Skip to content

Aku nak jadi apa eh??

March 11, 2009

MASA kecik-kecik dulu, aku nak jadi askar, mungkin sebab darah tentera yang mengalir dalam diri abah meresap ke dalam diri aku.

Masa sekolah rendah, cita-cita aku berubah-ubah, nak jadi polis, kejap bomba, nak jadi pilot, tukang masak, tapi aku tak lah sehebat sorang kawan sekolah aku yang cita-citanya nak jadi ketua kampung! 

Aku masa nak jadi askar

Aku masa nak jadi askar

Masa aku darjah 4 nak jadi posmen, tapi cikgu tak bagi sebab dia kata kerja rumah dia bagi pun aku tak hantar, macam mana nak hantar surat orang!

Masuk sekolah menengah, aku cuma ada satu cita-cita – jadi pemain bola sepak profesional… tapi sayang tak kesampaian sebab belum sempat pemilihan untuk skuad bawah 17 tahun Selangor, aku cedera teruk… hehehe…

Jadi aku cuma sempat jadi ketua pasukan kelas aku je yang lebih separuh daripada budak lelakinya tak reti main bola, itu pun lantik diri sendiri…

Ekceli, masa ambik Broadcasting kat UiTM, cita-cita aku nak jadi pengulas sukan dan penerbit rancangan TV… impian tu hampir jadi kenyataan apabila aku beberapa kali jadi hos dan membuat voice over bagi beberapa rancangan sukan RTM sekitar 2001 hingga 2003…

Disebabkan terlalu minat dengan bidang penyiaran, aku juga hampir bekerja dengan beberapa stesen tv swasta… tapi atas sebab tertentu, aku memilih untuk bekerja dengan company tempat aku kerja sekarang.

Kini, dah 5 tahun aku menjadi penulis (kadang-kadang separuh masa, kadang-kadang full time)… kekadang rasa cam best je kalau jadi tukang masak macam Jamie Oliver… kekadang rasa cam best kalau jadi usahawan ternakan kambing sebab aku memang suka makan kambing nih…

Kalau jadi tukang gunting rambut macam dalam drama Jepun, Beautiful Life tu pun macam best je… nak jadi pelawak, malu… nak jadi penyanyi, suara tak sedap… nak masuk akademi fantasia, ish seganlah…

Aku pun pelik cam mana boleh jadi Penulis Resah sedangkan aku tak pernah minat atau bercita-cita jadi penulis, tapi aku selalu pegang kata-kata seorang otai tempat kerja aku ni, katanya tak minat pun takpe, janji tugas yang diberi dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab… hehe… yer yer arrr je…

9 Comments leave one →
  1. akula permalink
    March 12, 2009 4:33 am

    penulis resah..
    Macam-macam cita-cita ko yer.. Anyway..cerita ko nak jadi posmen tu memang kelakar.
    p.s. Sebijik macam Arman. Eh.. kenapa ko tak naik trak oren tu?

  2. wafa permalink
    March 12, 2009 12:35 pm

    mywanfai..
    Kalau ko nak masuk AF tu memang x sesuai.. sebab masa kat SRKT dulu..ko ada nyanyi lagu rock tapi suara tak keluar…

  3. pTd UnGGuL permalink
    March 12, 2009 2:17 pm

    mywanfai..

    teringat ada org tu menyanyi masa hari guru pakai baju melayu kaler merah.. huhu..

    tapi yg paling tak bleh ingat bila ada minah ni bgtau abah yg aku tak gi sek agama.. sedangkan hari tue sabtu.. public holiday.. teruk la aku kena ngan abah.. ish2..

  4. March 12, 2009 4:34 pm

    3 hari aku xtgk blog ko..mencanak pergi yeeee

  5. March 12, 2009 5:10 pm

    nk jadi posmen dulu?….macam emilyn nk anta surat kat mama dia..haha

    p/s: walau ape pun aku jadi nanti…Aku mahu jadi diri sendiri..heeee

  6. mywanfai permalink*
    March 12, 2009 6:07 pm

    akula,
    kalau x silap ada gambar aku naik trak oren tu, tp dah hilang mana ntah

    wafa,
    ada ke aku nyanyi suara x keluar? aku tak ingat la

    ptd unggul,
    siapa minah tu??

    manlukeman,
    ke mana menghilang??

    permata nusantara,
    jadi penyajak je la…

  7. March 12, 2009 7:22 pm

    teringat dulu cita-cita dalam kad 001 sekolah cikgu tulis nak jadi peniaga… teringt gak dulu suka main cikgu2, tulis dalam buku kosong and tanda sndiri… tapi setakat ni cita2 tak la sebanyak penulis resah…huhu~

  8. mywanfai permalink*
    March 12, 2009 8:29 pm

    walaupun cita2 tak banyak, tapi faizatulazirah dah berjaya mencapai cita2 jadi cikgu dan peniaga tudung berjaya… hohoho

  9. pTd UnGGuL permalink
    March 13, 2009 6:08 pm

    ala minah tue.. yg skrg usahawan herbalife tersohor.. yg tak tahan tue bila ustaz tue ckp sek hr ni cuti, abah pun bw la aku pi beli aiskrim.. minah ni la org pertama yg mkn aiskrim aku tue.. bila ingat2 geram je rasa.. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: