Skip to content

Bila Dr Sheikh Muszaphar makan nasi berlauk gulai kawah

April 13, 2009
Sheikh Muszaphar dan KP PNM tiba di Kampung Bahagia

Sheikh Muszaphar dan KP PNM tiba di Kampung Bahagia

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pernah menikmati rendang daging, beriani ayam dan kuih bangkit di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), tetapi menikmati nasi berlaukkan gulai kawah di sebuah kampung di pedalaman Kelantan pasti menjadi satu lagi kenangan yang tidak dapat dilupakannya.

Angkasawan Negara itu berkunjung ke Kampung Bahagia, Kuala Krai, semalam sempena program anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.

Kehadiran tetamu istimewa itu menyebabkan penduduk kampung sanggup menumbangkan 2 ekor lembu untuk dimasak gulai kawah secara bergotong-royong yang disertai penduduk, murid sekolah dan guru.

“Menaiki bot ke kewasan pedalaman serta menikmati juadah gulai kawah adalah pengalaman yang berharga yang tak mungkin dapat saya lupakan,” kata Sheikh Muszaphar.

Sebagai ikon Perpustakaan Negara Malaysia, beliau berperanan menanamkan minat membaca di kalangan masyarakat luar bandar yang menurutnya berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelbagai bidang asalkan mereka tidak diabaikan dan diberi peluang untuk maju.

memberikan motivasi kepada murid SK Kampung Bahagia

memberikan motivasi kepada murid SK Kampung Bahagia

“Tidak patut mengabaikan penduduk di kawasan pedalaman. Bagi saya yang penting, kita pupuk budaya membaca supaya ia sampai terus kepada semua lapisan masyarakat di kawasan itu,” katanya.

Kampung Bahagia mengambil masa 40 minit perjalanan menggunakan bot dari bandar Kuala Krai. Kampung itu tidak mempunyai kemudahan jalan raya kecuali jalan estet yang mengambil masa 2 jam perjalanan untuk sampai ke bandar Tanah Merah menggunakan pacuan 4 roda atau motosikal serta diancam haiwan liar seperti gajah.

Kampung yang terletak di tebing Sungai Galas ini adalah antara 10 kampung yang dibuka pada 1961 untuk penanaman getah yang menjadi sumber pengeluaran utama negara ketika itu.

Berbanding 101 keluarga asal yang membuka kawasan itu yang dulunya diliputi hutan tebal dan ancaman haiwan liar, Kampung Bahagia kini diduduki 132 keluarga dengan dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti sekolah dan klinik desa.

Pix by Fathil (photographer NSTP)

3 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 13, 2009 11:57 pm

    Nasib baik blog ni updated.. Lenguh jari2 aku ni mengetik alamat2 blogger sumer tapi hampeh. Nasib baik Angkasawan hensem Sheikh Muszaphar ni datang kelantan.. kalau tak aku rasa.. balik2 muka si Cheng Ho ni ajela yang aku hadap esok!

  2. mywanfai permalink*
    April 14, 2009 2:52 pm

    entahlah, nampaknya masing2 dah semakin hilang sentuhan…

  3. aida permalink
    October 21, 2011 12:35 am

    thanks kerana sudi bertandang ke kampung kami bahagia selamnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: