Skip to content

Rusuhan penyokong, pelajar buta sebelah mata

April 9, 2009
Kasih ibu...

Kasih ibu...

Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu.

Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian.

Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu.

Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat perusuh membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Semasa bersiap untuk pulang, tiba-tiba satu objek dipercayai serpihan kelonsong itu melayang laju dan menembusi mata kanannya. Pandangannya menjadi gelap… dia kemudian rebah dan berada dalam keadaan separuh sedar sebelum dipapah ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Namun segalanya sudah terlambat… pembedahan yang dijalankan selama 6 jam masih tidak mampu menyelamatkan sebelah deria penglihatannya itu.

Ibunya, Kamariah Hussin, 60, hanya mampu menangis… menangis kerana mengenangkan nasib dan masa depan anak tersayang…

One Comment leave one →
  1. BEWOK permalink
    April 10, 2009 9:58 am

    Diharap pihak admin kelate.net dapat memaparkan akaun bank mangsa supaya senang untuk ahli menderma secara online atau melalui CDM. Bersamalah kita membantu pada mereka yang perlu. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: