Skip to content

Nak kahwin memang seronok, tapi…

April 8, 2009
Gambar hiasan

Gambar hiasan

Pertengahan bulan depan salah seorang adik aku akan berkahwin, awal bulan pulak kawan aku di Berita Harian Penang akan menamatkan zaman bujang… bila masuk je cuti sekolah hujung bulan depan, banyak lagi kenduri kahwin akan diadakan.

Bila memikirkan mengenai kenduri kahwin ni, dengan tak semena-mena membawa aku mengimbau kembali saat ketika menamatkan zaman bujang pada 22 Julai 2006… hmmm… nak kahwin memang seronok, tapi masalahnya ketika nak berdepan dengan tok kadi.

Aku percaya mana-mana lelaki termasuk ketua kumpulan samseng paling brutal di dunia pun aku ingat mesti cuak gile bila berdepan dengan tok kadi untuk majlis akad nikah. Macam tu jugaklah yang aku rasa… sebelum nak nikah tu, bukan setakat cuak, nak terkencing, nak terbuang air besar, nak lari pun ada jugak…

Bagi aku, ada dua orang dalam dunia yang paling ditakuti lelaki… pertama tok mudim dan kedua tok kadi! 

Masa hari nikah aku tu, sepanjang perjalanan dari Selayang ke kampung bakal bini aku di Sungai Besar aku memang tak bersembang sepatah haram pun dengan sesiapa, semuanya gara-gara terlalu nervous… nervous kalau-kalau tok kadi tu tanya soalan pelik-pelik!

Bukan apa, bila tengah nervous, macam-macam boleh jadi… benda yang kita tau pun boleh jadi tak tau… Kawan-kawan pulak bukan nak bagi semangat, tapi cakap benda yang bukan-bukan dan dok psiko aku…

Tapi syukur alhamdulillah aku akhirnya bergelar suami dengan sekali lafaz je… dulu hidup berdua, sekarang dah hampir 11 bulan hidup bertiga…

Kepada yang nak kahwin tu, jangan lupa hafal doa bangun tidur, doa pandang cermin, doa keluar rumah… eh macam-macam doa lah lagi… semua tu tok kadi nak tanya tu… hahaha… mesti cuak kan!

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: