Skip to content

Anak nelayan dan tukang sapu dapat 20A dalam SPM

March 13, 2009
Nik Nur Madihah bersama bapanya

Nik Nur Madihah bersama bapanya

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal bukan siapa-siapa… dia bukan anak orang kaya yang pagi petang siang malam cakap orang puteh kat rumah… budak ni tak pernah pergi tuisyen… apa lagi pergi kelas tambahan bahasa inggeris… dia juga tak pernah diajar cakap orang puteh kat rumah…

Nik Nur Madihah cuma budak kampung… budak kampung biasanya dianggap kolot, tak up to date, tak stylo… aku yakin dia tak pernah merasa lepak Starbucks sambil bukak notebook melayari internet, kerana dia berasal dari keluarga miskin…bapanya bekerja sebagai nelayan, ibunya pula tukang sapu.

Nik Nur Madihah adalah tipikal Melayu kampung yang tinggal di perkampungan tipikal Melayu tepi laut dengan ruang lingkup hidupnya berlatarkan kehidupan nelayan… confirm hari-hari badan bau ikan kering…

Nik Nur Madihah di rumahnya - Gambar Utusan Malaysia

Nik Nur Madihah di rumahnya - Gambar Utusan Malaysia

Ya… Nik Nur Madihah budak kampung… tapi dia memperoleh 20A dalam SPM… pelik bukan?? Hari ini gambarnya terpampang di dada-dada akhbar utama kerana kejayaan luar biasanya itu… gambar budak kampung terpampang di muka depan akhbar… pelik bukan??

Tapi bagi aku tak pelik… aku tak pernah percaya budak kampung tak boleh berjaya dalam pelbagai bidang… aku berbangga dan terharu dengan kejayaan Nik Nur Madihah…

Datuk Mustapa Mohamed adalah anak petani miskin dari Bachok, tapi dia adalah pakar ekonomi yang menjadi orang kepercayaan Tun Dr Mahathir hingga membawanya masuk ke dalam Kabinet…

Malah Dr Mahathir pernah berkata, 10 orang seperti Datuk Mustapa saja sudah cukup untuk mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara maju…

Datuk Dr Awang Adek Hussin juga asalnya anak nelayan miskin dari Perupok, Bachok. Kakaknya terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja semata-mata bagi membolehkan Dr Awang bersekolah. Dr Awang pernah bergelar Timbalan Gabenor Bank Negara sebelum menceburi politik.

Jadi, aku tak pernah percaya anak orang miskin, anak petani, anak nelayan, anak penoreh getah atau anak buruh kasar yang tinggal di kampung-kampung terpencil tak boleh berjaya!

Cuma, sesetengah orang Melayu sendiri yang menidakkan keupayaan budak kampung… orang Melayu sendiri yang menganggap budak kampung tak boleh maju…

6 Comments leave one →
  1. March 15, 2009 10:16 am

    amboi..lu bg cth nama org besar..tak hengat..

  2. mywanfai permalink*
    March 15, 2009 10:22 am

    manlukeman,
    kalau bagi contoh nama orang kecik, orang tak kenal

  3. adalah.... permalink
    March 17, 2009 12:13 pm

    padan muka kalah amalina yg sombong itu:.}

  4. erina permalink
    April 14, 2009 2:01 pm

    amalina skrg pon dengar cter da kena reject…skrg da blajar kt utm skudai…harap madihah xjadi mcm dia….

  5. mywanfai permalink*
    April 14, 2009 2:54 pm

    erina,
    harap-harap macam tu lah

Trackbacks

  1. Nik Nur Madihah « Media Kelantan’s

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: