Skip to content

Zaman dah berubah… dunia dah maju…

April 23, 2009

Masa kecik-kecik sekitar 1980-an dulu, kat rumah aku di Selayang kalau nak makan sate, tak payah susah-susah pergi kedai atau pergi Kajang semata-mata nak makan sate sebab ada pakcik jual sate naik motor lalu depan rumah.

Dengar je bunyi hon, semua dah tau pakcik jual sate dah datang. Biasanya kalau nak makan sate, aku dan kakak akan tahan pakcik tu. Sementara dia bakar sate, kami pun bawak keluar pinggan mangkuk.

Aku tak ingat masa tu secucuk berapa sen, aku pun tak ingat sedap ke tak sate tu… tapi kalau dah selalu beli, boleh tahan la kot… eh bukan ke zaman dulu semua makanan yang dijual sedap??

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Dulu orang meniaga makanan ni terdiri daripada orang yang pandai memasak, sekarang ni je susah nak jumpa kedai makan yang sedap, mungkin sebab orang yang tak pandai masak pun dah gila nak berniaga makanan.

Cerita pasal penjual sate naik motor ni, aku teringat banyak mitos dan cerita kononnya peniaga sate bermotosikal ni buat sate guna daging kucing… tapi sepanjang aku makan sate tu, aku tak rasa pulak sesuatu yang pelik pada sate tu… kalau sate ayam, rasa ayam lah… sate daging pulak rasa daging lah…

Bagi aku, itulah Melayu… suka buat cerita dongeng kononnya pakcik naik motor tu jual sate kucing lah, itu lah, ini lah… pantang tengok orang berniaga, ada je hasad dengki.

Kalau tak silap aku kat Selayang dah takde lagi orang jual sate naik motor… hmmm… zaman dah berubah, dunia dah maju… sekarang kalau nak makan sate kena pergi R&R…

Dulu, nak beli roti pun tak payah pergi kedai… tunggu je depan rumah sebab tiap-tiap hari babu roti lalu naik motor…

Masa aku duduk Kem Terendak (1989-1992), tiap-tiap petang apek roti lalu depan rumah naik motor… bila dengar je bunyi hon, maka adik-adik aku pun menderu tahan apek tu, bukan sebab nak beli roti, tapi beli cikedis Super Ring!

Kat rumah nenek aku kat Kampung Pasir, Setapak pulak tiap-tiap petang ada apek naik basikal lalu jual ais krim calung… apek ni memang famous kat Kampung Pasir, orang panggil dia Angau… mungkin Ah Ngau kot…

Tak tau lah hidup lagi ke tak apek ni… tak silap aku masa tu umur aku pun baru 4 atau 5 tahun, itu pun dia dah tua sangat dah…

Masa kat Selayang jugak masa aku kecik-kecik dulu, kalau nak makan kuih pulak, ada budak-budak jual kuih dalam bakul jalan kaki lalu depan rumah. Kagum aku dengan semangat diorang tu, mana taknya.. boleh berjalan satu kampung sambil jerit “Kuih… kuih… karipap… nasi lemak…”

Masa tu harga nasi lemak pun murah je… ingat lagi masa aku darjah 3, mak selalu beli nasi lemak kat belakang rumah untuk aku bawak bekal ke sekolah. Harga nasi lemak tu kalau tak silap dalam 30 sen atau 40 sen sebungkus.

Nasi lemak tu dah lah banyak… ada kacang, sayur kang kong, telur goreng… sambal pulak memang sedap dan pedas tak terkira… sekarang ni susah nak jumpa nasi lemak yang sedap!

Lagi pulak kat mana nak carik nasi lemak harga 40 sen sekarang… Kat Kota Bharu ni pun nasi lemak telur mata kerbau dengan sambal ikan bilis pun dah RM2.50 sen – RM3.

Ish… tiba-tiba je terasa nak makan nasi lemak… hmmm… zaman dah berubah… dunia dah maju…

10 Comments leave one →
  1. April 24, 2009 1:48 am

    penulis resah….pakcik tu jual sate naik basikal..bukan motor..huhu….

  2. April 24, 2009 4:25 am

    cuma ingat beli sate dan super ring je!~

  3. April 24, 2009 10:46 am

    Oh…ye abah pun baru teringat, dulu mak korang selalu beli putu mayam dengan mamak yang datang dengan matosikal kat jalan 30B tiap-tiap hari Sabtu atau Ahad. Sedap juga putu mayam dia jual tu apa lagi kalau pekena dengan kopi “o”.

    Sekarang mak kamu dah tak beli lagi putu mayam tu….sebab dia dapat tahu ada orang Jalan 30 kata mereka nampak satu hari tu…..India ni bawa anjingnya dalam kotak (putu mayam) atas motosikalnya.

    Sekali sekala masih nampak dan dengar lagi hon motosikal India tu menjaja putu mayamnya . Tapi tak nampak lagi orang jalan 30B membelinya.

    Tapi abah pun tak tahu samaada cerita itu benar atau tidak. Sekarang kalau nak makan putu mayam kenalah beli kat pasar malam yang dijual oleh orang melayu atau Indon. Adakah orang Melayu pandai buat putu mayam atau dia orang pun ambil dari orang India juga lepas tu jual kat pasar malam. Allahua’lam.

  4. April 24, 2009 12:12 pm

    mak..abah ko pun tinggalkan komen..hebat nih..muahahahaha..jom la cari sate best kt KB ni..mano ????

  5. cik.ptd permalink
    April 24, 2009 2:39 pm

    haa.. pastu kat umah tok kalau nak beli roti tak yah susah2 gi kedai.. ikat tali kat besen kecil pastu taruk duit dlm tue pastu ckp kat babu tu ” roti gardenia satu haa..” pastu dari tingkat 3 flat tue hayun kan je besen tue ke bawah.. dah sudah tue tarik je besen tu naik atas.. jimat tenaga.. haa..

  6. akula permalink
    April 24, 2009 6:27 pm

    aik sepanjang yang aku sedar ni, dari aku kecik memang tok duduk tingkat bawah. Tak pernah dudul tingkat atas. Habih camno cik ptd kata boleh hayun besen nih? ke cik ptd yang hayun besen sebab tak larat nak jalan dari wisma putra ke kantin? huaaa..
    apa2 pun, aiskrim goreng depan SMGajahB tetap menjadik pujaan penulis resah. huaa huaa huaa.. (lagi kuat)

  7. akula permalink
    April 24, 2009 6:42 pm

    ops pembetulan.. bukan aiskrim goreng daa.. roti aiskrim.. tapi akhirnya kantoi sebab mak bgtau roti aiskrim tu ada kena mengena dengan ‘tutttttz’. ha ha..
    eh satu lagi .. masa pakcik naik beskal tu jual sate, aku ingatla kita ada order, tapi bab yang ko kata KO pun sama amik pinggan mangkuk tu aku tak ingat pulak sebab rasa aku ko tunggu aje time nak makan hu hu.. kalau tak pecaya nanti kita tunggu komen milynshoppe. Dia bab2 flashback masa kecik ni memang power. hu hu..

  8. mywanfai permalink*
    April 24, 2009 9:16 pm

    permata nusantara,
    eh bukan naik motor ke??

    myzira,
    masa tu hari2 makan super ring

    isha,
    nasib baik tak makan putu mayam masa tu

    manlukeman,
    ada ke port?

    cik ptd,
    masa tu duduk kat umah mak lang kat tingkat 1 kot, sbb tu boleh order kat babu roti dari tingkat atas

    akula,
    ko pun nyaris menikmati keenakan roti ais krim tu… hahaha

  9. April 25, 2009 7:19 pm

    mmg jauh beza. kat kampong pon dah berubah macam kat bandar gak. dulu sebungkus nasi lemak 50 sen,skrang ni paling kurang Rm1. kuih akok 50 sen satu,dulu 50 sen dapat 3…

    err kat mane tempat makan yg best kat KB ?

  10. March 3, 2011 9:10 am

    hahahah baru teringat nak buat entry pasal jual sate guna motor ni.. google2 gambar terjumpa entry awak ni.. nice…😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: