Skip to content

Blog Indonesia gila-gila hentam Malaysia

February 23, 2009

id

Malam tadi, aku susah nak tidur..langsung gatal aku nak surf, guna broadband si Hafiz yang entah macam mane boleh ada dalam beg laptop aku..

Godek punye godek, belek punye belek banyak-banyak blog, aku terjumpa sesuatu yang menarik..di sebuah blog milik mazidul akma sidek..http://mazidulakmal.blogspot.com….kenal tak..tak kenal, lu fikir la sendiri..lalu, aku terbaca satu entry yang menarik..

Entry yang menceritakan sebuah blog kurang ajar…http://id-top.blogspot.com/…terkejut jugak aku baca blog nih..kemain handal..kemain outspoken…habis semua pasal Malaysia dia hentam..gila-gila punye hentam lak tuh..bersemangat disulam dengan penuh emosi ayat-ayat dia..

—————————————————————————————————————-

Malingsia Tidak Beretika
Sampaikan ke semua tenaga kerja Indonesia terutama yang bekerja di MALINGSIA agar :
1. Tidak memberikan resep makanan Asli Indonesia ke Orang orang MALINGSIA.
2.Jangan menyumbangkan tarian atau apapun yang berbau budaya asli Indonesia pada orang MALINGSIA.
3. Jangan bermain musik Tradisional Indonesia Pada Orang MALINGSIA.
Kita semua telah tau bahwa Negara satu itu adalah NEGARA TAK BERETIKA, NEGARA PLAGIAT MURNI Negara tanpa kreativitas, tak mau dan tak mampu menciptakan karya, Jadi mulai saat ini sebaiknya kita berhati hati menyajikan sesuatu yang asli budaya Indonesia pada negara MALINGSIA dan mari sejak sekarang sebut negara itu dengan sebutan MALINGSIA bukan MALAYSIA, Berapa banyak budaya Indonesia direbut? Masih tegakah budaya kita di Maling?

———————————————————————————————————————–

Ayat di atas nih mukadimah blog ni..sedikit la aku ‘paste’ kat sini..selebihnya, baca sendiri..

ada satu comment yang menarik perhatian aku ketika membaca entry yang dimasukkan oleh Mazidul..datang ye dari salah seorang student yang menuntut di Indonesia..

Izyan Nadirah berkata… saya adalah salah seorang penuntut di Indonesia. blog tersebut sememangnya mewakili sebahagian besar dari mereka. mereka mmg anti malaysia. sampai lecturer pun ada yang terang2an sewaktu kuliah menghina malaysia, mengatakan lagu ‘negaraku’ adalah ciplak daripada lagu2 peminta sedekah di negara mereka. di sana juga sering diadakan demonstrasi ‘ganyang malaysia’ sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan layanan kita kepada pekerja mereka di malaysia. memang tak sedar diuntung. walaubagaimanapun, memang tak semua macam tu. tapi saya sebagai penuntut di sana, amat merasakan kebencian segelintir rakyat mereka terhadap negara kita.

hampir semua entry dalam blog tuh menibai Malaysia yang dipanggil olehnya Malingsia..segala penjuru aspek diperkatakan..sosial, ekonomi, undang-undang, agama dan tak lupa juga politik..clam-clan blogger di sana yang sama kepala dengan blogger ni nampak macam ramai..nampak benar macam berdendam kesumat orang di sana dengan negara ini..negara yang menjadi destinasi pilihan wajib rakyat di sana untuk berhijrah mencari rezeki yang halal..ada juga yang haram..

Hairan aku..atas sebab musabab apa kebencian yang meluap itu dizahirkan dengan sebegitu rupa..terkedu aku baca..walhal, kita sebenarnya serumpun, tapi kenapa perkara ini berlaku..aaii..cukup la dalam negara dah teruk, nusantara pun nak ikut sama..seram bulu tengkuk aku fikir benda nih..

Dipetik dari http://manlukeman.wordpress.com

12 Comments leave one →
  1. dspyn permalink
    March 19, 2009 12:15 am

    kebencian sebagian masyarakat indonesia terhadap malaysia adalah banyaknya kasus tindakan kesewenang-wenangan majikan terhadap tenaga kerja indonesia khususnya tenaga kerja wanita (pembantu rumah tangga), seperti kekerasan,pemukulan, penganiayaan dan tidak dibayarkan salary sampai berbulan atau betahun , disamping itu tindakan tidak manusiawi dari aparat malaysia kepada Tenaga kerja indonesia yanghendak dipulangkan ke indonesia banyaknya pungutan uang, pemerasan terhadap TKI tersebut. Konflik ambalat yang sering mencuat antara tentara diraja dengan TNI, sampai penduplikatan lagu,budaya indonesia, menjadi bumbu yang menimbulkan kebencian masyarakat indonesia. INGATTT Pers/media di INDONESIA sejak reformasi sangatlah bebas memberitakan sesuatu…sehingga sedikitpun sekecilapapun tindakan salah seorang atau sekelompok orang malaysia yang menyakiti salah seorang warga indonesia akan sangat menjadi berita headline di negeri ini(indonesia).

    salam dari Blogger Indonesia http://dadangsuprayitno.tk

  2. mywanfai permalink*
    March 19, 2009 12:49 am

    dspyn,
    sedarkah anda setiap hari ada puluhan malah ratusan kes seperti rogol, rompak dan bunuh membabitkan warga TKI terhadap warga Malaysia…

    tahukah anda suatu ketika dulu ada reporter dari akhbar Indonesia datang ke Malaysia untuk membuat berita mengenai penindasan terhadap warga TKI di Malaysia.

    Wartawan itu meminta bantuan beberapa warga Indonesia di Malaysia, tetapi dia kemudian dirogol oleh beberapa lelaki Indonesia itu dan akhirnya membuat laporan polis.

    Adakah media Indonesia tidak pernah melaporkan segala bantuan dari Malaysia bila Indonesia ditimpa musibah seperti gempa bumi, tsunami dan bencana lain?

    Kalau nak bercerita panjang, sampai esok pun tak habis… jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya… sampaikan salam saya pada Agnes Monica dan Ahmad Dhani ya…

  3. Agnes monica permalink
    August 27, 2009 9:56 am

    Salam balik . . ^^

    P.S. : ehm.. yu don’t know what yg indonesia, bangsa awk, rasakan, u know.

  4. mywanfai permalink*
    August 27, 2009 12:15 pm

    waduh2 agnes monica… apa yg lo cakap dan cuba sampaikan ni??… gue tak faham lah… sekejap i dont know, kejap u know… waduh2…

  5. akula permalink
    August 30, 2009 9:09 pm

    I dont think ‘Agnes Monica’ knows how to converse in English… or even in her whatever language!!! the huru and hara..

  6. kotak permalink
    September 9, 2009 11:23 pm

    memang tak kenang budi langsung.

  7. Pribumi Nusantara permalink
    September 12, 2009 2:47 pm

    Ntahlah. Secara peribadi saya juga mengajikan Pembantu rumah saya yang berasal dari Pulau Madura sejak dari tahun 2003 lagi sehingga awal 2009. Gaji yang saya bayar RM600.00 sebulan (lebih kurang Rp 1704950). Mempunyai bilik sendiri. Bekerja 5 hari seminggu. Makan semeja bersama keluarga saya dan makan apa yang kami makan. Saya biayai pengajian Bahasa Arab untuk beliau. Ahli keluarga saya (adik-adik)mengajar beliau menggunakan komputer. Menggunakan telefon bimbit 3G. Mempunyai profil Myspace tersendiri. Bercuti bersama-sama kami. Beliau ingin balik kerana neneknya sakit pada awal Februari 2009 lalu. Beliau ada menelefon saya dan memaklumkan bahawa sekarang beliau bekerja sebagai tukang sapu di sebuah bank di Sapulu, Madura dengan gaji Rp150000 (RM52.79) sebulan. Selalu mengadu harga beras mahal di Indonesia.

    Layanan terhadap TKI adalh terlalu spesifik untuk dikategorikan secara umum. Sekiranya dilihat dari statitik, Kaum Cina di Malaysia yg banyak terlibat di dalm kes-kes tersebut. Mungkin mereka ini mempunyai saudara mara di Indonesia semasa gerakan reformasi ditahun 1997-1998 lalu yang mana kebanyakan WI berbangsa Cina di lakukan sewenang-wenangnya oleh Pribumi RI. Namun ini bukanlah semua dan juga tidak boleh dikomen sebagi umum.

    Saya rasakan ada pihak-pihak di Indonesia yang ingin mengalihkan isu-isu kegagalan mereka menyedia pekerjaan dan kualiti hidup yang baik bagi warga RI di seluruh pelosok wilayah. Jurang sosio ekonomi yang lebar dan luas juga menyebabkan segelintir kelompok yang berada di dalam kelas pertengahan baru (new middle class) yang mempunyai akses internet, pendidikan tinggi formal dan mempunyai pendapat yang tinggi didalam sesuatu isu mula ingin mula menunjukkan taring dan kehebatan mereka di dalam masyarakat. Namun golongan ini jarang membantu saudara mereka yang kurang bernasib baik yang berada di luar daerah kota-kota besar.

    Cuba wartawan-wartawan dari Indonesia membuat kajian dengan PATI WRI yg berada di Malaysia dan parawista RI yang tinggal lebih tempoh di Malaysia, kenapa mereka masuk secara tanpa izin dan juga melebihi had tempoh? Soalan yang sama saya ajukan da jawapan yang saya terima adalah sama sahaja, di sini senang cari makan, upahnya bagus, rakyatnya baik, tidak dikacau. Namun rata-rata yang datang tidak mempunyai latihan khusus dan tidak habis SD.

    Benar selepas Refomasi tahun 1998 di Indonesia pihak pers di sana lebih terbuka tetapi hendaklah melapor dengan adil dan bukannya menyiarkan berita-berita yang disensasikan. Setiap cerita mempunyai dua versi, satu dari kacamata pelaku dan satu dari kacamata mangsa. Tepuk dada tanya selera.

    Isu-isu kebudayaan yang kononnya dicuri oleh Malaysia juga adalah isu yang tidak sepatutnya ditimbulkan sama sekali. Kebanyakan kebudayaan yang dikata kebudayaan Indonesia itu adalah kebudayaan Hindu/India yang kedua-dua negara warisi dari pemerintahan kerajaan Chola. Namun adakah patut orang-orang Jawa di Malaysia tidak boleh mengamalkan kebudayaan Jawa di sini? atau orang-orang Melayu di Malaysia tidak boleh memasak rendang, ketupat dan sebagainya kerana ianya milik. Melayu di Sumatra? Orang-orang Bugis di Johor, Selangor, Pulau Pinang tidak boleh mengamalkan budaya mereka di Malaysia? Lagu Negaraku yang dikatakan diambil dari Lagu Terang Bulan bukanlah ciptaan warga RI tetapi wrga Perancis sejak kurun ke 18 lagi. Di masa itu adakah RI atau Malaysia? Jadi isu-isu remeh ini sehingga mau berperang dan dikecohkan adalah tidak berdasarkan fakta yang ada dan cuma diklaim oleh warga RI sebagai hakmilik mereka. Contoh yang saya suka gunakan adalah Burung Garuda. Apa nama Garuda di India, Thailand, Malaysia, Ri, Kemboja? Tetap Garuda. Jadi adakah Warga RI yang berdemontrasi akan mebaling batu, telur busuk ke Kedutaan Besar India, Thailand dan sebagainya? mengapa hanya memilih Malaysia sebagai sasaran?

    TKI yang berada secara sah atau tidah sah di Malaysia yang banyak megalirkan wang asing ke RI. Jadi jangan menyusahkan mereka untuk membantu keluarga mereka secara khusus dan negara kamu secara umum.

  8. monica permalink
    February 9, 2010 11:56 pm

    sememangnya benar apa yg korang semua tu kata dulu aku mula2 kerja di mlay sia dpt seorang majikan/kilang yg the bestlah fasilitas smua ok itupun ada yg merungut lgi serba tk kna tpi aku tdk termsuk glongan itu tapi nasib bru 1th krja klang dah pun ttp kmi di transfer pi merata nasiblah dpt kilang apa kbtln aku di transfer ke kilang yg tk memuaskan kilang kcil org cina pla detik paitlah mlu di sni kmi di peras kerja 12jam tpi gji cuma 300 rngt mau mkn apa dg duit 3oo ni untk mkn pun tk kmana dri stulah mslah mlai tmbul gji tdk sma sperti yg di tlis dlm kntrek

  9. monica permalink
    February 10, 2010 12:04 am

    jadi kemana kita nk lari nak minta tolong org yg tk thn dg smua tu lari ke dunia hburan cari org lain untk tlong sara kita blsanya tau sendiri klau tk buat sekpun msti kna kluar mkn dg dia lah terpaksa tk mau kita kelaparan jdi terjadinya benda2 negatinya tu ya sbb tu jadi jngan salahkan kmi 100% tngok dulu kadaanya org yg tdk ada yg sampai bunuh diri,tkanan dari kluarga dg keadaan kerja yg begini mati jln terbaik tpi alhdlilah aku bleh kuat dg smua tu

  10. Zack permalink
    August 31, 2010 10:03 pm

    Bagi mana-mana bloggers Indonesia, fikir-fikirkanlah:

    1). Rakyat Malaysia tidak pernah menceroboh tanah/ kedaulatan Indonesia secara haram tanpa dokumen perjalanan; tapi rakyat Indonesia beratus-ratus ribu orang menceroboh Malaysia;

    2). Malaysia dikatakan maling, sebenarnya bukan maling, tapi malang; kerana hampir 1 juta rakyat Indonesia yang berada di Malaysia secara haram, telah mengirimkan wang tanpa melalui pertukaran wang asing di Malaysia, Ringgit Malaysia dibawa terus ke Indonesia, menyebabkan pengaliran keluar matawang Malaysia yang dalam jangka panjang menjejaskan ekonomi Malaysia, jadi siapakah yang maling sebenarnya;

    3). Jika Malaysia ini dianggap maling; maka dari mengusir rakyat Malaysia, adalah tindakan mulia jika Indonesia mengekang kemasukan haram rakyatnya ke Malaysia yang berdaulat;

    4). Janganlah sampai suatu hari nanti, tiada lagi rakyat Malaysia yang merasa simpati jika negara kamu Indonesia ditimpa musibah; beringatlah gunung berapi kamu itu bakal meletus lagi; apabila kamu ditimpa musibah, negara maling inilah yang banyak membantu kamu, menghulurkan bantuan kemanusiaan; pernahkah rakyat kamu yang mulia itu menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Malaysia, jawapan tidak pernah;

    5). Bagaimana boleh dikatakan rakyat Indonesia itu mulia, jika menghina orang lain dengan najis; adakah itu memang perilaku dan peribadi warga Indonesia; Kerajaan Malaysia langsung tidak membiarkan penunjuk perasaan membakar mahupun menghina bendera Indonesia; tapi kerajaan kamu tidak mampu berbuat seperti Malaysia; Itulah bezanya Malaysia yang sering menggunakan otak termasuk semasa memperolehi kemerdekaan; kami memperolehi kemerdekaan secara demontrasi; maka budaya demontrasi ini telah kami gunakan seawal penjajahan dulu, manakala kamu baru hendak menggunakan demontrasi itu kini, kerana kamu merdeka menggunakan emosi;

    Fikirlah sejenak….kami tidak akan rugi dari tindakan kamu ini, malahan kamu yang akan rugi sendiri….bayangkan kalau negara Maling ini tidak lagi boleh dimasuki oleh rakyat kamu…ke mana pula kamu….kami tidak risau sedikit pun tidak dapat masuk ke negara kamu….itulah hakikat wahai Indonesian…..

  11. January 21, 2011 10:17 pm

    indonesial x kenang dek untung dtg sini jadi lontee

  12. Aku permalink
    April 10, 2011 3:44 pm

    Jangan dilihat pada apa yang berlaku pada warga anda semata tapi tidakkah kalian warga indon tau apa kerosakkan yang telah dilakukn oleh pekerja kalian di sini? Kalian sememangnya tau tapi ianya tidak penting bagi kalian kerana tidak berlaku kepada negara kalian. adakah kalian tau pembantu rumah kalangan kalian di sini mendera anak kecil warga kami? lain-lain jenayah dilakukn adakah ianya menjadi headline di sana? biar saya jawab – untuk apa..semua itu tidak menjejaskan kami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: