Skip to content

Perhimpunan Agung Umno yang tak dapat aku lupakan

March 24, 2009

Sekarang semua mata tertumpu kepada Perhimpunan Agung Umno, sebabnya kali ni ada pemilihan… ada yang kata perhimpunan kali ni penting sebab ia akan menentukan masa depan negara walaupun berdasarkan keadaan semasa, masa depan Umno sendiri pun entah ke mana.

Biarkanlah soal pemilihan kerana ia tanggungjawab perwakilan, aku takde hak untuk mengundi kerana aku bukan ahli Umno dan bukan ahli mana-mana parti politik… malah aku tak pernah mendaftar jadi ahli kepada mana-mana persatuan atau kelab kat Malaysia ni.

Sepanjang jadi wartawan, aku pernah sekali cover Perhimpunan Agung Umno pada tahun 2005… masa tu takde pemilihan, Umno pun tengah kuat masa tu… so takde yang menarik! Cuma yang bestnya OT banyak sebab keje sampai malam… haaa makan pun mewah… kejap kejap melantak… memang best.

Aku pernah jugak cover Muktamar Pas Pusat di Kelantan pada 2007… sebenarnya sama je cover Muktamar Pas atau Perhimpunan Agung Umno, ada masa perwakilan bagi ucapan yang panassss, ada masa ucapan yang penuh sindiran dan gelak ketawa…

Tapi banyak jugak bezanya cover Perhimpunan Agung Umno dengan Muktamar Pas, tapi tak payahlah aku nyatakan perbezaannya kat sini.

Perhimpunan Agung Umno yang paling aku tak boleh lupa pada tahun 2002, masa tu aku masih student… aku takde pun kat PWTC, cuma tengok live kat tv je masa ucapan penggulungan Presiden… tu pun secara kebetulan tengok kat kedai makan.

Masa tu memang aku tak ambik port langsung pasal politik ni… tapi aku tergamam bila je dengar Tun Dr M kata dia nak letak semua jawatan dalam parti dan kerajaan…

Paling aku tak boleh lupa bila semua orang kat atas pentas tu menerpa ke arah Tun dan minta jangan letak jawatan… tapi benarlah bak kata Tun, Melayu mudah lupa… lepas tu depa tak pandang pun kat Tun…

Eh kenapa aku tergamam bila dengar Tun nak letak jawatan?…

…. kerana aku pernah bergambar dengan Tun… kerana aku membesar ketika era Tun jadi PM… kerana aku mengkagumi Tun dulu kini dan selamanya…

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: