Skip to content

Ini kisah sedih…

May 4, 2009

Khamis lepas, ketika sibuk menyiapkan kerja di pejabat, tiba-tiba aku menerima panggilan dari Klinik Haidar Kamal iaitu klinik panel bagi syarikat tempat aku bekerja.

Hidupku yang sentiasa diisi dengan hilai tawa dan keceriaan tiba-tiba direntap… aku jadi kaku… terkejut dan seakan tak percaya dengan penjelasan doktor yang memeriksa sample darah yang diambil dari tubuhku sehari sebelum itu.

Rupa-rupanya aku disahkan berisiko tinggi… berisiko dihidapi penyakit… di usia yang masih muda…

Dunia tiba-tiba aku rasakan gelap… dengan tak semena-mena aku terbayangkan kesukaran dan keperitan yang bakal aku lalui di hari-hari mendatang… pastinya perjalanan hidup aku selepas ini bakal berubah…

Sepanjang usia aku yang mencecah hampir 3 dekat, tak pernah sekali pun aku menghidap sebarang penyakit dan tak pernah dimasukkan ke mana-mana hospital… aku seorang yang sihat… jarang sekali jatuh sakit, cuma sesekali diserang demam dan sakit kepala…

Kini tidak lagi…

Sebenarnya, aku membuat keputusan membuat medical check up minggu lalu kerana sejak kebelakangan ni aku selalu sakit… selalu demam… sakit kepala dan tak sedap badan…

Kini segalanya terjawab… doktor menasihatkan aku supaya mengawal pemakanan dengan tidak lagi menikmati makanan laut seperti udang, sotong, ketam dan kerang… daging merah seperti kambing dan lembu, kekacang serta beberapa jenis makanan lain.

Rupa-rupanya aku disahkan mempunyai kadar asid urik yang tinggi iaitu berisiko diserang gout… Aku kasihan memikirkan nasib anak isteri yang tidak lagi dapat menikmati seafood di depan aku…

gout-cartoon

Rupa-rupanya kehilangan berat badan sebanyak 4 kg bulan lalu hanya kegembiraan seketika… kini masanya untuk aku ucapkan bye bye kepada kari kambing, kacang Ngan Yin, mee bandung, mee rebus, udang goreng tepung dan cekodok udang geragau…

3 Comments leave one →
  1. akula permalink
    May 4, 2009 12:44 am

    alamak mywanfai..
    habis tu sape nak habiskan kari kambing Hazeqah nanti? Kalau cengginilah gayanya, aku yakin, selepas 2 minggu, transformasii akan benar2 berlaku.
    p/s: naper lak nak kesian anak bini tak dapek makan seafood, sian kat penulis resahla lepas ni tengok aje anak bini makan mee bandung, mee jawa, sotong celup tepung, cucur udang, beriyani kambing, cekodok geragau, mee udang, nasik goreng daging merah, sup ekor… bla bla.. nyam nyam.. hu hu..

  2. mywanfai permalink*
    May 4, 2009 4:24 pm

    akula,
    kesian kat anak bini sebab tak dibenarkan makan seafood depan penulis resah… hahaha

  3. meet uncle Jony permalink
    May 6, 2009 2:00 am

    bagus la tuan tnh sedar dan ada niat utk mencegah sblm terkena

    “kesian kat anak bini sebab tak dibenarkan makan seafood depan penulis resah”
    huahaha.bertambah resah lah da xdpt join ank bini mkn seafood..bsbrla ye

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: