Skip to content

Tak percaya?? cuba tengok ni…

February 16, 2009

Kali ni aku masukkan entry sedih… P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang pernah berkata, ulat dalam batu pun boleh makan… tapi masalahnya aku bukan ulat dan aku juga tak hidup dalam batu… Ahhhh… hidup ini memang mencabar… berat mata memandang berat lagi bahu memikul… tak percaya?? hah tengok ni…

Rumah Sewa…………………….RM350

Rumah yang aku beli………..RM750

Maintainance Rumah……….RM92

Ansuran Kereta………………..RM700

Kad Kredit………………………..RM300

PTPTN……………………………..RM200

Hutang Koperasi……………….RM167

Ansuran Motosikal……………RM186

Celcom broadband…………….RM90

Astro………………………………..RM93.90

Takaful…………………………….RM50

Insurans anak…………………..RM150

Insurans diri sendiri………….RM88

Pengasuh anak………………….RM200

Top up handphone……………RM30 seminggu x 4 minggu = RM120

JUMLAH…………………………..RM3,536.90

Ini adalah perbelanjaan tetap aku setiap bulan tak termasuk nafkah isteri, barangan dapur, susu anak, pampers, wang yang dikirim ke kampung, makan minum, petrol, bil elektrik, bil air…

itu belum kira perbelanjaan luar jangka contohnya kereta rosak, servis kereta, gas memasak habis, rawatan perubatan, road tax dan insurans kereta tamat tempoh dan macam-macam lagi lah.

Belum dicampurkan perbelanjaan bila nak balik kampung, belanja nak bawak anak isteri makan kat luar, beli baju baru anak isteri… aku ni memang sah-sah lah pakai baju lama yang dah sendat… tu tak kira nak bawak anak bini pergi makan angin lagi tu… kereta dah berkarat sampai sekarang tak boleh nak cat baru.

Bila masa pulak nak menyimpan untuk hari tua… Apa yang pasti, perbelanjaan dah melebihi gaji bulanan termasuk OT dan elaun lain… masuk macam-macam peraduan pulak tak pernah menang… hah sekarang mesti korang percaya hidup ni memang mencabar…

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Nak buat macam mana kan, ni baru sikit… ada orang lain lagi susah tapi tak kecoh pun macam aku ni kan… ada orang nak makan pun susah… apa pun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi…

yang nyata memang lah tiap-tiap hujung bulan aku tidur dengan tangan di atas dahi… eh ada panadol tak??

10 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    February 16, 2009 9:23 am

    mywanfai…
    Itu mujur arman still kecik lagi..kalau dah pandai mintak mc’arnold macam eimran.. pastu kejap2 nak beli jam Ben10..tokey balak pun bankrap….. hahaha…

  2. mywanfai permalink*
    February 16, 2009 10:13 pm

    wafa,
    ni pun nak bankrap dah ni…

  3. Sputatrix permalink
    February 17, 2009 3:13 pm

    takotnyeww tgk…x dpt la gw nk pki kete impian cmni klu da kawin..huhu

  4. February 17, 2009 9:41 pm

    Kata org tua2…..Berakit2 kehulu berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian.

    Hidup ini satu perjuangan, jangan mudah berputus asa ……..bersyukur dgn apa yg kita ada….semoga anda berjaya………

  5. mywanfai permalink*
    February 18, 2009 12:09 am

    amin… dengan doa wan dan tok wan… jangan rakit bocor separuh jalan sudah… uhuhu…

  6. mywanfai permalink*
    February 18, 2009 12:14 am

    Sputatrix,
    rancanglah perbelanjaan anda dari sekarang

  7. Zackk permalink
    February 18, 2009 8:28 am

    Kau nak tunjuk gaji kau mahal yerr….rm5,000 lebih yer…yerr…yerr….

  8. mywanfai permalink*
    February 18, 2009 7:26 pm

    Zackk,
    kan dah tulis kat atas tu, perbelanjaan melebihi gaji bulanan… ala kita kan berjiran…

  9. April 5, 2009 4:03 am

    Rumah sewa 350? kat mana tu?

  10. mywanfai permalink*
    April 5, 2009 4:15 am

    benrauf,
    kota bharu… sewa rumah murah lagi… tapi benda lain semua dah sama mahal macam kat KL

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: