Skip to content

Ada apa dengan BLOG…

February 4, 2009
Gambar hiasan

Gambar hiasan

AKU mula jadi blogger sekitar pertengahan tahun lalu, itu pun selepas mendapat inspirasi apabila melihat kawan-kawan serta adik dan kakak aku mempunyai blog sendiri.

Mula-mula tu tak tau apa nak tulis, sampai aku rasa buat apa lah jadi blogger… lagi pun aku tak rasa aku ada pengalaman hidup yang menarik untuk dikongsi. Aku seboleh-boleh mengelak dari jadi blogger yang menghentam orang sana sini sebab aku pun bukannya betul sangat, lagipun siapalah aku nak menggunakan blog semata-mata nak melepaskan geram atau mencari salah orang.

Sampai suatu ketika, aku mula bosan… blog tu pun tak update berbulan-bulan… akhirnya aku pun delete blog tu… tapi, tiba-tiba semangat nak buat blog kembali berkobar-kobar apabila melihat rakan aku, manlukeman begitu galak mengupdate blognya setiap hari. Maka, aku buat keputusan untuk kembali berkecimpung dalam dunia blog sekitar penghujung Oktober tahun lalu.

Maka terhasilkan blog ni… tapi niat aku tetap sama, aku tak nak guna blog untuk maki hamun atau hentam orang. Aku nak gunakan blog untuk berkongsi pengalaman, berkongsi cerita sambil meluahkan perasaan… cewah!

Kini, selepas lebih tiga bulan menjadi blogger, aku dapati blog juga membolehkan aku sentiasa dekat dengan keluarga dan rakan-rakan walaupun jauh terpisah kerana aku kini bertugas nun jauh di tempat orang. Melalui blog milik kakak dan adik aku, aku dapat tahu aktiviti seharian mereka, begitu juga sebaliknya.

Melalui blog jugalah aku sentiasa update dengan perkembangan bisnes adik-adik aku yang menjual tudung secara online menerusi blog masing-masing. Malah, salah seorang adik aku menggunakan blog untuk berkarya dengan menulis sajak dan puisi… kalau takde blog, sampai ke sudah aku tak tau yang adik aku ni berbakat dalam penulisan.

Aku juga dapat tahu, mak dan abah aku kini jadi pembaca setia blog aku… sekurang-kurangnya mak dan abah serta adik dan kakak sentiasa tahu perkembangan aku walaupun jarang berjumpa. Haa… tak ke blog merapatkan lagi hubungan kekeluargaan?

Melalui blog juga aku dapat tahu sama ada rakan setugas aku yang bekerja di syarikat akhbar lain bekerja atau tidak pada sesuatu hari tu kerana biasanya diorang update blog masing-masing ketika hari bekerja. So, kalau tak update blog tu maknanya diorang tak kerja lah.

Dan aku juga dapat tahu sama ada diorang ada kerja atau takde kerja sebab kalau dalam satu hari tu macam-macam benda diorang update, maknanya diorang tengah takde kerja la tu walaupun sebenarnya tengah bekerja.

Haha… blog memang best! Walau sesibuk mana pun, seboleh-bolehnya aku akan cuba update blog ni hari-hari… Itu pun selagi ada idea, kalau otak dah jem, tak boleh buat apa lah… hahaha, sebenarnya entry ni pun aku masukkan sebab otak tengah jem… takde idea lahhhhh…

4 Comments leave one →
  1. February 4, 2009 11:58 am

    hahaha..name aku pn ade..tq bro..ape2 pn, blog lu tetap best….gua terhibur..

  2. mywanfai permalink*
    February 4, 2009 10:14 pm

    manlukeman,
    gua banyak belajar dari blog lu… sebab lu rajin sangat update blog la gua pun semangat nak jadi blogger

  3. Zackk permalink
    February 5, 2009 12:21 pm

    Gua pun nak bukak blog sendirilah..drpd aku hentammm jer kerja dierr baik aku bukak blog..tak gitu??

  4. mywanfai permalink*
    February 6, 2009 1:48 am

    Zackk,
    eloklah tu kalau nak buat blog sendiri, lagipun kita kan hidup bermasyarakat… hehehe… air sedak saaa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: