Skip to content

Aku pun dah langgan channel kartun

February 24, 2009

Sebelum ni bila balik kampung, aku paling letih sebab terpaksa layan cerita kartun kat Astro… mana taknya, habis remote Astro tu anak-anak buah aku control, nak tengok bola pun tak boleh… kadang-kadang sampai terpaksa sorok remote tu…

Kalau pergi rumah kakak-kakak aku pulak, jangan haraplah nak tengok berita… apa lagi nak tengok bola… 

Cartoon Network

Cartoon Network

Tapi sekarang nampaknya aku kena mula belajar-belajar tengok kartun sebab anak aku Arman dah mula tengok tv… minggu lepas aku dah tukar pakej Astro dengan melanggan pakej FUN yang mengandungi channel Nickelodeon, Playhouse Disney Channel, Disney Channel dan Cartoon Network.

Tapi Arman masih belum berminat sangat nak tengok channel ni, dia lebih suka tengok Astro Ceria… atau mungkin masih dalam proses nak belajar berdiri, jadi tak berapa nak minat tengok kartun…

Disney Channel

Disney Channel

Apa yang penting, tak lama lagi bila dia dah kenal SpongeBob SquarePants, Tom & Jerry, Avatar, El Tigre dengan rancangan apa tu, Ben 10 ke?

Nickelodeon

Nickelodeon

haaa… masa tu aku kena bersedialah untuk berebut remote dengan anak aku ni bila hari ada siaran langsung EPL… 24 jam tengok kartun je la macam kat rumah mak aku kat selayang, pukul 5 pagi pun anak buah aku dah tengok cerita kartun…

20 Comments leave one →
  1. February 24, 2009 4:35 pm

    jgn bg anak ko tgk ch ceria beb..takut kang jd teraktif budak..bkn niat negatif, tp xtau la aku..kang anak ko jd hyperxtive, pening tak pasal..tgk MUTV, ni xpe..

  2. mywanfai permalink*
    February 24, 2009 6:39 pm

    manlukeman,
    tgk mutv lagi rosak sebab dalam team tu ada gayboy pakai jersi nombor 7… muahahaha

  3. akula permalink
    February 25, 2009 1:20 am

    ha ha ha..
    Aku pun dulu kecik-kecik anak tak nak tengok kartun tapi aku letak dia depan TV suruh tengok kasi dia leka senang sikit nak buat kerja rumah..
    umm selepas 9 tahun.. baru tau penangan katun ni. Nak suruh makan pun kena tunggu habis katun.. bukan nak suruh buat keje..

    p.s. Masa anak kecik tengok Barbie doll, Barbie stationaries macam comel aje. Anak tak mintak pun belikan. Sekarang ni letih aku kalau bukak almari semuanya dari baju sampai ke beg sekolah, pensel, botol air semuanya warna pink Barbie.. nasib baik tak mintak kereta cat warna pink. Sekarang ni jenuh Ben 10 pulak.

  4. akula permalink
    February 25, 2009 1:41 am

    err lagi satu diingatkan kepada penulis resah.. Ben 10 bukan sejenis kek yer.
    Diulang!
    Ben 10 bukanlah sejenis kek!
    p.s. dah booking kek Ben 10 Jumaat ni untuk besday Hannah.

  5. Sputatrix permalink
    February 25, 2009 3:36 am

    sama la nasib kite, klu balik bcuti tu mmg xda harapan la nk tgk tv..ank buah je conquer
    dah ibarat cam xda tv je kt uma sndiri..tp bgus jga dorng tgk cartoon tu..esp disney..ank buah aku tu speaking jer.da x reti ckp mlayu..dr kecik tgk disney..arman klu nk pndai bi ha train la dr skarng..hehe

  6. wafa permalink
    February 25, 2009 1:16 pm

    hu..hu..

    aku pun dah lama x tgk berita..kalau nak tahu cerita terkini..tunggu mak aku yang update atau opis mate bgtau.. itu sume cartoon network punya pasal.. tapi aku harap penulis resah tak sampai peringkat macam tu..

    Sebelum ni anak aku ada koleksi lightning mcqueen..(dia sebut keta win) sekarang Ben 10..pas ni tak tau apa pulak.. mm.. sabor je lah..tapi yang ketara..anak aku leh speaking london..marvelous..mudah2an arman pun begitu…

  7. mywanfai permalink*
    February 25, 2009 3:57 pm

    akula,
    aku tak pernah tengok pun kartun ben 10… chanel mana satu?? happy birthday hannah…

    Sputatrix & wafa,
    mak bapak arman memang cakap orang putih kat umah… hahaha

  8. akula permalink
    February 26, 2009 7:39 am

    wafa..
    kalau anak dah berabuk spiking London tu belum dengar mak bapak eh bukak mulut. mesti bukan berabuk lagi dah.. berdebu spiking London.

  9. wafa permalink
    February 26, 2009 1:31 pm

    akula..

    Pasal dah berdebu tu la dah 2x dapat gi London..hu..hu..

  10. pTd UnGGuL permalink
    February 26, 2009 2:33 pm

    takpe la.. i pun dah transit kat london tue.. haha..

    mywanfai,

    bila nak upload gmbr arman kt blog nie..

  11. mywanfai permalink*
    February 26, 2009 6:47 pm

    ptd unggul,
    tunggguuuuuu….

  12. wafa permalink
    February 27, 2009 8:36 am

    ptd unggul..
    Setakat transit jer nak buat apa…ko patut rasakan gegaran & kehebatan naik undeground kat London tu… mmmm.. apa kata ko bukak blog ‘lawatan ke oversea’ ko tu.. leh kitorg tengok… tapi apa pun kena beli kamera dulu la… hahahahaha….

  13. pTd UnGGuL permalink
    February 27, 2009 1:00 pm

    ceh.. takpe la.. tgu la bln 5 nie.. Pengembaraan ke yemen bermula.. hahaha..

  14. mywanfai permalink*
    February 27, 2009 1:19 pm

    ptd unggul,
    dah mengembara jauh tu, jangan lupa ole-ole utk arman, bapak arman dengan mak arman…

    jangan masa nak pergi mengembara nanti call bapak arman mintak ole-ole nak buat belanja pulak… huahahaha

  15. akula permalink
    February 27, 2009 1:41 pm

    helo helo..
    kalau nak citer pengalaman mengembara ke sana sini serata dunia sila bukak blog sendiri ye jangan menenggek blog orang lain.

    penulis resah..
    aku setuju ayat ko yang kedua tu.

  16. pTd UnGGuL permalink
    February 27, 2009 2:52 pm

    mywanfai,

    ada la.. t-shirt london yg arman blm muat nak pakai tue.. penat je cik ptd bg tp arman takde respons pun.. ceh.. pastu mak arman pula dpt magnet london tue.. cuma bapak arman je takde.. sbb maklumat org peru tu tidak dpt dipenuhi.. kekekeke…

    akula,

    nantikan kemunculan ku nanti.. tguuuuuuuuu…

  17. mywanfai permalink*
    February 27, 2009 2:58 pm

    ptd unggul,
    bukan takde respons, tp t-shirt london tu arman tak muat nak pakai lagi, kena tunggu lagi setahun baru muat kot…

    yang penting, bapak arman tunggu oleh-ole dari yemen… kwang 3x

  18. sape2 jela.. permalink
    February 28, 2009 1:15 am

    wanfai, akula, wafa n ptd unggul la sangat..

    kalo nk gado balik umah la..cm x biase plak angkat2 kerusi..lalala..xkan kat cni pon nk gado..wat malu kat visitors blog penulis termasyurrrrkkk msia..haha..
    p.s: gua balik weekend je ni..baru dapat main tenet..lalala..

  19. Abang Zack permalink
    March 1, 2009 8:58 am

    Ni macam blog anak beranak je nih!!

  20. mywanfai permalink*
    March 1, 2009 1:14 pm

    biasalah abang zackk,
    masing-masing dah lama tak jumpa, jd lepaskan rindu kat dalam blog je la…

    lainlah abang zackk kampung dekat… balik hari pun boleh… air sedak saaaa….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: