Skip to content

Orang berbudi, lembu tidak berbahasa…

February 5, 2009
Pak Leh dirawat di HUSM

Pak Leh dirawat di HUSM

Niat Pak Leh ikhlas… dia tak sampai hati apabila melihat seekor lembu betina tidak jauh dari rumahnya mengerang kesakitan apabila kakinya terbelit kawat duri, apa lagi lembu itu baru tiga hari melahirkan anak. Lantas Pak Leh membantu melepaskan lembu berkenaan daripada kawat duri itu.

Namun, sebaik bebas dari kawat duri itu, lembu berkenaan tiba-tiba naik minyak lalu menyerang dan menanduk Pak Leh beberapa kali hingga menyebabkan lima tulang rusuk kanannya patah, manakala kepalanya cedera dan terpaksa menerima 11 jahitan.

Walaupun kejadian jam 12 tengah hari Selasa lalu itu hampir meragut nyawanya, Pak Leh atau nama sebenarnya Salleh Saamah, 89, dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal, Pasir Puteh, untuk terus membantu haiwan ternakan termasuk lembu yang menyerangnya jika ia berada dalam kesusahan.

“Saya tak serik… saya akan tetap bantu ternakan termasuk lembu yang menyerang saya itu yang berada dalam kesusahan. Cuma, saya tak sangka selepas membantunya, lembu itu membalas dengan menanduk saya,” kata Pak Leh ketika ditemui di HUSM.

So, berhati-hatilah ketika menghampiri lembu betina yang masih dalam pantang…

4 Comments leave one →
  1. February 6, 2009 12:45 am

    Bro lu dah scoop gua nie… tapi blog lu memang hebat dan menarik sekarang, dah tak terkejar aku nie… dah jadi boleh jadi blogger sepenuh masa nie…

  2. mywanfai permalink*
    February 6, 2009 1:46 am

    Tukang Canang,
    aku folow up je story ni… eh memang aku dah jadi blogger sepenuh masa!

  3. Zackk permalink
    February 10, 2009 9:34 am

    Errr…stori ni lah yg cow skoop aku dgn tukang canang yer…..ingat….ada ubi ada batasnyerr….air sedak sooo!!!

  4. mywanfai permalink*
    February 11, 2009 9:48 am

    zackk,
    mana ada scoop… kita kan hidup bermasyarakat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: