Skip to content

Aku dan piano RM17,000

March 31, 2009

Selain melayari internet dan tengok VCD… aku selalu menghabiskan masa dengan bermain piano, terutama bila terasa bosan atau nak release tension selepas seharian penat bekerja…

Aku mula belajar main piano ni masa umur 7 tahun lagi… skil aku tak lah sehebat P.Ramlee dalam filem Antara Dua Darjat… tapi pernah jugak lah aku perform dalam majlis rasmi masa belajar kat UiTM dulu dan beberapa majlis lain yang turut membabitkan VIP.

Selain piano, aku juga boleh bermain gitar dan dram… angklong je aku tak pandai… menyanyi pun tak boleh gak… hancus beb! Mungkin dah ditakdirkan aku cuma pandai bermain alat muzik je kot!

Tapi dalam banyak-banyak alat muzik, aku memang paling suka sekali main piano… tak tahu lah kenapa… berbanding gitar, aku rasa main piano ni feel dia lain… nak-nak pulak kalau main lagu-lagu cintan… memang tangkap leleh beb!

Pemain piano yang menjadi idola aku semestinya Maksim… pergghhhh… memang dahsyat lah mamat ni…

Antara lagu kesukaan aku bila main piano sudah pasti Love Story, Winter Sonata serta lagu-lagu Melayu macam Di Penjara Janji, Kau Pergi Jua dan lagu-lagu band Indonesia macam Dewa, Peterpan dan Gigi.

Kerana terlalu minat dengan piano ni, jenuh simpan duit bertahun-tahun sebab nak beli set piano idaman aku… bukan apa, piano yang ada sekarang dah lama sangat… dah mula rosak sana sini… 

Akhirnya bulan lepas impian aku tu tercapai… berjaya jugak akhirnya aku beli set piano jenis Yamaha berharga RM17,000… puas hati aku! Korang tengok lah sendiri piano yang aku beli nih…

 

 

Piano Arman

Piano Arman

kwang kwang kwang…. aku ni mana la reti main alat muzik… main recorder masa sekolah rendah dulu pun tak reti… piano ada gambar spiderman ni pun Arman yang punya… hahaha

4 Comments leave one →
  1. akula permalink
    April 1, 2009 12:54 pm

    mywanfai..
    ala kiutnya piano Arman. Tapi aku rasa buat masa ni Arman tak mintak pun sumer ni dia manalah tau apa2. Mak bapak ajer yang ghairah belikan.
    p.s. Eh ko tak pandai main alat muzik ke? Habis yang aku selalu dengar riuh kat Jalan Pesiaran Pegawai dulu apa? Oooo… ribuan penyokong pasukan bola jentik. Kira pandaila ko buat sound efek tu. Cuba ko pelan2 test.. boleh lagi tak ko buat sound efek tu? hu hu.. (sah sah balik ni dia try dalam kete sensorang)

  2. wafa permalink
    April 1, 2009 3:33 pm

    Ini bukan piano.. ini keyboard… cam mana ayah arman ni.. kata gemar alat-alat muzik..ish..ish..

    p/s : teringat cerita P.Ramlee..”tukang pingano dah datang..tukang pingano..”

  3. mywanfai permalink*
    April 1, 2009 3:49 pm

    akula,
    sampai sekarang bunyi penyokong pasukan bola jentik tu masih sama walaupun suara makin garau

    wafa,
    asal tekan boleh bunyi je, kira piano la tu

  4. April 1, 2009 9:15 pm

    hahaha..siot..april fool

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: