Skip to content

Selepas RAHMAN, teori apa pula??…..

March 28, 2009

Datuk Seri Najib Razak kini secara rasmi sah menjadi Presiden Umno ke-7… tidak lama lagi beliau akan mengambil alih pula jawatan Perdana Menteri dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Maka ini jelas membuktikan teori RAHMAN menjadi kenyataan…

Bagi yang mungkin terlupa, permulaan huruf R pada teori RAHMAN adalah merujuk kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman; A bagi Tun Abdul Razak; H – Tun Hussein Onn; M – Tun Dr Mahathir Mohamad; A – Abdullah dan tentunya N merujuk kepada Najib.

Suatu ketika dulu, ada yang menjangkakan A yang merujuk kepada Abdullah itu mungkin berpihak kepada Anwar Ibrahim… tetapi nampaknya tak menjadi kenyataan.

Persoalannya kini, selepas RAHMAN teori apa pula?? Mungkinkah selepas ini turutan nama Perdana Menteri akan bersandarkan teori RAZAK iaitu Perdana Menteri kedua negara.

Tetapi siapa pula di kalangan pemimpin negara yang namanya bermula dengan huruf R selepas kekalahan Datuk Seri Rais Yatim bagi jawatan Naib Presiden Umno??

Atau adakah sebaik berakhirnya teori RAHMAN, maka berakhirlah era kepimpinan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin Umno??… harus diingat, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil jika diambil kira kedudukan Umno sekarang yang berdepan pelbagai masalah.

Rakan aku, Tukang Canang menyebut teori baru iaitu teori MAHATHIRM – merujuk kepada Muhyiddin; A – Ahmad Zahid Hamidi; H – Hishammuddin Hussein… Tapi huruf T tak tau nak diberi pada siapa, tak mungkin Tengku Razaleigh Hamzah… atau mungkin individu tu belum muncul di persada politik perdana negara lagi kot!

Tetapi jika mengikut teori MAHATHIR, maknanya tak ada lah Khairy Jamaluddin dalam senarai bakal Perdana Menteri… atau mungkin kena guna teori lain… mungkin teori KHAIRY, dah sah-sah Perdana Menteri selepas Najib bermula dengan huruf K – Khairy Jamaluddin.

Tetapi K juga boleh jadi Karpal Singh… ish teori… teori…

One Comment leave one →
  1. March 29, 2009 2:40 pm

    cekap ko ye..cepat ko masuk entry nih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: