Skip to content

Misteri terjawab!!

April 29, 2009

Ketika sampai rumah selepas pulang dari pejabat lebih kurang jam 7.10 malam tadi, aku dikejutkan dengan bau busuk yang sangat menusuk sehingga menimbulkan misteri dari mana datangnya bau tu.

Sebenarnya bau yang menusuk tu aku dah kesan sejak dua tiga hari lepas lagi, cuma hari ni lebih kuat berbanding semalam dan kelmarin.

Puas mencari-cari puncanya, akhirnya aku terjumpa bangkai kucing yang dah berulat kat bawah kereta aku yang dah dua minggu aku parking bawah graj rumah aku…

Ya Allah… macam mana kucing ni boleh mati kat bawah kereta aku ni? Kalau anak kucing senang aku nak angkat, tapi ni mak kucing… besar pulak tu.

Walaupun aku tak tengok CSI atau pernah ikut unit forensik membuat siasatan, tapi aku dapat rasakan kucing ni dah mati bawah kereta aku dalam dua tiga hari lepas berdasarkan kepada badannya yang dah berulat.

Dalam keadaan penat selepas balik dari kerja, aku gagahkan jugak diri ini gali lubang di tengah-tengah senja dengan memakai pakaian pejabat iaitu kemeja dan seluar khakis.

Lebih kurang 20 minit, kerja menanam kucing dan membersihkan lantai garaj letak kereta rumah aku pun selesai.

Cuma yang menimbulkan misteri dan tanda tanya buat aku dan isteri, macam mana kucing tu yang tak ada sebarang kesan kecederaan boleh ditemui mati bawah kereta aku??

7 Comments leave one →
  1. April 30, 2009 11:50 am

    bro- mana fotonya. aku tak penah lagi dapat kes mcmni.
    cuma, aku rasa, lain kali, kalu ada lagi yg jumpa mcm tu, ko kena ambil xtra -precaution- yer la, skrng ni ada mcm2 selsema yg datang…
    hehhe…tapi aku lebih andaikan, mangsa sebenarnya sakit, maybe sakit dlm perut ke, tehn mangsa jumpa tempat berteduh, tapi tak larat nak jalan, akhirnya maut di tempat kejadian…

  2. mywanfai permalink*
    April 30, 2009 8:46 pm

    ondscene.sham,
    bro, tak sempat amik gambar lah… kejadian pulak waktu maghrib… mungkin jugak dia kepenatan nak cari tempat berteduh sebab sekarang ni musim panas kat kb

  3. May 1, 2009 5:25 pm

    jika begitu..misteri ini belumlah terjawab..mengapa kucing itu mati…huhu

  4. mywanfai permalink*
    May 1, 2009 8:48 pm

    permata nusantara,
    misteri bau busuk dah terjawab… tp misteri kenapa kucing tu mati masih belum terungkai

  5. wafa permalink
    May 2, 2009 10:36 pm

    Cuba tanya arman..kot-kot dia ada main bola.. tendang terkena kat kucing tu..sampai koma..sebab dulu ayah dia ada gak main bola..tapi tak kena kucing kena pasu bunga…

  6. akula permalink
    May 3, 2009 9:04 am

    Arman suka main bola hari-hari Arman main bola..
    Ayah sudah tidur. Mari kita main!! yeaaa.

  7. mywanfai permalink*
    May 3, 2009 2:07 pm

    wafa,
    wah dah lama menghilang akhirnya muncul kembali…

    akula,
    ayah baru terlelap, arman dah pukul ayah ajak main bola

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: