Skip to content

Panasssss… Panasssss… Panasssss…

February 26, 2009

Panasssss…

Apa yang aku nak ceritakan kali ni bukan pasal gosip artis… bukan pasal isu lompat parti… bukan juga pasal filem Singh Is King… juga bukan pasal kenaikan kadar tol… bukan… bukan…

Ini cerita lagi panassss…

Sebenarnya sejak berakhirnya banjir awal Januari lalu, Kelantan kini dilanda kemarau panjang… dah lama tak hujan, hari-hari panas terik sampai dah terbakar kulit aku yang putih melepak nih…

Kota Bharu kini dilanda kemarau

Kota Bharu kini dilanda kemarau

Kalau bukak paip kat rumah, rasa macam guna water heater… tidur malam pulak berpeluh-peluh walaupun guna tiga kipas angin dan satu aircond…

Masa ni lah nyamuk muncul menyerang dengan banyak sampai aku dengan anak bini terpaksa tidur dalam kelambu… yang peliknya, baru kejap tadi sembur ridsect, tapi tak lama lepas tu muncul balik kumpulan nyamuk tu dengan berbondong-bondong…

Dalam pada aku tengah tulis entry ni pun sempat jugaklah 4 ekor nyamuk makan penampar aku… 

Entahlah, panas kat Kota Bharu ni lain macam… mungkin sebab kedudukannya yang dekat dengan pantai dan sungai kot… biasanya musim panas ni akan berlarutan sampai bulan 4 sebelum bersambung sampai bulan 7… lepas tu barulah cuaca kembali panas dan lembab sebelum musim tengkujuh kembali menjengah bulan 11 nanti…

Jadi, musim panas ni bermakna aku kenalah menyediakan duit spare nak cover bil elektrik yang melambung sebab guna aircond 24 jam…

Oklah cekodok udang geragau dengan teh o kat meja makan tu pun tengah panasssss lagi… haaa panas yang ni takpe… chow!

7 Comments leave one →
  1. February 27, 2009 12:29 pm

    mujur rmh ko ade aircond..rmh aku, dgn atap zink lg..parah wei…

  2. pTd UnGGuL permalink
    February 27, 2009 1:03 pm

    putih melepak??? yer ke tue.. huahuahua

  3. mywanfai permalink*
    February 27, 2009 3:01 pm

    manlukeman,
    rumah ada aircond pun tak jalan jugak…

    ptd unggul,
    putih melepak sebab banyak pakai bedak sejuk… uhuhuhu

  4. Abang Zack permalink
    March 1, 2009 8:59 am

    Oooo ko nak citer rumah ko ader air cond yer….

  5. mywanfai permalink*
    March 1, 2009 1:05 pm

    abang zackk,
    hahaha… tapi takde la gempak mcm abang zackk ada DVD player dalam kereta… hahaha

  6. ustz permalink
    March 3, 2009 11:27 am

    sedang hujan(waktu menulis ini)sudah 3 hari tidak berhenti..
    (p mas)

  7. mywanfai permalink*
    March 3, 2009 1:39 pm

    2 3 hari lepas entry ni, hujan tak berhenti-henti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: