Skip to content

The Contender Asia 2… Bernard dan Faizal wakili Malaysia

April 26, 2009

Faizal Ramli berusia 19 tahun… anak muda ini berasal dari Pasir Puteh, Kelantan…

Tak lama lagi, Faizal pastinya akan terkenal bukan saja di negara ini, tetapi di dunia kerana dia terpilih mewakili Malaysia bagi menyertai 17 peserta lain dalam rancangan realiti, The Contender Asia 2 (TCA2) yang akan diadakan Jun nanti.

Aksi Faizal mengasak lawan

Aksi Faizal mengasak lawan

Turut layak mewakili Malaysia dalam rancangan yang disaksikan 500 juta penonton seluruh dunia itu adalah Bernard Radin, 36, dari Sarawak bagi merebut tali pinggang dan wang tunai bernilai hampir RM1 juta.

Mereka berdua layak selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pertandingan akhir Kejohanan Tomoi Super 8 di Kompleks Belia dan Sukan, Panji, Kota Bharu.

Faizal menumbangkan lawan

Faizal menumbangkan lawan

Lebih menarik rancangan realiti itu bukan saja mendapat wakil dari Malaysia buat julung kali, tetapi juga pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah dan venue penggambaran yang akan bermula Jun depan sehingga perlawanan akhir pada Januari 2010.

Malaysia dipilih selepas syarikat milik Bumiputera, Osys Group Sdn Bhd berjaya memenangi bidaan bernilai lebih RM3 juta menewaskan negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, Macau dan Thailand.

Musim kedua TCA ini dijangka akan ditontoni lebih 1.2 bilion penonton kerana ia akan disiarkan ke 50 buah negara melalui siaran AXN.

“Bagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat Asia serta global, saya akan berusaha bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berdepan dengan jaguh tomoi yang hebat dari pelbagai negara nanti,” katanya yang mula terlibat dengan Muay Thai dan Tomoi sejak berusia 13 tahun.

Bernard (kiri) dan Faizal

Bernard (kiri) dan Faizal

Sebagai persediaan menghadapi pertandingan akhir nanti, Bernard dan Faizal akan menjalani latihan selama dua minggu di Bangkok, bermula hari ini.

Pix by Fathil (photographer nstp)

2 Comments leave one →
  1. June 4, 2009 12:29 pm

    Can’t wait to watch the show.. go Malaysia go

  2. June 14, 2009 6:16 pm

    tahniah kpd Peja kerana terpilih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: