Skip to content

Wan… Faysal… Arman… = ??

May 6, 2009

Tak lama lagi, genaplah setahun umur anak aku yang sorang nih, Arman atau nama penuhnya Wan Faysal Arman… kejap je rasanya, pejam celik pejam celik dah nak setahun rupanya umur anak ayah ni…

Time-time macam ni setahun yang lalu, aku tengah sibuk membelek-belek buku dan internet sebab nak carik nama untuk anak sulung aku nih…

Bila je doktor sahkan baby dalam perut isteri aku tu lelaki, aku pun bersemangat cepat-cepat carik senarai nama nak bagi kat anak aku nih… lepas satu, satu… kejap nama itulah, kejap nama inilah…

Yang pasti nama anak aku tu mesti bermula dengan Wan… sebabnya nama aku pun ada Wan jugak… sebab apa nama aku ada Wan tak payah lah aku cerita kat sini, nanti panjang pulak ceritanya…

So persoalannya, adakah aku perlu meletakkan nama anak aku dengan tiga perkataan macam nama aku, atau cukup dengan dua perkataan…

Tapi bila aku cuba try test tengok menggabungkan Wan dengan apa-apa nama menggunakan dua perkataan, aku rasa macam ada yang tak kena je… mungkin sebab dah terbiasa nama aku dan adik beradik yang lain ada tiga perkataan.

Akhirnya aku membuat keputusan nama anak aku nanti mesti ada tiga perkataan macam aku jugak…

Masalah seterusnya… selepas Wan nak letak nama apa??… Wan Ahmad ke? Wan Mohd ke?…

Fikir punya fikir akhirnya aku nak letak nama tengah pada nama anak aku macam nama aku jugak – Faizal…

Masalahnya, kalau Faizal dah tentu sebijik nama aku… bila besar nanti, kalau ada orang call rumah nak cakap dengan dia, dah jadi keliru pulak… nak cakap dengan Wan Faizal mana satu?? Wan Faizal senior ke Wan Faizal junior??

Sekali lagi aku berdepan masalah… fikir punya fikir lagi, akhirnya aku buat keputusan nama tengah anak aku tu lain sikit dari nama aku… kalau aku Faizal, anak aku Faysal… so ada jugak perbezaan – Wan Faizal dan Wan Faysal…

Ok lepas tu apa pulak?? Kalau nama aku Wan Faizal Anuar, anak aku Wan Faysal apa ek??

Bab ni yang paling susah sekali… lepas satu, satu… tapi tetap rasa tak sesuai jugak… entah berapa puluh kali lah aku belek buku senarai nama-nama Islam dan carik kat internet tapi tak jumpa jugak nama yang aku berkenan…

Macam-macam nama aku try gabungkan dengan Wan Faysal… tapi aku rasa macam tak serasi… akhirnya sebab dah payah sangat, aku tangguhkan dulu nama ketiga anak aku tu.

Suatu hari tu tengah boring-boring, aku pun bukaklah youtube tengok video klip lagu-lagu band Indonesia… tiba-tiba aku tertengok lagu nyanyian Ahmad Dhani feat penyanyi Gigi, Armand Maulana…

Aku kagum melihatkan persembahan Armand Maulana dengan suara serak-serak basah… tiba-tiba aku terfikir, nama Armand pun sedap jugak… jadi aku pun carik makna Armand dalam buku… nama Armand tak ada mengikut senarai nama Islam, tapi Arman ada lah… maknanya inspirasiku…

Bila aku gabungkan Wan Faysal + Arman = Wan Faysal Arman, aku rasa macam sedap je…

Selepas mendapat persetujuan dari isteri, akhirnya aku pun reserve nama tu sehinggalah Wan Faysal Arman lahir tepat jam 3.46 petang pada 17 Mei 2008.

2 Comments leave one →
  1. akula permalink
    May 6, 2009 10:24 am

    umm.. kalau dah jiwang tu.. bloodstream ko tu memang takdapat dipisahkan dengan lagu2 indon. Aku rasa sejak blog ko ni ditubuhkan, berapa banyak entri pasal lagu dan artis indon.. sampai nama anak pun rujuk penyanyi indon. he he..
    p/s Nama arman tu memang sedap pun. Dulu masa muda aku pun minat kumpulan Gigi tu jugak. Tapi skang dah tua..

  2. mywanfai permalink*
    May 10, 2009 10:27 pm

    akula,
    masa kecik2 dulu aku suka jugak tgk cite indon – kadir & doyok… uhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: