Skip to content

Kisah ikan keli…

February 18, 2009
gambar hiasan

gambar hiasan

Pagi ini, seperti biasa selepas solat subuh dan menyediakan sarapan pagi, mak ke luar rumah untuk memberi makan ikan keli peliharaan mak yang diternak dalam kolah kecil di tepi rumah.

Mak memang tak pernah makan ikan keli, tapi mak tak pernah jemu masak ikan keli untuk abah dan kami 7 beradik sejak kecil hingga sekarang. Mak sayangkan ikan keli ini, setiap pagi mak beri ikan keli makan untuk mengisi kekosongan masa.

Hati mak tenang melihat ikan keli berebut-rebut sambil melompat menjamah makanan yang diberikan mak. Hanya itu aktiviti pagi mak selain bersarapan bersama abah sebelum abah ke tempat kerja. Bila musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu, mak menemani cucu memberi ikan keli makan, mak rasa seronok. 

Tapi bila hari biasa macam pagi ini, nak main dengan cucu, semuanya bersekolah, cucu bongsu pulak berada nun jauh di Kelantan. Petang-petang barulah mak gembira dapat jumpa cucu dan dua anak yang datang menjenguk. Lima lagi anak mak berada di luar sama ada masih belajar atau bekerja di Johor, Pulau Pinang, Putrajaya dan Kelantan.

Maka tinggallah mak seorang setiap pagi memberi makan ikan keli. Tapi… pagi tadi mak rasa tak sedap hati, ikan keli tak melompat atau berebut seperti selalu ketika diberi makan. Rupa-rupanya kira-kira 40 ekor ikan keli yang mak pelihara tu dah tak ada lagi, entah bila dan bagaimana ikan keli tu hilang.

Selepas ni, kami tak dapat lagi makan ikan keli peliharaan mak…

Mak sedih… sedih mengenangkan keseronokan memberi makan ikan keli bersama cucu-cucu mak… sedih memikirkan tiada lagi aktiviti pagi yang biasa mak lakukan setiap pagi sejak beberapa tahun lalu…

3 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    February 20, 2009 2:10 pm

    Ler.. aku ingatkan permata nusantara yang akan tulis entry ni macam cerek ajaib..

    kisah ikan keli x per.. jangan kisah ikan kaloi dah..

    p/s: Dulu masa kecik2 abah ada citer kat anak2 dia story batu belah batu bertangkop.. hehehe..sedih woo..

  2. mywanfai permalink*
    February 20, 2009 10:39 pm

    wafa,
    sekali sekala nak jugak tulis sajak dan kisah puitis macam permata nusantara

  3. sape2 jela.. permalink
    February 28, 2009 1:57 am

    sedih woo kisah ikan keli ni..mak siap wat sajak yg panjang gile..dah la bace sms mak tu mase baru lepas kena observe dgn lecturer kt sekolah..rase terhibur jp..hilang jp tensyen..huhuuuuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: