Skip to content

Jom menyauk udang geragau!

February 20, 2009

Setiap kali tiba penghujung musim tengkujuh, penduduk Pantai Melawi, Bachok bagaikan berpesta menyambut kemunculan udang geragau atau lebih dikenali dengan nama udang baring di pesisir pantai itu.

Udang geragau yang biasanya dijadikan bahan membuat belacan dan cencalok ni muncul dengan jumlah yang banyak sekali gus memberi pendapatan lumayan kepada penduduk kampung.

Udang geragau baru dinaikkan, masih fresh...

Udang geragau baru dinaikkan, masih fresh...

Dengan hanya berbekalkan pukat bermata kecil, ratusan kilogram udang ni dapat dikutip dalam tempoh singkat sebelum dikeringkan dan dijual kepada peraih pada harga sekitar RM5 sekilogram.

Aku juga tak ketinggalan melihat lebih dekat keasyikan penduduk kampung menyauk udang geragau. Biasanya udang ni muncul sekitar awal April, tapi tahun ni agak luar biasa kerana muncul pada pertengahan Februari.

Digunakan untuk membuat belacan, cencalok dan penambah perisa masakan

Digunakan untuk membuat belacan, cencalok dan penambah perisa masakan

Ketika berkunjung ke Pantai Melawi dua hari lalu, aku berkesempatan berbual dengan nelayan dari Kampung Kuala Rekan, Pakcik Mohamad, yang berjaya menaikkan 400 kilogram udang geragau dalam sehari hasil usaha menyauk udang ini bersama 3 rakannya.

400 kg?? banyak tu….

Katanya, kehadiran udang ini tidak kekal lama kerana biasanya ia akan hilang apabila ombak besar sebelum muncul kembali apabila laut tenang.

Udang dikeringkan di atas pasir

Udang dikeringkan di atas pasir

Udang yang disauk kemudian dikeringkan di atas permukaan pantai tanpa dilapik dengan surat khabar atau pun tikar, tapi selepas kering, udang akan diayak menggunakan jala bagi membuang pasirnya.

Selain udang, ketam juga banyak terdapat di pesisir Pantai Melawi, aku dah lupa la apa nama ketam bersaiz kecil ni, tapi menurut Pakcik Mohamad, walaupun kecil tetapi ketam ni mempunyai isi yang banyak dan sedap dimasak gulai.

ketam pun ada...

ketam pun ada...

Sepanjang lebih tiga tahun bertugas di Kelantan, bagi aku Pantai Melawi paling best… dengan pantai yang memutih serta air yang jernih seperti kristal di samping angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, membuatkan aku terpukau seketika, rasa macam tak nak balik ofis!

Bagi aku, kalau berkunjung ke Kelantan, Pantai Melawi adalah lokasi paling sesuai untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga. Pantainya bersih, landai dan tak tercemar. Kalau nak bermalam pun boleh, banyak chalet disediakan dengan harga murah.

Pantai memutih dan air yang jernih

Pantai memutih dan air yang jernih

Selepas melihat kerja menyauk dan mengeringkan udang geragau serta menikmati keindahan pantai, aku bersama dua rakan setugas kemudian dihidangkan dengan air kelapa muda segar yang dipetik sendiri member aku ni yang nampaknya handal memanjat pokok walaupun kelihatan agak pendiam.

Terima kasih kepada Kak Mah iaitu pemilik chalet Pantai Sri Melawi yang menjamu kami minum air kelapa muda… terima kasih juga kepada Pakcik Mohamad kerana memberi kami satu plastik besar udang geragau sebagai buah tangan untuk balik ke ofis. Habis satu ofis bau belacan… hahaha… Pantai Melawi memang best!

7 Comments leave one →
  1. akula permalink
    February 20, 2009 1:28 am

    sedapnya kalau dapat makan cekodok taruk udang geragau nih.. pastu minum dengan kopi O panas.. pehh..

  2. February 20, 2009 1:36 pm

    kecur ar tengok ketam!

  3. wafa permalink
    February 20, 2009 2:05 pm

    Ish..gout2…. btw..menarik tul kelantan ni..apasal masa aku duk Desa Pahlawan dulu tak penah nengok pun menda2 ni..

  4. akula permalink
    February 20, 2009 2:25 pm

    ala.. pastu boleh mandi spa kasik hilang gout..
    masa duduk kem desa ko kecik banget mana la nak eksplore ni sumer..

  5. mywanfai permalink*
    February 20, 2009 10:34 pm

    akula,
    teringat kari udang galah yang ko masak… alamak sedapnya…

    cthassan,
    gi la Pantai Melawi… tak jauh mana pun…

    wafa,
    ada gout ke? aku tak tau pun…

  6. December 7, 2009 6:56 am

    ee.. bestnya tempat tu rasa macam tak sabar la nak g sana.Skarng tak leh g lagi musim banjir dan busy sikit la….

  7. presa1200 permalink
    November 3, 2012 2:31 am

    rezki tuhan dtg mcm tu je😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: