Skip to content

Nak makan ayam?? jom pergi EFC…

February 27, 2009

Dah lama tak cerita pasal makan, so hari ni aku nak buat food review… cerita pasal ayam goreng KFC… eh bukan KFC, tapi EFC…

Di Kelantan ni, bukan setakat KFC je, macam-macam FC ada… dari EFC, WFC, TFC… ish macam-macam lah… semuanya jual ayam goreng yang lebih kurang macam kat KFC.

Set hidangan lengkap EFC

Set hidangan lengkap EFC

Yang paling popular kat KB ni ialah EFC atau Eddlee Fried Chicken… ayam goreng EFC rasanya boleh tahan jugak, so kalau rasa nak makan ayam goreng ala-ala KFC tapi nak yang lebih murah, bolehlah pergi ke EFC yang mempunyai 6 cawangan di KB.

6 cawangan itu ialah di Wakaf Che Yeh yang dibuka mulai jam 10 pagi, EFC Taman Indera Putera sebelah pusat pentadbiran Kota Darulnaim dibuka mulai jam 12 tengah hari, sementara cawangan Lundang; Panji, Tanjung Mas dan Jalan Long Yunos dibuka mulai jam 3 petang hingga tengah malam.

Pelanggan sentiasa penuh

Pelanggan sentiasa penuh

Rangkaian restoran makanan segera EFC diasaskan anak tempatan, Mohd Eddlee Ismail, 38, yang dulunya hanya menjual puyuh dan ayam goreng di pasar malam.

Hidangan yang disediakan di sini terdiri daripada ayam goreng, kentang goreng dan kentang putar, nugget, bubur cendawan serta minuman berkarbonat yang dijual pada harga antara RM1 hingga RM1.80 saja… murah kan??

10 Comments leave one →
  1. akula permalink
    February 27, 2009 6:17 pm

    alamak penulis resah..
    Ayam banyak macam tu korang 3 beranak je makan? ish ish ish.. kalau camni gayanya sahla memang sedap EFC nih..
    oh dunia.. selamatkanlah arman!

  2. akula permalink
    February 27, 2009 6:25 pm

    alamak penulis resah..
    Set lengkap ayam tu untuk makan korang 3 beranak aje ke? emm.. kalau camtu gayanya memang sahla EFC ni memang sedap.
    oh dunia.. selamatkanlah arman! nanti kecik2 dah kena start.

  3. mywanfai permalink*
    February 27, 2009 9:26 pm

    akula,
    ish… tu gambar utk food review photographer berita harian yg ambik… kitorang 3 beranak mana larat nak habiskan set lengkap ayam tu…

  4. pengacau permalink
    February 28, 2009 12:31 am

    ish, mcm kenal jer story nie…tp memag sesuai la u abg faizal yg sebelum ini suka sangat kfc….

  5. February 28, 2009 1:05 pm

    3 beranak mmg xlarat..tp kalu wanfai mkn, caye aku habis..

  6. mywanfai permalink*
    February 28, 2009 9:58 pm

    pengacau,
    eh saya tak makan ayam lah…

    manlukeman,
    aku makan nugget 2 ketul je dah kenyang

  7. Abang Zack permalink
    March 1, 2009 9:01 am

    Tu bukan makan namanye dah tu…melantak namanyerr….

  8. mywanfai permalink*
    March 1, 2009 1:03 pm

    kalau macam tu punya byk dah tentu gua ajak abang zackk join sekali

  9. wafa permalink
    March 2, 2009 1:08 pm

    wa..sedapnyer..EFC tu.. napa ada kat serambi mekah jer.. aku pun dah lama x makan KFC..boikot..

  10. mywanfai permalink*
    March 2, 2009 9:46 pm

    wafa,
    kalau rasa-rasa nak makan ayam goreng, beli je kat pasar malam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: