Skip to content

Berlalunya hari-hari yang resah

March 25, 2009

Tiga hari aku tak update blog nih… bukan sebab sibuk, aku tak kerja pun… ada je kat rumah.

Sempena cuti sekolah minggu lepas, aku tiga beranak balik ke kampung di Selayang dan Sungai Besar selama 5 hari dari 17 hingga 21 Mac. Ada orang cakap sakan aku bercuti, tapi 5 hari untuk 2 kampung memang tempoh yang amat singkat… tak terasa pun… tau-tau dah habis cuti.

Bila balik kampung, selain melepaskan rindu kepada sanak-saudara, dah tentu saat-saat yang menyeronokkan adalah makan, makan, makan dan makan… daripada menikmati masakan ibu, sampai lah ke restoran kegemaran… senang cakap memang melantak je la keje nya…

Kat bawah ni antara makanan yang aku makan yang sempat aku ambik gambar… ada lagi makanan lain yang tak sempat atau terlupa nak ambik gambar.

Sate Kajang... tapi beli kat Taman Melati je

Sate Kajang... tapi beli kat Taman Melati je

Wadeh kegemaran di Pasar Selayang

Wadeh kegemaran di Pasar Selayang

Laksa... masakan ibu

Laksa... masakan ibu

Makan di restoran Labanese Al-Rawsha Jalan Ampang

Makan di restoran Labanese Al-Rawsha Jalan Ampang

Nasi minyak lauk kambing dan ayam di Al-Rawsha

Nasi minyak lauk kambing dan ayam di Al-Rawsha

Kesudahannya… kepala pun mula berpusing, tekak pun perit, hidung mula berair, badan pun panas… aku akhirnya terpaksa ke klinik mendapatkan ubat…

Dah lama tak pergi klinik

Dah lama tak pergi klinik

Dua hari MC + 2 hari off day… maknanya aku cuti 9 hari… dah lama aku tak demam teruk macam ni,  2 hari tak boleh bangun, tak lalu nak makan… memang Allah nak menguji aku… tapi takpe lah, nikmat yang Dia bagi dah cukup banyak, sekali-sekala sakit takkan aku nak mengada-ngada pulak.

Tu lah makan tak ingat dunia… last-last benda kat bawah ni jugaklah yang terpaksa aku telan… itu pun 4 kali suap dah tak lalu…

Nasi bubur

Nasi bubur

Terima kasih kepada isteri aku yang bersusah-payah menjaga wanfai senior dan wanfai junior yang sama-sama demam… kalau tak, tak taulah macam mana… sebenarnya aku belum sihat 100 percent, tapi dah boleh update blog, kira orait la tuh…

14 Comments leave one →
  1. March 25, 2009 2:46 am

    sape blanje mkn kt al-rawsha…huhu

  2. mywanfai permalink*
    March 25, 2009 3:02 am

    permatanusantara,
    siapa lagi kalau x mama hannah… huhu… semua ada kecuali kembar

  3. akula permalink
    March 25, 2009 10:50 am

    mywanfai..
    Patutla dah lama blog ni macam dah nak bersawang aje. Tapi aku dah agak ko mesti demam. Dah sihat ker? Arman pun demam? tu la.. mesti sebab arman makan nasik mandy tu banyak sangat macam ayah hu hu..
    p.s. mesti ko dah slim sikit sebab beberapa hari tak lalu makan. Senangla sikit nak START..

  4. March 25, 2009 1:18 pm

    Sungguh bangga melihat kehebatan anak-anak abah(termasuk menantu)bukan saja hebat dalam kerjaya masing-masing malahan hebat juga dalam soal jalan-jalan cari makan.Pandai cari tempat makan yang bagus.

    Cucu-cucu pun pandai makan,sama naik dengan mak ayah masing-masing termasuk Arman yang kecik tu pun…..boleh tahan.

    Ingat noh….makan, makan juga. berat badan tolong jaga eh.

    Terima kasih Along/Syed ….Abah enjoy the food the other day at Lebanon Restaurant tu…..bagus juga sekali sekala famili kita buat gathering kat luar cam tu.

  5. March 25, 2009 5:06 pm

    waaaaaaa….nanti buat la lg gathering tue…cik permata xsempat nk balik……huhu….bulan 5 baru balik terus….

  6. mywanfai permalink*
    March 25, 2009 9:35 pm

    akula,
    mana ada slim, macam tu la jugak

    isha & permatanusantara,
    nanti bulan 5 kita gathering kat melaka pulak

  7. wafa permalink
    March 26, 2009 8:37 am

    Wah..semua orang dan masyuk gathering nampaknya… kena gilir2 lantik organizer pas ni..kalau tak haus mama hannah… hahahaha…

  8. March 26, 2009 2:11 pm

    Assalamualaikum everybody. Next gathering in May 09 (after Akmar’s wedding)will be in Malacca, hopefully everyone will be there. Cik Wafa, please make reservation at Mahkota Century Resort Apartment (for two days).

    Abama will sponsor the apartment….booking under my name.

    Check the dates with your mother…..ok.

  9. akula permalink
    March 26, 2009 4:36 pm

    oh nampaknya kalau bulan 5 tak dapatla teman sekeluarga bersama.. almaklumla adik ipar teman pun nak kawin juga.. Nak kena balik Kuala..

  10. wafa permalink
    March 27, 2009 1:29 pm

    Aku ker kena jadik organizer… Kwang..kwang..kwang…

    Ok Cik Abama..roger!

    p/s: Kepada sapa2 yang lain nak jadi co-sponsor amat dialu-alukan terutama kepada PTD Unggul..untuk dinner @ Umbai…(silap2 organizer pun tak gi..sebab nama cik organizer naik kena gi Vietnam Mei nanti..)

  11. March 27, 2009 11:56 pm

    aik, ada gathering ke?? ape pun.. teman mmg free lepas 1 Mei.. almaklumlah.. teman habis praktikal 30 April.. 1 Mei mak abah dah nak datang angkut semua barang2 teman.. tak sempat teman nak enjoy dah kene suruh balikkkk…. huhuhu~

  12. Educator_2009 permalink
    March 29, 2009 3:07 pm

    yeye..chek nak join naa gathering tu..lalalala…

  13. pTd UnGGuL permalink
    March 30, 2009 6:03 pm

    alamak.. 28 april cik PTD nak kena gi western Samoa.. bln 6 pula nak gi yemen.. apa mcm nie? takkan gua nak tinggal plak.. huhu

  14. akula permalink
    March 31, 2009 3:05 am

    cik pTd pergi samoa tu jaga2 kat sana sumer body ala ala bauncer belaka. Tapi cik pTd pun lebih kurang jer. Maklumla banyak makan POYO, AROS and PAPAS. hu hu.. Aku ada kawan kat sana muka depa byk cam Melayu Mesia. Dulu kat Jepun ramai yg konfius sekali pandang macam muka Melayu tapi makan butaniku.
    eh.. cik pTd tau ke bauncer tu apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: