Skip to content

Bagaimana posisi tidur anda?…

March 9, 2009

Ada sorang member ni aku pernah cakap, kalau nak tau seseorang awek tu betul-betul cun, tengoklah rupa dia selepas bangun tidur…

Tapi bagaimana pula posisi ketika tidur tak kiralah lelaki atau perempuan, tak semestinya orang yang cun mempunyai cara tidur yang cun jugak! Kalau yang dah tak cun tu, aku tak tau lah sama ada posisi tidur boleh mengubah wajahnya jadi cun!

Sebenarnya aku bukan nak cerita mengenai cun atau tidak seseorang tu berdasarkan posisi tidur atau ketika baru bangun tidur, aku cuma nak berkongsi apa yang aku baca di akhbar mengenai kaitan posisi tidur dengan peribadi.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Berikut adalah antara posisi tidur paling popular dan tafsirannya menurut Pengarah Perkhidmatan Tafsiran dan Nasihat mengenai Tidur, Prof Chris Idzikowski.

Janin
Mereka yang tidur dengan posisi ini digambarkan secara luarannya tampak kental, namun sebenarnya mempunyai hati yang sensitif. Mereka mungkin agak malu-malu bila bertemu untuk kali pertama, tetapi lama-kelamaan akan lebih rileks.

Balak
Mengiring dengan kedua-dua belah tangan di sisi. Menggambarkan mereka yang tidur begini seorang yang easy-going, gemar bersosial, suka berada di khalayak ramai, mudah mempercayai orang yang tidak dikenali dan mudah terpedaya.

Peminta
Orang yang tidur dengan kedua-dua tangannya keluar ke depan (seperti menadah) dikatakan seorang yang terbuka, berprasangka dan sinis. Agak lambat untuk membuat keputusan dan bertindak. Selalunya mereka sukar untuk mengubah sifat ini.

Askar
Kedua-dua tangan rapat ke sisi seperti askar dalam perbarisan. Individu yang tidur begini biasanya pendiam dan suka memencilkan diri. Mereka tidak suka hal remeh-temeh dan sentiasa meletakkan diri mereka di satu peringkat yang lebih tinggi daripada orang lain.

Meniarap
Baring bertelungkup dengan tangan diletakkan di atas bantal. Suka berkawan tetapi sedikit tergopoh-gapah. Selalu gementar dan takut-takut. Tidak suka kritikan dan situasi mencabar.

Tapak Sulaiman
Sewaktu tidur, kedua-dua tangan ke atas dan di sekitar bantal dan tempat tidur. Mudah berkawan, sentiasa bersedia mendengar pendapat serta senang menghulurkan bantuan, namun tidak suka menjadi perhatian.

So, macam mana posisi tidur korang??

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: