila bapa mereka keluar bekerja.

“Walaupun saya sendiri orang susah dan berdepan masalah kewangan, tapi saya yakin Allah tetap mengurniakan rezeki kepada mereka,” katanya yang berbesar hati jika ada mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Mohd Zani ketika mengiringi jenazah isterinya di bilik mayat

Mohd Zani ketika mengiringi jenazah isterinya di bilik mayat

Pix – Fathil (photographer NSTP)

Penulis Resah – semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga keluarga ini tabah menghadapi dugaan… amin…

2 Comments leave one →
  1. May 8, 2009 4:03 pm

    aku bace stori ko je, sah aku nak nangis…

  2. mywanfai permalink*
    May 10, 2009 10:29 pm

    manlukeman,
    aku baca stori bob hari ni lagi nangis, sambai basah sokkabar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: