Skip to content

Upin & Ipin… Geng: Pengembaraan Bermula

February 23, 2009

Dua tiga hari kebelakangan ni ramai yang bercerita pasal filem Geng: Pengembaraan Bermula yang menampilkan watak animasi kegemaran ramai, Upin dan Ipin… kat surat khabar, internet… sampai kawan-kawan pun dok bercerita pasal filem animasi 3D ni.

Aku pun dah tengok cerita ni semalam… eh tengok The Making kat Astro dengan trailer movie ni kat YouTube je… kat KB ni mana ada panggung wayang…

Nampaknya tak dapatlah aku nak tengok filem ni kat wayang… tunggu VCD je lah… takpe lah nanti aku nak tengok filem ni dengan anak aku, Arman kat rumah.

Berdasarkan apa yang tengok kat Astro semalam, bukan main lagi orang puji filem ni, yang menariknya pujian itu bukan datang dari kanak-kanak, tapi orang dewasa termasuk mat saleh… mesti gempak cerita ni.

Tengok kat YouTube pulak buat aku excited nak tengok… Arman pun khusyuk sampai tak berkelip bila aku tunjuk trailer movie ni kat dia…

upin_ipin3

Bila tengok The Making cerita ni, barulah aku tau rupa-rupanya suara bagi watak Upin dan Ipin tu sebenarnya milik kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Nur Fathiah Diaz.

Tadi sorang kawan aku ni bukan main excited lagi nak balik KL sebab nak tengok filem ni… ni yang buat aku jeles ni…

Sebenarnya dah lama sangat rasanya aku tak tengok wayang. Seingat aku filem terakhir yang aku tengok kat wayang pun dalam tiga tahun lepas, filem apa pun aku dah tak ingat.

Takde ke company yang nak bukak panggung wayang kat KB ni… setidak-tidaknya ada jugak aktiviti bersama anak dan isteri…

9 Comments leave one →
  1. February 23, 2009 10:00 am

    bezz sgt citer neh.. cepat2 la gi tgk..

  2. mywanfai permalink*
    February 23, 2009 9:10 pm

    farafiza,
    kat kb takde panggung wayang, tunggu VCD je…

  3. February 23, 2009 10:17 pm

    la.. ye ke??
    xpe la.. tgk dvd pun ok gak..🙂

  4. pTd UnGGuL permalink
    February 24, 2009 1:56 pm

    mesti arman tak panjat2 dah bila tgk citer nih.. tapi mgkin dia akan lompat2 pula.. huhu..

  5. mywanfai permalink*
    February 24, 2009 6:40 pm

    ptd unggul,
    arman dah pandai berdiri sekarang…

  6. pTd UnGGuL permalink
    February 24, 2009 7:23 pm

    oh yeke.. bestnya.. napa la arman takde kt sini.. klu ada msti blh tgk arman dah pandai jalan.. huhu

  7. February 25, 2009 4:04 pm

    Lompat Arman lompat…..jangan sampai terlondeh seluar pula.

    Ini berita baik,seronok dengar yang Arman dah boleh berdiri ……nanti bapa Arman kena le beli basikal roda 3 pula atau kereta win ke….macam abang Eimran punya hu…hu.

    Harap2 balik Selayang bulan 3 nanti Arman dah boleh jalan

  8. mywanfai permalink*
    February 25, 2009 4:41 pm

    arman berdiri kat atas tilam je… sebab tak lama lepas tu dia jatuh, kalau berdiri atas lantai habislah terhantuk

  9. muhd ramli permalink
    July 20, 2009 5:43 pm

    bila cd/dvd upin&ipin geng nak keluar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: