Skip to content

Idea dari kamar kecil…

March 19, 2009

Idea….. idea….. lain padang, lain belalang… lain orang dah tentu lain ragamnya…

Ada orang mencari ilham untuk menulis atau menghasilkan nukilan dan kreativiti dengan main alat muzik… ada juga bila berada di tepian pantai, atas bukit, gunung-ganang atau tatkala melihat mentari melabuh tirainya…

Ada juga mendapat idea dan ilham dengan menghisap rokok… ada juga bila melihat tingkah-laku manusia… malah ada juga bila mendengar muzik… atau ada juga ketika sedang mengelamun sebelum tertidur…

Aku…… aku biasanya mendapat ilham ketika melepaskan hajat di kamar kecil, atau dalam bahasa mudahnya ketika berada dalam jamban… entah kenapa, idea untuk penulisan aku biasanya datang ketika melepaskan hajat sambil menghisap rokok…

Fuh… mencanak-canak idea datang… sebelum ni pun, banyak rencana yang aku tulis di akhbar sebenarnya bermula dari bilik termenung… sambil menghebuskan kepulan asap rokok, tiba-tiba aku mendapat ilham untuk menulis mengenai sesuatu topik yang kemudiannya aku panjangkan dengan menulis ringkasannya di sehelai kertas.

Selepas itu barulah aku mengambil langkah susulan menghasilkan sesuatu rencana…

Idea untuk mengupdate blog pun selalunya aku perolehi selepas mendapat ilham ketika berada dalam bilik termenung… dan aku juga mendapat ilham menulis entri ni ketika melepaskan hajat dalam kamar kecil sebentar tadi…

bilik termenung

bilik termenung

Fuhhh…. legaaaaa…..

2 Comments leave one →
  1. March 19, 2009 9:29 am

    ko basuh bape kali tangan sebelum ko pegang keyboard laptop ko td..musykil aku nih..

  2. mywanfai permalink*
    March 19, 2009 7:07 pm

    manlukeman,
    aku tak basuh…. wakakakaka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: