Skip to content

Shaolin Soccer

April 21, 2009
Shaolin Soccer

Shaolin Soccer

Malam tadi, buat kali pertamanya sejak sekian lama, aku berjaya jugak terpaku di depan tv untuk menonton Shaolin Soccer kat TV3…

Dah lama rasanya aku tak layan cerita kat tv… bukan tak tengok tv langsung, aku cuma tengok berita dengan EPL je… tak pun layan Keliwon tiap-tiap Khamis… nak tengok cerita lain macam boring je…

Sebenarnya malam semalam tu entah kali ke berapa puluh agaknya aku tengok Shaolin Soccer ni, bagi aku ni lah filem paling best yang pernah aku tengok… tengok kat wayang je 2 kali, sekali dengan¬†member aku, Botak… sekali lagi dengan sorang lagi member aku kat Selayang, Faizal Joe.

Tu tak kira berpuluh-puluh kali tengok VCD… bukan setakat tengok VCD guna bahasa kantonis, bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu pun ada jugak… memang kelakar cerita ni.

Kalau tak silap aku, filem ni ditayangkan pada 2001 atau 2002… maknanya 7 atau 8 tahun dulu, tapi sampai sekarang aku masih ingat lagi jalan cerita dan dialog Shaolin Soccer ni… Dulu, kalau lepak dengan kawan-kawan tak kira kat Selayang atau UiTM, mesti bercerita pasal filem ni… tak pernah jemu.

Tapi yang tak bestnya… aku rasa TV3 dah banyak potong scene menarik dalam Shaolin Soccer ni, sebab tu iklan banyak gile… tapi nak buat macam mana, dia mesti nak untung…

Bila lah agaknya Stephen Chow ni nak keluarkan filem baru yang best macam Shaolin Soccer n Kung Fu Hustle???

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: