Skip to content

Kuala Kangsar Bandar Diraja… memang best!

January 27, 2009
Exit Kuala Kangsar

Exit Kuala Kangsar

Siang tadi aku balik ke Kota Bharu tak lalu Pahang dan Gua Musang, aku sebaliknya lalu PLUS Highway dan seterusnya masuk ke exit Kuala Kangsar sebab nak ikut Gerik… alang-alang lalu Kuala Kangsar, aku pun singgah sekejap Bandar Diraja ni… bukan apa, saja nak try laksa dan cendol Kuala Kangsar yang dikatakan tersohor tu.

Bulatan Menara Jam

Bulatan Menara Jam

Sebenarnya ini adalah kali kedua aku singgah ke Kuala Kangsar, kali pertama sekitar 8 atau 9 tahun dulu dengan abah ketika singgah makan di medan selera Dataran Lembah (kalau tak silap) dekat tepi sungai tu… ala yang dekat dengan bulatan menara jam tu… masa tu makan nasi je… so tak pernah lagi rasa laksa dan cendol di sini.

Gerai no 7 dan 8

Gerai no 7 dan 8

Ok sampai ke Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar tepi Sungai Perak ni (masa aku pergi dulu takde lagi) orang memang ramai, oleh kerana tak tau gerai mana yang sedap, aku dan anak isteri pun order makanan di gerai nombor 7 dan 8… alamak, kuah laksa ni cair la… macam tak kaw je! Ops…

Laksa... RM2.20

Laksa... RM2.20

Tapi, lepas habis licin laksa dan cendol tu aku kerjakan, aku pun order bungkus pulak sambil dipersetujui oleh isteri aku sebab nak buat makan malam katanya… So… kalau dah bungkus, mestilah sedap! hahaha… sesuatu yang aku pelajari di sini ialah jangan menilai makanan dari segi rupa, walaupun kuah laksa tu nampak cair, tapi rasanya sampai ke anak tekak… Nampaknya, lepas ni kerap la aku balik KL lalu Kuala Kangsar…

Cendol Pulut

Cendol Pulut

Ops… belum habis lagi, lepas perut dah kenyang, mata pun dah stim pekena cendol pulut… kitorang pun pusing-pusing kejap tengok barang kraftangan yang banyak dijual di sini… hasilnya, isteri aku beli labu sayong berharga RM12 untuk nak letak air masak… orang kata air yang disimpan dalam labu sayong ni sejuk…

Labu Sayong

Labu Sayong

Lepas je beli labu sayong, kitorang pun bergegas ke kereta untuk meneruskan baki 5 jam lagi perjalanan membelah banjaran titiwangsa… eh, tak habis lagi… bini aku sempat lagi beli buah berangan dengan jagung madu dalam cawan sebab katanya nak makan dalam perjalanan… haa suka hati la, sampai tak menang tangan aku bawak makanan…

Macam-macam cenderamata ada dijual

Macam-macam cenderamata ada dijual

Kami bertolak meneruskan perjalanan lebih kurang jam 1.30 tengah hari sebelum tiba di garaj rumah aku di Kota Bharu jam 6.20 petang… eh… laksa dengan cendol yang aku beli bungkus tadi tu tak makan lagi… ok lah chow!

Konklusinya, Kuala Kangsar memang sempoi mcm kapal terbang ni

Konklusinya, Kuala Kangsar memang sempoi mcm kapal terbang ni

15 Comments leave one →
  1. akula permalink
    January 28, 2009 12:53 am

    Laksa Lembah tu memang famous. Aku pun tak tau gerai yang mana satu paling sedap. Cendol pulut dia memang best.

    Memula aku lalu tadi ada nampak anak mat saleh dalam gambar tu… alih2 dah hilang..

    Takper… esok start!!

  2. January 28, 2009 6:21 am

    itu A4 skyhawk lah (dah tak pakai lagi), bukan sukhoi

  3. mywanfai permalink*
    January 28, 2009 10:09 am

    akula,
    identiti anak mat saleh tu tak boleh didedah

    shahpaskal,
    oh ye ke… tq bro

  4. Zackk permalink
    January 28, 2009 11:52 am

    Nasib baiklah cow puji laksa dan cendol tempat aku….kalau tak…air sedak so!!! hehehe

  5. sape2 je la.. permalink
    January 29, 2009 1:23 am

    ishh..lapar plak tgk gamba cendol pulut tu..haritu g melaka x sempat merasa cendol..nk g umbai pun x dapat..mmm…

  6. mywanfai permalink*
    January 29, 2009 11:20 pm

    zack,
    dah sedap aku puji la…

    sape2 je la,
    ala nanti boleh makan laksa perlis sampai jemu

  7. January 30, 2009 8:41 am

    nama saya mohd farid..
    terima kasih kerana menghargai makanan dan memuji masakan orang Perak….
    En Wan Faizal patut singgah makan di restoran tasik raban, on the way g grik kat highway tu….

  8. mywanfai permalink*
    January 30, 2009 8:44 pm

    farafiza@mohd farid,
    lu belanja gua la kat restoran tasik raban tu…

  9. June 20, 2009 10:35 am

    kalau kat food court laksa n cendol kat kuala kangsar tu, gerai yang hujung nak ke sungai tu yang best. Aku suka makan rojak dia….laksa pun sedapberbanding kedai lain. Actually tempat ni dipanggil ‘lembah’. Yang lain kureng sikit, actually ada 1 kedai kat belakang sekolah tsung wah (sek men), ni lah kepala kedai laksa di kuala kangsar. Dia yang buat kuah untuk kedai2 laksa lain di kuala kangsar tu. Kuah dia pastinya rasa berbeza dengan kuah yang dijual pada penjual2 lain. Owner nye org islam. Aku lupa nama kedai ni. Actually dia buka kedai tu dalam rumah. Pastu ada mcm2 jenis laksa disitu, kalau laksa special dia ada letak telur goreng, fish cake, fish ball….wahh sedap….aku mmg org sana….dah lama aku xpergi sbb skg aku merantau untuk mencari ilmu…ramai org xtau kedai ni, aku rasa org kuala kangsar sendiri pun ada xtau..huhuhuhu…cubalah2….mmg puas hati…pastu untuk cendol…yg plg sedap aku rasa dekat manong…memang power, kat kedai salim….sedap sgt2…aku dah try cendol kat senawang, seremban tu, tp cendol manong mmg xleh lawan….gerai dia kecik aje…manong tu pun pekan kecil aje….ala2 pekan koboi…..pegi lah cuba….

    • nurul permalink
      April 20, 2013 6:48 pm

      kedai laksa pak ngah taukeh terbesar laksa kuala…terima kasih kerane sudi singgah dan menjamu selera kat tempat teman…;)

  10. mywanfai permalink*
    June 21, 2009 11:14 am

    su,
    tq for the info… wah kena try ni…

  11. Nita permalink
    April 26, 2010 8:26 am

    Salam Semua.. Aku tak pernah pergi Bandar Di Raja sebelum ni.. Malam minggu hari tu 24/04/2010 aku dan kawan2 dah tak tau nak pusing2 kat mana lagi..Kami semua dari Penang.. Kami dengar ada pameran moto2 antik macam vespa,lambreta dll serta kereta dkt dewan apa ntah aku tak ingat..saja nak pergi tengok2 malam minggu tempat org.. sampai saja di Kuala Kangsar hati aku dah terpikat dengan suasana malam kat sana.. Fuhhh..!! cantik sungguh bandar di Raja ni waktu malam.. Bandar ni bermandikan cahaya lampu yg sangat indah…Terpaku aku melihat Masjid Ubudiah yang tesergam indah..Jambatan yang sangat cantik..Ada juga terdengar cendol dan laksa yang sedap tu, tapi tak sempat nak merasa sebab kitorang pergi waktu malam.. Sememangnya pengalaman yang tak dapat aku lupakan..Syabas untuk BANDAR DI RAJA KUALA KANGSAR….!!

  12. Nita permalink
    May 4, 2010 8:54 am

    Salam semua.. 3/05/2010 aku ke Kuala Kangsar lagi tapi ni aku p waktu siang.. 24/04/2010 lalu aku p waktu malam, berbeza la suasana kat sana waktu siang.. Sebab nak merasa laksa dan cendol yang dikatakan famous tu punya pasal, aku pergi la waktu siang.. aku makan laksa & cendol dekat gerai no.7 dorang cakap tempat tu nama dia ‘Lembah’. Punya la teruja nak lunch makan laksa yang di katakan sedap tu, akhirnya hampehh…. bagi aku laksa penang dengan laksa perlis paling sedap.. cendol pulut yang di ‘order’ semata2 ada pulut dengan cendol saja, tak sama macam cendol kat tempat aku di Penang. Cendol kat Penang ada kacang merah,buah nau & pulut kalau nak special ada ais krim kat atas.. yummy…Hurmmm dah kecewa kat gerai laksa tu kami pun ’round’ la kat bandar di raja sempat singgah di masjid Ubudiah & muzium di raja.Dekat muzium tu tak boleh naik kat atas sbb sedang ‘renovate’ kami masuk kat bawah ja lah..Semua serba tak lengkap saja hari tu, dah kecewa dengan laksa tu kami pun teruskan perjalanan pulang dan berhenti ‘lepak’ di Taman Tasik, Taiping…

  13. danial1 permalink
    August 10, 2011 1:07 pm

    Laksa Kuala kangsar ni memang best. Laksanyer dibuat daripada gandum. Lepas makan kat Lembah aku sekeluarga jalan-jalan lak kat area Bukit Chandan, tengok Istana Kuning ngan pusing-pusing keliling Istana Iskandariah, kalau nak sejukkan badan gi plak ke Air Terjun Ulu Kenas wooo best! banyak tempat yang menarik kat Kuala Kangsar ni

  14. sahrul azmi permalink
    November 17, 2014 2:39 pm

    Ada satu kedai makan berlauk tepi sungai harga mahal melampau..ikan talapia bakar saiz 3 jari hampir cecah 20 hengget sekor..selalunya mkn ditmpt lain paling mahal pun rm7-rm9.ish ish…ni lah kali prtama dan trakhir..

Leave a reply to Nita Cancel reply