Skip to content

Pengamal perubatan tangkap jin berlindung sebalik anak pokok?…

February 19, 2009

kb1802hn005

Cuba anda perhatikan dengan teliti botol pada gambar di atas… apa yang anak nampak?? Adakah anda perasan ada sesuatu di dalam botol tersebut??

Menurut seorang pengamal perubatan dari Kota Bharu yang hanya mahu dikenali sebagai Naza, 37 tahun, objek di dalam botol itu sebenarnya adalah dua entiti iaitu jin yang berjaya ditangkapnya, malam Jumaat lalu.

Dakwa Naza, 2 jin itu ditemui berlindung di sebalik anak pokok yang baru dibeli rakannya. Ketika kejadian, anak pokok itu diletakkan di tempat duduk belakang kereta rakannya yang turut dinaiki Naza.

“Ketika berbual bersama rakan dalam kereta itu, naluri saya kuat mengatakan kenderaan itu turut ditumpangi jin yang berlindung di sebalik anak pokok.

“Saya kemudian menggunakan ilmu perubatan Islam untuk menangkap jin tersebut dan mengarahkan dua anak murid saya melakukannya,” kata Naza.

Anak murid Naza kemudian hanya memerlukan 2 minit untuk menangkap jin berkenaan sebelum dimasukkan ke dalam sebuah botol kaca.

Menurut Naza yang sudah 10 tahun mengamalkan ilmu perubatan Islam, gambar jin terbabit yang diletakkan di dalam sebuah botol dirakamkan anak muridnya menerusi telefon bimbit.

Naza kemudian membuang botol berisi jin itu ke dalam sungai jam 12 malam pada hari yang sama.

(Entry ini dipetik berdasarkan kisah yang diceritakan Naza kepada wartawan Harian Metro)

3 Comments leave one →
  1. February 19, 2009 4:09 pm

    bahyo nih..misteri dekat rmh aku..

  2. mywanfai permalink*
    February 19, 2009 11:52 pm

    manlukeman,
    mana?? rumah sebelah ke??… hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: