Skip to content

Demam Akademi Fantasia… ish bosannya….

March 27, 2009

Demam Akademi Fantasia kembali melanda… untuk beberapa bulan, aktiviti luar malam minggu makin kurang sebab ramai duduk kat rumah nak tengok konsert mingguan… tauke kedai prepaid pun makin untung, Ananda Krishnan lagi la…

Anak bujang pulak resah tak dapat tengok bola sebab mak bapak dan adik kakak dah kongker tv… tiap-tiap malam pulak takde channel lain, semuanya gara-gara diari Akademi Fantasia… kat ofis, kedai makan, kat bilik guru, semuanya bersembang pasal AF.

Bagi aku, ketibaan musim AF adalah waktu paling membosankan sebab bini aku dah takde channel lain nak tengok… tiap-tiap malam bukak Astro Ria sampai aku naik bosan, nak tengok sports memang tak berpeluang lah.

Sebenarnya aku tak minat pun AF sebab aku ni jenis yang tak suka tengok rancangan nyanyi-nyanyi… tapi kadang-kadang TERPAKSA layan jugak sebab dah tak berkesempatan tengok channel lain.

Bagi aku, AF yang betul-betul aku follow dari mula sampai habis tentunya AF2 sebab semua pesertanya berbakat kecuali Mas hingga susah nak agak siapa yang bakal jadi juara.

Artis AF kesukaan aku pulak semestinya Zahid… mamat ni bukan setakat versetile, tapi jenis tak control macho… apa yang kita tengok kat diari, itulah sikap sebenar Zahid… lagi pun aku memang dah kenal lama dengan mamat ni, dia ni sepupu member baik aku… itu pun salah satu faktor kenapa aku menyokong Zahid… hehehe

Banyak jugak kenangan dengan Zahid ni… main bola dan futsal sama-sama, tengok wayang sama-sama… yang paling aku tak boleh lupa masa tumpangkan dia naik motor RGV aku dari Wangsa Maju ke Subang Hitech masa kerja part time install PC kat Maxis… berat ya amat mamat nih…

Tapi semua tu masa dia belum bergelar artis, bila dah jadi artis kami dah jarang jumpa… maklumlah orang dah glemer, apa kelas nak lepak dengan budak Selayang macam aku dengan member baik aku ni…

Persembahan Zahid yang paling best bagi aku masa dia nyanyi lagu Cek Mek Molek… memang sempoi… pelajar AF2 yang lain pun best gak… tak macam AF yang lain, sampaikan peserta yang menari gaya hantu cina pun ada!

Errr… oklah diari AF pun dah start… chow! hehehehe….

2 Comments leave one →
  1. akula permalink
    March 27, 2009 9:46 am

    ha ha ha.. mywanfai.. memang ko buat pagi ni aku sungguh terhibur. Boleh release tensen kejap dengar mamat ni nyanyi.
    Aku pun sebenonya tak pernah minat AF. Ko tanya aku sape2 dalam AF1 sorang pun aku tak kenal. Si Nana ajela itupun lepas dia jadik DJ radio. Aku pun heran naper semua orang suka sangat AF. So aku pun cuba tengok AF2. Zahid memang best. AF3 aku follow tapi sebab aku frust Mawi menang dan menyampah tengok gelagat depa tu, aku terus tak tengok AF musim2 lepas tu. Sekoq pun aku tak kenal.
    p.s. Ramli MS memang best jadi Pengetua.. pandai pilih lagu..

  2. mywanfai permalink*
    March 28, 2009 12:08 am

    akula,
    meminjam tag line AF7, transformasi akan berlaku… huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: