Skip to content

Pengalaman pertama keluar dengan budak pompuan

February 14, 2009

Hari ni aku nak lari dari kelaziman… tak nak nanti orang kata aku terlalu tipikal dalam memasukkan entry… kali ni jugak aku tak nak bercerita pasal makan atau tempat makan yang best… so, entry kali ni aku nak cerita tentang pengalaman kali pertama keluar dengan budak pompuan!

Kisah ni berlaku pada 1994 ketika aku berada dalam Tingkatan 3… nama budak pompuan tu tak perlulah aku sebut… Aku berkawan dengan budak ni sejak Tingkatan 2 lagi, akhirnya masa Tingkatan 3 dia nak pulak keluar dengan aku pergi KL… ala aku bukan ada apa-apa pun dengan minah ni, keluar pun sebagai kawan biasa je.

Lagipun, minah ni nak bawak member dia, so dia pun suruh aku bawak sorang member… masalahnya, semua member rapat aku tak nak ikut kononnya nanti jatuh standard sebab kawan minah ni dah lah tak cun, gemuk pulak tu (hish tak baik kutuk orang)…

Akhirnya, ada sorang je member aku budak India bernama Kevin yang setuju nak temankan aku… Maka, seperti dijanjikan, kami pun keluarlah ke ibu kota menaiki bas mini… kami menonton wayang di panggung Capitol dekat dengan Chow Kit, tengok filem Melayu berjudul Imigran lakonan Imuda dan Ahmad Busu… kah kah kah…

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Lepas tengok cerita tu, maka tibalah waktu yang paling aku tak suka iaitu makan… bukan apa, kali pertama keluar dengan budak pompuan ni aku lemah sikit bab makan ni sebab nak kena control… lainlah kat rumah boleh melantak sesuka hati…

Kami makan KFC di Jalan Raja Laut… mula-mula nak order pun dah kantoi… aku ni jarang pergi restoran fast food ni, kalau pergi pun dengan mak bapak… jadi masa tu memang aku tak reti nak order… last-last aku suruh minah tu dengan kawan dia je yang pergi order, itu pun aku suruh dia beli je lah apa-apa untuk aku dengan Kevin… hahaha…

Aku tengok muka minah tu berbulu semacam je… dah lah kena pergi order, aku tak bagi duit pulak tu… ala masa tengok wayang aku dah belanja dia termasuk kawan dia budak gemuk tu dengan kevin sekali, so apa salahnya kalau dia belanja aku makan… hehe

Aku ingat dah selamat, rupa-rupanya malang tidak berbau… masa makan Zinger Burger yang minah tu beli untuk aku, entah macam mana aku boleh terlanggar pulak air coke kat atas meje tu sampai habis tumpah air tu… nasib baik tak kena kat aku atau terpercik kat minah tu… tapi… Aduh… malunya…

Tu lah masalahnya kalau nervous bila keluar dengan budak pompuan… itu baru keluar berempat, belum keluar berdua lagi tu… itulah juga pengalaman pertama dan terakhir aku keluar dan berkawan dengan budak pompuan tu… kah kah kah…

dah 15 tahun rupanya kisah tu berlalu… entah mana agaknya sekarang budak pompuan tu… ala korang pun masa first time keluar dengan budak perempuan/lelaki mesti korang nervous jugak… toksah tipu la!

5 Comments leave one →
  1. February 14, 2009 3:50 pm

    syeh..sensitif nih aku nk tanye..time lu kuar ngn bini lu dulu, jadi gini x…muahahahahhaa

  2. mywanfai permalink*
    February 14, 2009 5:18 pm

    manlukeman,
    hah takde pulak kejadian memalukan, tp tetap nervous… hahaha

  3. February 14, 2009 6:33 pm

    hehehe…. wat malu company je… aku budak ulu pun tau order kfc…..

  4. mywanfai permalink*
    February 15, 2009 1:28 am

    tukang canang,
    itu kisah lama bro, sekarang cakap je kedai fast food kat malaysia ni, semua aku tau

  5. miza permalink
    July 25, 2009 12:59 am

    4 me…slg xda iktn yg sah…toksah kuar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: