Skip to content

Kisah petani bersama beruk putihnya selepas ditinggalkan isteri

February 22, 2009
Ayah Putih

Ayah Putih

Hidup seorang petani yang ditinggalkan isteri kerana miskin dari Kampung Gajah Mati di Chengkuas, Narathiwat, Thailand, berubah sejak dia menemui seekor beruk putih hampir sebulan lalu.

Tolik Yamaer, 31, membawa pulang beruk albino itu selepas ia memasuki perangkap yang dipasangnya dalam kawasan hutan di Bukit Budoo, tidak jauh dari rumahnya. Kini, kawasan rumahnya bagaikan tapak pesta.

Setiap hari, rumahnya dikunjungi ribuan penduduk dari seluruh Thailand bagi menyaksikan keanehan beruk berbulu seputih salji itu.

Ayah Putih jadi tumpuan ramai

Ayah Putih jadi tumpuan ramai

Orang ramai datang semata-mata untuk merakamkan gambar kenangan bersama beruk albino yang jinak itu yang ditempatkan dalam sangkar bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Menurut Tolik yang ditinggalkan isteri tiga bulan lalu kerana hidup dalam kemiskinan, selain bertani dia menjalankan usaha menangkap beruk liar untuk dijual kepada penduduk kampung yang mahu melatih haiwan itu untuk tujuan memanjat kelapa dan petai.

Bulan lalu ketika menjenguk perangkap beruk yang dipasangnya, Tolik terkejut apabila mendapati dua ekor beruk di dalamnya iaitu beruk biasa dan seekor lagi beruk albino. Beruk biasa itu pantas melarikan diri sebaik perangkap dibuka, manakala beruk albino tidak berbuat demikian.

Rumah Tolik dah jadi macam tapak pesta

Rumah Tolik dah jadi macam tapak pesta

Beruk albino yang dinamakan Ayah Putih (bukan Ayah Pin tau) itu kini menjadi teman dua anaknya berusia tujuh dan 10 tahun. Khabar mengenai beruk albino itu tersebar cepat dan menarik kedatangan orang ramai yang berpusu-pusu ke rumahnya setiap hari.

Malah, penduduk kampung turut mengambil kesempatan menjual T-shirt, VCD dan gambar pelbagai aksi beruk putih itu. Orang ramai yang berkunjung pula menghulurkan sumbangan kepada Tolik untuk menyediakan makanan Ayah Putih.

Releks je adik ni bergurau dengan Ayah Putih

Releks je adik ni bergurau dengan Ayah Putih

Kata Tolik, dia tidak berhasrat menjual beruk ini walaupun ada yang menawarkan sehingga Baht3 juta (RM300,000) kerana mendakwa dia bermimpi seseorang melarangnya menjual beruk itu kepada orang lain.

“Dalam mimpi itu, saya diingatkan supaya membebaskannya ke hutan jika tidak mahu memeliharanya lagi,” katanya.

Ketika malam, Ayah Putih akan dibawa masuk ke dalam rumah untuk tidur bersamanya. Dia kini tidak berpeluang lagi ke hutan untuk menangkap beruk kerana sibuk melayan orang ramai yang berkunjung ke rumahnya.

Kisah Tolik bersama beruk putih ni bagi aku memang menarik, tapi lagi menarik kisah kawan aku ni yang pergi sampai ke Narathiwat dengan perjalanan hampir 3 jam dari Sungai Golok semata-mata nak tengok dan buat story mengenai beruk putih ni.

Pukul 8 malam baru sampai sempadan Malaysia… nasib baik berjaya jugak jumpa jalan balik dalam keadaan selamat… aku ingat dah hilang ke mana entah… nasib baik aku tak sempat call Polis Thailand nak mintak bantuan… hish… hebat betul penangan Ayah Putih ni!

21 Comments leave one →
  1. March 1, 2009 12:13 pm

    Cantik beruk Albino ni … kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan beruk dan Kera Albino ( Putih dan mata merah ) boleh hubungi saya 013-9812677, saya ada 2 ekor beruk Albino ( sepasang ) dan 5 ekor kera Albino ( 2 jantan dan 3 betina )… siapa cepat dia dapat

  2. March 1, 2009 12:18 pm

    Cantik beruk Albino ni … kepada sesiapa yang berminat untuk dapatkan beruk atau kera albino ( Putih dan mata merah ) boleh hubungi saya 013-9812677. Saya ada sepasang beruk Albino dan 5 ekor Kera Albino( 2 jantan dan 3 betina) … siapa cepat dia dapat.

  3. March 7, 2009 5:27 pm

    semalam aku baru balik dr kg Gajah Mati tu..kg aku kat Narathiwat..tapi kalo nk g kg Gajah Mati lebih kurang dalam 2 jam…erm,pelik tul beruk putih tu…cantik,tangan dia lenbut mcm tgn pompuan..ciptaan Allah yang Maha Kuasa…aku dgr ada citer pelik disebalik beruk putih ni..sampai Sultan Kelantan perintahkan Bomoh untuk datang ke Kg Gajah Mati untuk mencari kebenarannya..kalo korang nak tau beli la CD yang ada harga nya antara RM5 – RM8…hehe…best dpt jumpa beruk yang comel tu…

  4. sue permalink
    March 12, 2009 1:01 pm

    assalamualaikum…
    baru-baru ni sy ada pi tengok beruk tu kat sana…hehehehhe..subhanallah..Maha Suci Allah..sy pum pertama kali melihat beruk yang berwarna putih..
    agipum..kg chakuas tu kg keluarga saya…nenek saya dilahirkan di sana…
    orang yg jumpa Ayah Putih tu ada bau-bau bacang nagn keluarga saya…saya balik Thai baru ni bukan setakat nak tengok Ayah Putih tu tapi semata-mata nak menziarah keluarga saya kat sana…kebetulan kami sekeluarga diberitahu pasal penemuan itu..saya dapat melihat dengan mata sendiri dan berpeluang mengambil gambar…hehehehe…

  5. mywanfai permalink*
    March 12, 2009 5:51 pm

    jue,
    apa yang misterinya?

    sue,
    dengar cerita, kat pasar malam kat kelantan pun banyak orang jual gambar beruk putih ni

  6. sue permalink
    March 12, 2009 5:56 pm

    ada asenya….

  7. pate permalink
    March 25, 2009 7:59 pm

    SubhanAllah…
    kat mana nak dapatkan vcd kisah beruk albino ni…

  8. mywanfai permalink*
    March 25, 2009 9:38 pm

    pate,
    setahu saya kat kampung tu ada jual VCD tu, tapi kat kelantan ni saya tak pasti

  9. xtra5 permalink
    June 23, 2009 3:42 pm

    mywanfai…aku bg tahu apa yg aku pelik,kena perangkap 2ekor tp yg sekor ni xlari,klu berok ni ada tuan msti tuan dia dh pergi tuntut berok ni..klu xde tuan camana blh jinak???..ada ke berok yg asal jinak??perhati dgn teliti..jom mkn buah peach..peace

  10. mywanfai permalink*
    June 24, 2009 3:01 pm

    xtra5,
    memang pelik cerita beruk putih ni, tu yg ramai orang sanggup datang jauh2 semata-mata nak tengok lebih dekat… peace bro!

  11. JMK permalink
    July 9, 2009 8:32 am

    Lihatlah di sebalik keajaiban beruk putih tu akan kebesaran Allah Subhanahuwata`ala.Seekor beruk putih lebih mulia di sisi Allah daripada seorang isteri yang hanya bersama dan ingin bersama di kala suami senang dan sanggup membelakanginya di kala diuji dengan kesusahan.

  12. July 26, 2009 3:10 am

    ana sekarang di AZHAR UNIVERSITY di cairo sekarang….
    semua perkara berkenaan beruk putih bagi ana adalah khurofat semata2.
    kita manusia nak menyamakan manusia dgn haiwan, mana boleh. Pergi mintak pelaris minta2 tolong dgn selain daripada Allah SYIRIK!!!!
    ana sedih melihat manusia lebih meninggikan lagi darjat beruk daripada manusia.

    • sue permalink
      July 30, 2009 4:35 pm

      saya sangt2 menyokong kata2 ustaz Azhar tu…sume tu khurafat sebenarnya..mane ada yg lebih berkuasa selain daripadaNYA…itu semua ujian Allah semata-mata untuk melihat hamba-hambaNYA..moga2 kita semua dilindungiNYA dan selamat dunia akhirat..AMIN…

  13. sue permalink
    July 30, 2009 4:33 pm

    saya sangt2 menyokong kata2 ustaz Azhar tu…sume tu khurafat sebenarnya..mane ada yg lebih berkuasa selain daripadaNYA…itu semua ujian Allah semata-mata untuk melihat hamba-hambaNYA..moga2 kita semua dilindungiNYA dan selamat dunia akhirat..AMIN…

  14. September 28, 2009 12:50 pm

    saya suka melihat beruk.beruk putih tu saya tengok sungguh manja.kalau saya ada wang teringin nak beli.sebab saya suka berkawan ngan haiwan

  15. November 14, 2009 11:22 am

    Wat po dok loghat pasal beruk putih? Bukankah Allah maha kuasa …..orang hitam pun ada!
    gagak putih pun ada! Dan tak kurang juga ORANG PUTIH !!!!!

  16. yusof permalink
    March 18, 2010 10:14 am

    saya di thailand , tak pergi kesana untuk melihat buruk putih iti , karena di selatan thai sudah banyak cerita2 yang seperti itu :

    seperti ada orang bertemu malam lailatul qadar pada 27 ramadan bibarapa tahun lalu , yaitu air telaga lilih di musim kemarau , banyak orang2 islam membeli airnya itu untuk di jadikan penar . akirnya dapat tahu bahwa air telaga itu di pasang pait di bawah tanah . saya lupa nama kampongnya .hehehe .

    ada saorang janda namanya midah yang berminpi menunggng saikur binatang tunggangan Nabi muhammad yitu saikur burak , ini berlaku di kampong repah . banyak orang2 islam mengungjunginya untuk mengambil air tawar untuk di jadikan penawarnya . akirnya hilang tidak tahu kemana kabarnya beliau pergi kemekah ..

    dan satu lagi , saorang isteri yang sedang mengandong 5 atau 6 bulan , si anaknya itu boleh bercakap dalam peruk lagi dan pandai menyanyi lagu anak Nabi2 7 orang . banyak orang islam mengungjunginya termasuk buja saya . . sedang suaminya bodoh ..banyak juga wang yang di sedekah oleh penyungjungnya itu . ini berlaku di telok bukit .

    kamadian suami isteri cabut lari , setelah di ugut oleh parentah akan di tangkat kalau itu hanya penipuan .

    dan satu lagi , cerita saorang parampuan yang menyiksa saikut biawak si anaknya lahir seperti biawak lihat di bawah ini :
    http://indonesiabreakingnewsonline.blogspot.com/2008/11/gara-gara-nyiksa-biawak-si-anak-lahir.html

  17. manny permalink
    October 6, 2010 1:37 pm

    Should have left the monkey in its own habitat.

  18. wahyu_cuy28@yahoo.com permalink
    November 15, 2010 8:20 am

    pecinta beruk sejati…i love you

  19. ijad permalink
    November 4, 2012 8:19 am

    aq ade beruk tpi wrna biasa ado 5 ekor….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: