Skip to content

Capai impian menakluk awan biru di APFT

February 17, 2009

MENAKLUK awan biru sering menjadi cita-cita yang diidamkan. Bagi anak gadis, baju kebaya cantik yang disarung pramugari menjadi impian manakala anak teruna lebih teruja dengan kerjaya sebagai juruterbang.

Bukan saja pakaian segak bila dikenakan, cabaran, imej dan gaji lumayan pastinya menjadi tarikan. Namun, bukan semua bernasib baik dapat menjalani latihan penerbangan dan bergelar juruterbang.

Selain kelayakan akademik yang baik, yuran pengajiannya juga sangat tinggi sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul seorang juruterbang.

Beratus, beribu, malahan puluhan ribu nyawa `di tangan’ pilot. Sebarang kesilapan dan ketidakupayaan menangani masalah ketika terbang laju di udara akan membawa 1,001 keburukan. Kerana itu juga latihan yang perlu dijalani sebelum bergelar juruterbang amat mencabar ketahanan mental serta fizikal.

Bagi yang berminat bergelar juruterbang, Asia Pacific Flight Training (APFT) adalah lokasi tepat mengejar cita-cita. Bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan, sekolah latihan penerbangan bertaraf dunia ini menyediakan kursus kepada yang berminat.

Asian Pacific Flight Training

Asian Pacific Flight Training

Yurannya tak mahal sangat, cuma RM200,000 untuk 20 bulan pengajian, atau RM10,000 sebulan. Dalam tempoh itu, pelatih akan menghabiskan 200 jam melakukan penerbangan di udara termasuk penerbangan solo menggunakan pesawat ringan dari Kota Bharu ke Ipoh, Penang dan Subang.

Kalau dah bayar mahal-mahal, mestilah ada jaminan kerjaya sebagai juruterbang bertaraf antarabangsa sama ada dengan MAS atau syarikat penerbangan lain di dunia.

Kini bergelar juruterbang

Kini bergelar juruterbang

Semalam, 65 pelatih Batch 7,8,9 dan 10 APFT menamatkan pengajian dan menerima `sayap’ sekali gus memiliki lesen sebagai juruterbang pesawat komersial. Daripada jumlah itu, 59 pelatih adalah anak tempatan dengan 41 daripadanya adalah Melayu… hah siapa kata anak Melayu tak hebat??

Kebanyakan pelatih di sini terdiri dari kalangan anak orang berada… ya lah dah yuran pun mahal kan… tapi bagi yang kurang berkemampuan, bolehlah apply pinjaman pendidikan Mara atau jika bernasib baik, boleh dapat tajaan MAS atau Air Asia.

Graduan cemerlang keseluruhan Batch 9, anak Ketua Polis Kelantan, Mohd Asyraf

Graduan cemerlang keseluruhan Batch 9, anak Ketua Polis Kelantan, Mohd Asyraf

Aku pun sempat jugak bawak kapal terbang ringan ni, jenis apa aku tak tahu… tapi tak terbang pun sebab kunci kapal terbang tu takde… hehe… aku naik untuk bergambar je!

So kepada sape-sape yang ada anak kecik dan nak diorang jadi pilot bila besar nanti, kenalah simpan duit dari sekarang.

27 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    February 17, 2009 4:15 pm

    Duit..duit..di mana ko duit..

  2. mywanfai permalink*
    February 17, 2009 4:56 pm

    wafa,
    simpanlah duit dari sekarang, mana tau bila dah besar nanti eimran nak jadi pilot… uhuhu…

  3. February 17, 2009 9:23 pm

    Tak jadi pilot kapal terbang, jadi pilot proton gti pun jadilah….tak gitu?

    mana tahu esok2 si arman jadi pilot air asia ke, mas ke……untung2 wan dan tok wan dapat discount nak gi melancong………he…..he……..

    semoga Arman cepat besar……amin

  4. mywanfai permalink*
    February 18, 2009 12:05 am

    arman dah semakin besar, sekarang dah pandai merangkak, rambut pulak dah botak macam mawi…

  5. February 18, 2009 9:13 am

    waa….da pandai merangkak…makin ligat dan jauh la bermain…hehe

  6. akula permalink
    February 18, 2009 12:13 pm

    Wah hebatnya negeri kelantan .. dah ada sekolah penerbangan bertaraf antarabangsa..

    Dulu masa kecik ada jugak main kapal terbang.. dapat free beli ubat gigi Darkie..

    Semoga Arman cepat besar, jangan cepat kembang ye Arman.

    p.s. hai dalam banyak-banyak artis, Mawi jugak pilihan bapak ko Arman..

  7. February 18, 2009 12:44 pm

    aku sokong kalalu arman nak jadi pilot..jgn jadi Mawi..hahahahaa..

  8. wafa permalink
    February 18, 2009 2:12 pm

    Kat opis aku.. org yang bawak office car pun di panggil pilot..hu..hu..

    akula..
    Aku pun sama..harap arman cepat besar..jangan cepat kembang..hahaha..

  9. mywanfai permalink*
    February 18, 2009 7:24 pm

    permata nusantara,
    memang ligat… dah macam superman!

    akula,
    kalau kembang arman ada formula mengatasinya yang dipelajari dari ayahnya… hoho

    manlukeman,
    mawi?? siapa tu??

    wafa,
    harap-harap macam tu lah

  10. February 20, 2009 1:38 pm

    pilot rtm/bernama ok gak kan…

  11. mywanfai permalink*
    February 20, 2009 11:46 pm

    cthassan,
    tu pilot kat darat…

  12. MIFZAL AQIL B. HJ. MOHAMAD permalink
    May 20, 2009 6:11 pm

    kalau nak ambil pengajian selama setahun kena bayar berape?

  13. mywanfai permalink*
    May 20, 2009 11:52 pm

    mifzal aqil,
    rasanya tak boleh ambil pengajian setahun, pengajian ditetapkan 20 bulan

  14. KAPTEN MIFZAL DAN ZAIM permalink
    May 21, 2009 12:21 pm

    kalau nak tempah dari sekarang boleh tak?

  15. mywanfai permalink*
    May 21, 2009 11:30 pm

    kapten mifzal dan zaim,
    alamak, saya nak jawab tu pun tak tahu lah, cuba call apft 09-7738277

  16. MIFZAL AQIL B. HJ. MOHAMAD permalink
    June 10, 2009 3:15 pm

    kalau selepas latihan kita sudah mendapat sayap dan lesen,nak berhenti lepas 2 nak bawa kapal terbang semula buleh ke?

  17. mywanfai permalink*
    June 10, 2009 5:19 pm

    boleh kot… tp kalau nak bawak kapal terbang besar macam boeing 747 kena ambil exam lain pulak… kalau keje dengan sykt penerbangan komersial macam AirAsia dan MAS, kena jugak ambil lesen yang ditetapkan

  18. Muhammad Faris permalink
    June 16, 2009 10:47 am

    kalau lulus latihan, nak bawa heli boleh ke?

  19. MIFZAL AQIL B. HJ. MOHAMAD permalink
    June 20, 2009 4:28 pm

    nombor telifon awak berapa

  20. January 22, 2010 5:22 am

    kalau perempuan nak jugak jadi perempuan, adakah diterima masuk ke kolej penerbangan????

  21. mywanfai permalink*
    January 25, 2010 12:46 am

    asal ada duit je ira…..

  22. Pengidam juruterbang permalink
    February 26, 2010 9:15 pm

    nk tanya la..kat mne kat mlsia ni yg ade course jd juru terbang??
    Nti bg Reply pnoh boley x???
    sy xtaw kt mne n kelayakan die…
    sy sbnye nk jd juruterbang jet pejuang…
    boley tlg sy x???

  23. Pengidam juruterbang permalink
    March 2, 2010 7:49 pm

    tlg la jawab…
    pleez…

    • mywanfai permalink*
      March 3, 2010 7:59 pm

      kat APFT la bro

      • Pengidam juruterbang permalink
        March 3, 2010 9:31 pm

        Course jd juruterbang jet pejuang pon ade????
        then,lg mhal dr course biase ke???

  24. July 30, 2010 10:07 pm

    tu kena masuk kolej tentera udara la….
    baru boleh jadi dog fighter…
    bawak mig f 18..
    macam abang,.. hahaha..
    dulu.. tapi dalam game..

  25. mira musthafa permalink
    December 22, 2010 10:11 pm

    so excited!!!! i really wanna be a commercial pilot and make my family proud of me……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: