Skip to content

Search… band rock nombor satu Malaysia

April 17, 2009
Search suatu ketika dulu

Search suatu ketika dulu

Kalau sebut pasal band rock kat Malaysia ni, tentunya Search menduduki senarai teratas selain Wings, Lefthanded dan May… Masa kecik-kecik dulu, memang Search menjadi band idola aku sampaikan hampir semua lagu-lagu group ni aku hafal.

Seingat aku masa darjah 2 kat SRK Selayang Baru, aku pernah menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu kat depan kelas masa cikgu takde sebab pergi mesyuarat… terasa dahsyat lah masa tu!

Masa darjah 4 pulak, aku pernah kantoi dengan cikgu kelas sebab bawak poster Search yang aku koyak dari majalah URTV ke sekolah… siap dengan batch Search pun cikgu tu rampas… hampeh tul…

Masa zaman sekolah, boleh dikatakan semua album Search dari Cinta Buatan Malaysia sampailah Rock N Roll Pie aku ada sebagai koleksi… tapi semua kaset tu entah mana pergi entah sekarang.

Aku mempunyai banyak nostalgia dengan lagu-lagu Search ni… bila dengar balik lagu-lagu Search, dengan tak semena-mena akan mengimbau kembali kenangan ketika remaja…

Antara lagu yang aku suka termasuklah Kejora, Seroja, Laila Namamu Teratas, Andai Ku Miliki Semalam, Nigina, Gadisku, Mentari Merah di Ufuk Timur, Fenomena, Isabella… ish banyak lagi lah… 

Tapi bila semakin meningkat dewasa dan sekarang ni dah pun berumur 30 tahun, minat aku terhadap Search dah tak macam dulu lagi… mungkin selera aku terhadap muzik dah berubah, atau Search sendiri pun dah tak lagi menghasilkan lagu-lagu yang menyengat.

Tiga tahun dulu aku sempat dengar lagu-lagu Search dari album terbaru Gothik Malam Edan… lagu-lagu dalam album tu agak segar dan rancak dengan petikan gitar yang menyengat, tapi bagi aku masih ada sesuatu yang kurenggg berbanding Search yang pernah aku kagumi suatu ketika dulu.

Kemunculan band-band dari Indonesia juga mungkin menjadi antara penyebab kenapa minat aku beralih arah… mungkin lagu-lagu yang dihasilkan band macam Dewa, Gigi dan Peterpan lebih dekat dengan kehendak pendengar zaman sekarang termasuk aku.

Apa pun, aku tetap mengagumi kewibawaan Search bukan semata-mata kerana aku membesar dengan lagu-lagu Search, tetapi kerana kemampuan band ini bertahan sehingga hari ni walaupun anggotanya bersilih ganti.

Amy suatu ketika dulu

Amy suatu ketika dulu

Seperkara lagi, bagi aku Search adalah Amy dan Amy adalah Search…

Oh ya sebelum aku terlupa, Amy pun dah jadi blogger… http://blog.phewwiitt.com

12 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 22, 2009 4:35 pm

    mywanfai.. ko memang berbakatla.. masa cikgu mesyuarat ko menyanyi lagu Amy Search.. masa konsert sekolah ko nyanyi lagu hattan.. cayalah.. You rock!! he he.. dash dash..

  2. mywanfai permalink*
    April 23, 2009 11:30 pm

    akula,
    walaupun berbakat, tapi aku tak lah bercita-cita jadi penyanyi… kuang kuang kuang

  3. indra permalink
    March 28, 2010 9:22 pm

    tapi SUPERMAN IS DEAD dari BALI tetap yang terbaik..!
    sampai di undang ke VANS WARPED TOUR di USA…
    sepanjang sejarah, SUPERMAN IS DEAD adalah BAND kedua dari ASIA yang pernah tampil di sana…
    yang pertama adalah band asal Jepang…

  4. August 27, 2010 9:21 pm

    bagaimana dengan band-band baru indonesia, seperti kotak dan j-rocks, apa kamu suka?

  5. September 16, 2010 6:36 pm

    alow!!!aq pmat band search yg stia!!!bkn g mnat dri sgi lgu n ornya ja!!!tpi mnat ksmuanya trmsuk pkaian dri bwah hingga hjung rmbut!!!hu!!!!2lh la bla la lg band search nk wat konset kat sabah d bwh bayu ni!!!!lma da band search x wat knset kat sbah kk ni!!!ada pun bru2 ni jauh kat twau!!!!!huhuhu!!!!hrap band search brpeluang la pg sbah kk wat knset lg!!!kat kk pun bnyk ROCKER’Z-ROCKER’Z yg stia mnanti band search dtg kk lg!!!apa-apa pun!!MAJU LA ROCKER’Z tuk tanah air!!!LONG LIVE ROCKER’Z!!!
    BY;sly_ROCKER’Z

  6. khairul permalink
    June 14, 2011 10:05 am

    mmg stylo la band ni

  7. December 15, 2011 3:02 pm

    Band2 Malaysia mmg takde 2nya lah..
    slah 1nya macam search Band..
    lain-a,termasuklah Wings,Uk’s,May,iklim..
    lagu2 malaysia mskipun dlm versi Rock,tp ttp lembut N mnyentuh hati para pndengar-a..
    I’m always to proud U..🙂

  8. January 29, 2012 5:00 am

    aqu juga suka sama search, wings, slam, exists dll. lagenda rock malaysia

  9. March 22, 2012 3:56 pm

    Menurutku UKS dan Iklim yang paling bagus dari sekian banyak Rock Band dari Malaysia…

  10. dolvie permalink
    May 30, 2013 2:32 pm

    saya juga penggemar Search dari Indonesia, semua albumnya saya miliki tapi berbentuk format MP3 yang kaset pita pada hilang2 dipinjam….saat ini Search memang masih band rock legend di malaysia.

  11. Messprey permalink
    November 11, 2013 6:17 pm

    MenuRut Au Rock malaysia yg teRbaik adalah Xpdc ,,musik’X Garang bak Metallica,,, salam To mail,izo,zuar N Amy

  12. ruxe ruzil permalink
    December 10, 2014 4:37 pm

    rock car park …. rockin n rollin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: