Skip to content

Cerita pasal bola sikit…

January 25, 2009
Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

TUJUH tahun dulu ketika budak India ni berusia 16 tahun, dia telah terbang ke Manchester untuk memenuhi impiannya menjadi pemain bola sepak. Budak ni bukan anak siapa-siapa, dia tinggal di Rawang… bapanya yang cuma bekerja sendiri berusaha keras mengumpul duit tanpa bantuan sesiapa menghantar anaknya mengikuti latihan di Manchester United Soccer School.

Ternyata macha ni bukan calang-calang, dia terpilih sebagai pelatih terbaik di kalangan ratusan pelatih seusia dengannya dari seluruh dunia termasuk negara kuasa besar bola sepak seperti Brazil, Argentina, Itali, Belanda, England dan Perancis… Aku pernah interviews macha ni ketika praktikal dengan TV3 tahun 2002 dulu iaitu selepas dia balik dari England.

Dengan bangganya dia menunjukkan gambar-gambar, sijil dan piala yang diterimanya dari MU Soccer School… dia juga dengan bangganya bercerita pengalaman sepanjang berada di Manchester United… dia memang bercita-cita besar menjadi footballer terkemuka.

Cuma aku hairan kenapa dia tak main dengan Selangor?? “Saya pernah main dengan Selangor bawah 16 bang, tapi bila duduk asrama, budak-budak lain yang senior selalu ragging saya, jurulatih pulak pilih kasih… sebab tu saya blah, tak nak main dengan Selangor,” kata macha ni pada aku.

Sekarang selepas 7 tahun berlalu, aku tak pernah dengar apa-apa berita mengenai macha ni, dia tak mewakili Selangor mahupun bermain dalam EPL… apa yang pasti, ada pihak terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak pandang dengan kebolehan budak ni.

Kalaulah budak ni diberi perhatian dan terus digilap bakatnya, aku percaya S. Shanmuganathan mungkin kini menjadi tonggak penting dalam skuad kebangsaan. Tapi nak buat macam mana, dah kena 5-0, apa boleh buat!

2 Comments leave one →
  1. January 25, 2009 12:37 pm

    yg dalam gambar tuh macha jugak ke..muahahahahha

  2. mywanfai permalink*
    January 25, 2009 11:28 pm

    manlukeman – lu fikir la sendiri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: