Skip to content

Enam tahun berlalu… UiTM tetap dihatiku…

May 2, 2009

Nampaknya tiga adik aku sudah dan akan menamatkan pengajian di universiti dan bergelar graduan… harap-harap mereka tak bergelar penganggur, maklumlah zaman ni ekonomi tengah meleset!

Sebagai abang, aku sentiasa mendoakan kejayaan adik-adik aku nih, termasuk seorang yang dah bekerja dengan gomen di Putrajaya dan seorang lagi yang dah nak bernikah tengah bulan ni…

Bila tengok (sebenarnya dengar je) adik-adik aku ni nak habis belajar, tak semena-mena aku pun terkenang memori indah ketika bergelar student selama 6 tahun kat UiTM Shah Alam dulu… tiga tahun untuk pengajian diploma dari Julai 1997-April 2000 dan degree dari Disember 2000-Oktober 2003.

UiTM memang menyimpan banyak memori… tanpa UiTM, tak mungkin aku menjadi aku seperti sekarang… tanpa UiTM, entah kat mana agaknya aku sekarang…

UiTM bukan sekadar tempat menuntut ilmu dan menggenggam segulung ijazah, tapi tempat yang mengajar aku erti hidup, mengenal dunia dan menjadi insan yang lebih matang… chewah…

UiTM juga menemukan aku dengan gadis manis yang kini menjadi isteriku… di UiTM jugalah aku pernah patah dagu dan rahang kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya… syukur aku masih di sini hari ini untuk menulis kembali memori suka dan duka suatu masa dulu.

Walaupun dah hampir 6 tahun meninggalkan Shah Alam dan UiTM, tapi rasanya macam baru semalam aku turun naik level 13 Menara UiTM… terasa baru semalam aku bergelak ketawa dengan kawan-kawan sekelas…

Terasa baru semalam lunch dengan kawan-kawan kat Seksyen 2… terasa baru semalam terkocoh-kocoh siapkan assignment subjek Dr Bahar… terasa baru semalam tak tidur malam siapkan thesis… terasa baru semalam basuh baju pukul 2 pagi kat toilet kolej Perindu 4…

Dan terasa baru semalam dengan bangganya aku naik ke pentas Dewan Seri Budiman menerima ijazah…

Terima kasih UiTM… kau tetap dihatiku…

Buat ketiga-tiga adik aku yang baru atau akan menamatkan pengajian tu, ingatlah ni baru permulaan kepada hidup yang lebih mencabar…

Dan kepada dua adik aku yang akan bergelar guru tu, semoga tak kena transfer jauh-jauh, maklumlah guru subjek kritikal ni permintaan tinggi dari sekolah luar bandar… adios…

3 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    May 2, 2009 10:31 pm

    Masa MSR tension giler nyanyi lagu ni.. tapi masa konvo..bila nyanyi sedih giler..sebak habis..huhuhu..ITM di hatiku…

  2. akula permalink
    May 3, 2009 8:58 am

    UM tetap unggul..

  3. May 28, 2009 2:15 pm

    UiTM Memang best ,tapi lagi best kalau dapat VC yang ‘open-minded’ dan yang ‘think outside the box’.

    BBA (IB) 2002-2004

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: