Skip to content

Eh, kenapa dengan rambut u ni??…..

March 3, 2009

Suatu ketika dulu, wajah aku pernah terpampang di TV3 dalam program Remaja sebagai model fesyen rambut terbaru bagi tahun 2003. Masa tu ramai yang kagum melihat rambut aku yang mendapat sentuhan pakar gunting rambut dari Shunji International di Mid Valley.

Masa zaman sekolah, ramai kawan-kawan puji stail rambut aku yang belah tengah… masa tu David Beckham pun orang tak kenal lagi. Masuk IPT pun macam tu jugak, cuma kadang-kadang rambut serabai sebab pakai helmet, ya lah masa tu ke sana ke mari naik Yamaha TZM aku yang ganas tu.

Takuya Kimura

Takuya Kimura

Aku pernah pasang angan-angan nak berambut panjang macam Takuya Kimura… ala pelakon Jepun tu… tapi memandangkan aku masih student dan lepas tu pulak dah bekerja, tak bolehlah simpan rambut panjang. Tapi rambut macam Saif Ali Khan tu ada lah.

Saif Ali Khan

Saif Ali Khan

Tapi… malam tadi, tengah syok tengok tv, tiba-tiba aku dikejutkan dengan statement yang tak pernah aku jangka akan keluar dari mulut bini aku… “Eh kenapa rambut u ni banyak uban sekarang?”

Aduhhh… tersentak aku… benda-benda macam ni tak pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ni!

Adakah aku semakin meningkat tua?…  adakah dengan berusia 30 tahun aku boleh dikategorikan sebagai tua?… mungkin tidak… kalau dalam bola, umur 30 kira masih lincah lagi…

Nak kata dah berusia, kulit masih lagi gebu dan tegang. Garis halus yang biasanya kelihatan pada tepi dan bawah mata juga tak kelihatan. Tapi, yang meragukan aku ialah sedikit demi sedikit rambut aku ni mula diliputi dengan warna putih.

Kalau beruban yang kena dengan waktunya taklah merisaukan sangat, tapi bagaimana kalau beruban sebelum waktu? Kegusaran disebabkan statement yang keluar dari mulut bini aku tu semalam menyebabkan aku terus capai laptop dan bukak internet cari info pasal uban.

Mengikut statistik, uban mula muncul ketika seseorang memasuki usia 34 hingga 42 tahun… alamak! umur aku baru 30 tahun. Tapi apasal dah ada uban??

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Daripada pembacaan aku di internet, rambut beruban sering dilihat sebagai petanda awal proses penuaan. Apabila usia meningkat dan beralih tua, rambut putih akan memenuhi kepala. Ia menunjukkan hilangnya peringkat muda atau keremajaan.

Rambut menjadi putih kerana kehilangan pigmen warna pada rambut atau lebih dikenali sebagai melanin. Melanocytes, sel yang menghasilkan melanin semakin hilang keupayaan untuk menghasilkan pigmen warna apabila usia semakin meningkat menyebabkan rambut memutih.

Tekanan mental atau fizikal, kekurangan zat dan kebimbangan yang berterusan juga boleh menyebabkan rambut memutih lebih awal daripada sepatutnya (premature greying). Ohh… adakah ia ada kena mengena dengan tag line aku sebagai Penulis Resah??

Rambut beruban juga boleh diwarisi secara genetik. Membasuh rambut dengan air panas dan mengeringkan rambut menggunakan alat pengering rambut juga boleh menyebabkan rambut memutih selain kulit kepala yang tidak bersih.

Aku sempat jugak jumpa kat internet beberapa petua untuk mengatasi masalah rambut beruban:-

  • Amalkan mengurut kulit kepala dengan minyak kelapa dan limau. Ia boleh melambatkan proses pemutihan rambut.
  • Amalkan memakan daun kari. Penggunaan daun kari dalam masakan seperti kari atau chutney boleh membantu.
  • Usap rambut dengan campuran daun kari yang direbus dalam minyak kelapa. Ramuan ini membantu mengekal dan memperkayakan pigmen pada rambut.
  • Amalkan pemakanan berkhasiat. Ia boleh memperlahankan proses pemutihan rambut.

Hmmm… rupa-rupanya aku dah semakin tua…

Tapi setidak-tidaknya kemunculan uban ni menyedarkan aku bahawa aku bukan lagi aku yang dulu… aku kini sudah memasuki fasa baru dalam hidup, bukan lagi anak muda macam dulu… tapi tak lah tua sebenarnya, 30 tahun tu kira dah semakin matang kot, belum tua lagi… hahaha… harap-harap aku semakin matang dalam menjalani hidup…

Richard Gere

Richard Gere

Eh, aku pernah dengar orang cakap lelaki beruban pun seksi jugak apa… macam Richard Gere! hahaha…

5 Comments leave one →
  1. akula permalink
    March 4, 2009 1:32 am

    aku rasa peningla arman lepas ni bau kari + limau + minyak kelapa.
    Masa tu kulit gebu ke, tegang ke, seksi cam Richard Gere pun tak guna. Sebab rambut bau Babas!

  2. mywanfai permalink*
    March 4, 2009 1:38 am

    akula,
    hahaha… ko buat aku tergelak sorang2 je… dah la aku nak tido ni

  3. March 5, 2009 4:13 pm

    sedar la diri..hahahhahaa

  4. March 5, 2009 11:12 pm

    Wahai En Wanfai, nak buat camna usia mengejar kita macam mana kita lari pun dia tetap ikut kita . Terimalah hakikat anda sudah semakin dewasa….ha…..ha……ha

  5. mywanfai permalink*
    March 6, 2009 12:11 am

    manlukeman,
    sama la kita…

    isha,
    bukan semakin dewasa, tapi dah makin tua…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: