Skip to content

Ada apa dengan gadis Pasir Mas…

January 29, 2009

Sebelum ditransferkan ke Kelantan pada 2006, senior di syarikat tempat aku bekerja ada memberitahu, “Nanti kau dah duduk kat Kelantan tu, jangan lupa cari awek Pasir Mas… orang Pasir Mas cantik-cantik, kulit putih gebu… mesti kau terpikat,” katanya.

Aku tak tau korang pernah dengar atau tidak pasal gadis cantik Pasir Mas ni… apa yang dikatakan oleh senior aku tu bukan cerita pertama yang aku dengar mengenai gadis Pasir Mas, sebelum ni pun aku pernah dengar cerita ni… kawan-kawan aku di universiti serta di tempat kerja pun banyak bercakap mengenai gadis Pasir Mas.

Kisah gadis cantik Pasir Mas ni sebenarnya dah jadi cerita turun-temurun hingga seorang rakan setugas aku, Syed Umar menganggap cerita ini hanyalah lagenda dan mitos semata-mata.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Benarkah orang Pasir Mas ni cantik-cantik?? Kenapa Pasir Mas?? takde ke gadis cantik kat tempat lain di Kelantan ni??… itu antara persoalan yang bermain di fikiran aku… dan sepanjang tahun pertama aku bertugas di Kelantan serta banyak kali juga pergi ke Pasir Mas dari bandar hinggalah ke ceruk kampung, tak pernah pulak aku jumpa gadis yang memiliki paras rupa yang cantik tahap luar biasa!

Bagi mencari kebenaran mengenai cerita itu, aku dan Syed Umar tekad membuat penyelidikan mengenai lagenda gadis cantik Pasir Mas yang dijalankan pada awal 2007… Maka, kami berjumpa seorang peniaga tekstil di bandar Pasir Mas bernama Nor Mohammed Din, 65, yang tidak menafikan gadis Pasir Mas menjadi rebutan ramai lelaki lantaran kecantikan mereka.

Menurut Nor Mohammed yang berdarah Pakistan, susur galur gadis Pasir Mas kemungkinan bermula sekitar 1900 apabila 25 keluarga pedagang dari Pakistan dan Afganistan menetap di Pasir Mas dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Katanya, keluarganya pula berhijrah ke Pasir Mas pada 1917 dan terus menetap di situ sehingga sekarang.

Keadaan itu menyebabkan banyak berlaku perkahwinan campur sehingga ramai mix lahir di Pasir Mas khususnya membabitkan golongan yang digelar Tok Seh (campuran Pakistan dan Afganistan dengan Melayu). Anak Nor Mohammed, Nor Suryati, 37, pernah menjadi model dalam video klip KRU dan menghiasi majalah hiburan tempatan sekitar 1994. Seorang lagi anaknya, Nor Awatif, 22, turut mengikuti jejak kakaknya apabila menjadi model sambilan di sebuah syarikat penerbitan.

Noor Suryati pernah menjadi model video klip KRU

Noor Suryati pernah menjadi model video klip KRU

Menurut anak jati Pasir Mas, Nur Ayunie Abd Rahman, 21, wanita Pasir Mas memang menjaga kecantikan kulit sejak dari zaman nenek moyangnya menerusi amalan minum air suam, makan beras pulut setiap hari dan mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya kelihatan gebu dan menarik.

Dia bagaimanapun menyifatkan kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan mengakui ramai gadis dari negeri lain dan daerah lain di Kelantan turut mempunyai kecantikan tersendiri.

Pensyarah UKM, Prof Dr Mohd Agus Yusof, yang kami hubungi berkata Pasir Mas pernah menjadi hab perdagangan terkenal sekitar 1800 kerana kedudukannya yang hampir dengan Wilayah Kesultanan Pattani  yang bebas sebelum dijajah Thailand pada awal 1900.

Maka, dari situlah bermulanya perkahwinan antara pedagang dengan penduduk tempatan termasuk campuran Melayu-Siam. Malah, Prof Agus turut mengakui beliau sering mendengar cerita mengenai kecantikan gadis Pasir Mas dan yang menghairankan kisah itu tidak didengarnya di negeri lain.

Bekas Adun Pengkalan Pasir, Hanafi Mamat, berkata pada awal 1900, berlaku banyak perkahwinan campur antara orang Melayu dengan Siam serta orang Melayu dengan kaum pedagang. Sekitar 1950-an, ramai wanita cantik di daerah ini berkahwin dengan pegawai tentera dan anggota polis dari luar yang ditugaskan ke Pasir Mas. Pada masa itu, ramai ibu bapa mahu menjodohkan anak gadis mereka dengan tentera dan polis yang cukup dihormati ketika itu.

Hanafi berkata, anggota tentera dan polis terbabit apabila ditukarkan ke tempat lain menceritakan kecantikan wanita Pasir Mas kepada rakan mereka menyebabkan cerita itu tersebar dan menjadi bualan.

Bagi aku pula, kecantikan sebenarnya bukan terletak pada paras rupa semata-mata, sebaliknya merangkumi aspek lain seperti hati yang bersih, kejujuran serta budi bahasa yang tinggi… cewah!

38 Comments leave one →
  1. mediakelantan permalink
    January 29, 2009 8:16 pm

    cayalah..lu memang best..terhibur bro gua bace story nih..apa lagi, bile lg nk repeat blk asgmt nih..aku pn nk kenal bdk Pasir Mas..psss..gambar awek tudung putih tuh, dia bdk pasir mas gak ke? muahahahhaa

  2. mywanfai permalink*
    January 29, 2009 11:17 pm

    mediakelantan,
    lu la buat balik story ni…

  3. wafa permalink
    January 30, 2009 9:01 am

    mywanfai..
    Kita pun mix jugak.. ada campur darah siam belah tokwan.. cuba tanya abah..hu..hu..

  4. January 30, 2009 11:52 am

    hehehe…. menarik cerita nie tapi apa pun man u tgh gah di persada bpl… huhuhu

  5. pengacau permalink
    January 30, 2009 1:19 pm

    org pasir mas memang terkenal dengan cantik, tp mushkil betul la, sb gua pon org pasir mas, tp dh 24 tahun duk sne,tp tk cntik2 pon…conclusionnye, sume org cntik2….bkannye p.mas jer

    • cik mek pasir mas permalink
      October 4, 2010 11:20 am

      btul,i pun org pasir mas,tp rasanya org kb lagi cantik,pandai bergaya dan nampak klas-tp bangganya klu org ingat org p.mas ni cantik,mungkin sebab pasir pun emas

  6. akula permalink
    January 30, 2009 1:20 pm

    Yang aku tau ikan mas memang susah nak bela.. senang sangat nak mati..

    tapi kalau awek pasir mas aku tak tau la senang nak bela ke tak.. mantainance macam tinggi aje..

    Apa2 pun memang semua orang mix mak+bapak.

  7. mywanfai permalink*
    January 30, 2009 8:32 pm

    wafa,
    jangan lupa campuran arab…

    tukangcanang,
    tiba-tiba BPL pulak, lari topik la bro… hehe

    pengacau,
    awak je kot yg tak ____!! hehe jangan marah!

    akula,
    ikan emas mati sebab PTD unggul letak batu besar kat dlm akuarium… huhu

  8. Zackk permalink
    February 1, 2009 8:35 am

    Eh…apasal cow susah susah carik yg cantik sampai kat pasir mas…kat kb pun berlambak. Nu ha beyi subaryati adjeng kosasih, ana nawi, mimie suhaiza, rosmiza kasim, nik sheila (sekadar menyebut nama)…tak cantik ke tuh…meleleh air liur aku dah nih cow tau tak!!!

  9. mywanfai permalink*
    February 2, 2009 4:37 am

    zackk,
    errr… no komenlah

  10. mangkuk permalink
    February 8, 2009 7:06 am

    well written and researched. Kau ni penulis pro ke?

  11. March 23, 2009 2:02 am

    Assalamualaikum…

    Saya nak betulkan sikit … information kat atas tuu.. nama saya
    NOOR SURYANTI BT NOOR MOHAMED

    BUKAN SURYATIE

    Umur saya 32 – birthdate – 17th NOV 1976

    Saya campuran Pakistan + Afghanistan .. datuk saya Merchant yang
    fell in love ngan kelantan .. lalu mendirikan rumah tangga di Kelantan.

    Pasir Mas.. —> adalah kerana ia terletak di sempadan Malaysia – Thai..

    ni yg saya tahu drp my father..

    Thanks for reading ..

    • ira permalink
      April 28, 2009 1:34 pm

      lama x dengar cerita u..
      u dah kawin ke skrg??

    • nissan permalink
      June 26, 2010 12:06 pm

      u sekarang kat mana.

  12. 4WAZ permalink
    August 14, 2009 7:40 am

    canti tu ade pade sume orang melainkan orang tu xde muke je tp ade keistimewaan sendiri…
    yang bezakannya “unik”…
    unik yang membezakan kecantikan tu…

  13. August 14, 2009 5:07 pm

    Anok kelate semua canti n hensem…tapi biar la perangai juga sama dgn rupa.

  14. sejati permalink
    October 13, 2009 8:25 pm

    selamo aku kat p.mas smpai ke loo ni,

    awek p.mas ado yg lawa n ado gok yg biaso2..
    mcm gak kat tempat lain xkira la klate or kt mana2..

    samo jah, yg lawa n cun msti la confident nk expose rupa yg lawa kat public, yg biasa msti la malu n segan n rs rendah diri.. n mgkin diorg nyorok..

    anyway, awek aku mmg lawa n cun giler..
    alhamdulillah, akhirny dapat gak gadis idaman..
    mimpi aku siang mlm, pg ptg kat dia..
    sgt cun, tu yg aku xtahan…
    skadar nk berkongsi kegembiraan..

    hehe..

  15. mywanfai permalink*
    October 14, 2009 12:59 am

    Sejati, dapat awek cun orang mana?? Pasir Mas ke??…. hehe

  16. cassim permalink
    October 24, 2009 1:51 pm

    apalah awak ni semua …
    ni semua kan sama ja..

  17. May 26, 2010 10:04 am

    assalamualaikum…kepada saudara2 ku di pattani..kami menganggap kalian adalah dari darah daging kami sendiri…sebangsa dan seagama..sepatutnya kalian semua adalah satu dari negeri semenanjung malaysia…namun siam kafir tidak redha atas niat ini..musuh kalian (siam budha) adalah musuh kami juga..daku berharap insyaallah akan datang,kalian bergabung dengan malaysia atau dapat membentuk kerajaan melayu islam sendiri..HIDUP PATTANI DARUSSALAM!!!!….

  18. abg awang permalink
    June 14, 2010 6:35 am

    kalu gi kat kg2 yg bendang padi luas, ada yg hitam2 brkarat. Lawa tk lawa boleh kaji

  19. mek klate permalink
    November 30, 2010 4:13 pm

    sy pun asal dari pasir mas jgk campuran iran+melayu..

  20. golden sends permalink
    November 30, 2010 6:34 pm

    kmpung ak tuh….. jgn jealous k..
    hahaha

  21. December 1, 2010 4:36 pm

    gadis p.mas je ke..yg truna p.mas lak cmne..eheh

    • sejati permalink
      August 7, 2011 11:47 pm

      ooiit.. sekuk tawa..

      ambo dh xleh jwb soale demo cz doh kawen.. – bkn anak teruna lg.. cz dh jadi to’ laki oghe..

      sbelah mak(iran+siam+cina)+
      sebelah bapak(malay+pakistan)

  22. sejati permalink
    December 3, 2010 8:38 pm

    ex-awekku (skg dh jadi bini) pun org pasir mas.. cari yg dkat2 je.. snang2 nak balik raye nti.. bleh pegi-balik umh parent n mentua plus minus dlm 7 minit je..

  23. sejati permalink
    December 3, 2010 8:43 pm

    kata2 itu doa, jadi doalah banyak2 supaya org pasir mas mmg lawa n terus maintain lawa n makin lawa n cantik… nti bakal anak aku pun comel mcm mak bapak dia, heheh..

  24. arabsays permalink
    December 14, 2010 9:57 pm

    jangan kecewa sudah…pilih lah mane yang baik untukmu

  25. mia zara permalink
    December 17, 2010 12:17 pm

    i pun org klntn gak..
    mix blh ayah (siam+pakistan) + mak (china)
    tp biase je..xde la cantik sgtpun…hehee

  26. nasya raymee permalink
    January 17, 2011 9:24 pm

    hurm…ntah la..yg ak tau, prangai dorang pun ‘lawa’….huhuhu

  27. July 24, 2011 7:37 am

    slalu org tanya klantan kat mana? Pasir Mas? hehehe…

  28. July 24, 2011 7:39 am

    kelantan kat mana? Pasir Mas? hehehe…
    proud to be org pasir mas

  29. sejati permalink
    August 7, 2011 11:49 pm

    be proud with ours…

  30. November 16, 2011 10:22 am

    arwah nenek aku berasal org pasir mas jugak. she’s so beautiful naturally.

    ada satu citer, masa nenek aku tu sakit dulu, kawan2 mak datang menziarah dan 1st time tengok ibu mak aku, dorang cakap… “wahh..cantik orangnya mak dia.. haha.. tu tengah uzur tu dan usia emas dlm 80-an okey! boleh ckp mcm tu… :p

    nenek aku tu idung mancung, bentuk mukanya cun, putih melepak ala2 arab. rambut grayed wavy paras bahu (uban hehe..) oleh itu skali tngok cam omputeh.
    agaknya mix siam kot coz familynya ada di patani.
    xtawla masa mudanya mcmana… xder pic.

  31. ore klate permalink
    January 17, 2013 10:20 pm

    Nk Caribbean ore pasir mase sore deh..hehe

  32. Saiful Bahari Ahmad permalink
    July 24, 2013 10:38 am

    Datuk saya tinggal dikelantan 60
    tahun lepas dpasir mas sebelum berkahwin dengan nenek saya di Chenor, Pahang. Benar, beliau kata pada masa tu ramai tentera jepun masuk islam sebenarnya, dan selalunya berkahwin dengan penduduk tempatan.

  33. ali permalink
    May 14, 2015 6:33 pm

    seriously?? aku memyesal kawin dgn orang kelantan.. rata2 semua fail

Leave a reply to golden sends Cancel reply