Skip to content

Skuad Liga Super Kelantan pikat pemain Manchester United!

January 22, 2009

SEMALAM aku bersembang dengan seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang enggan namanya didedahkan. Menurutnya, Kafa sudah memeterai perjanjian secara lisan dengan seorang pemain terkemuka dunia untuk bermain dengan Kelantan bagi menghadapi Liga Super musim akan datang.

Dengarnya, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menarik balik keputusan melarang pemain import daripada beraksi dalam Liga Malaysia untuk musim 2010, maknanya pemain itu nanti yang kini beraksi dengan sebuah pasukan ternama dalam English Premier League itu akan digandingkan dengan Khalid Jamlus selaku penyerang.

Selepas didesak beberapa kali, barulah pegawai Kafa itu memberitahu aku pemain yang dimaksudkan adalah Carlos Tevez yang kini bermain bersama Manchester United. Perghhhh… memang gempak giler! 

Pegawai Kafa itu berkata, perjanjian lisan itu sudah dipersetujui ketika pemain kelahiran Argentina itu datang ke Kelantan bulan lalu untuk berjumpa Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Pertemuan itu diadakan di satu lokasi rahsia dan difahamkan sekitar Rantau Panjang iaitu sebaik banjir mulai surut. 

Mula-mula tu aku tak percaya, takkan Tevez sanggup nak main kat Malaysia, berapa juta pulak Kafa kena bayar… dan sebagai bukti, pegawai Kafa itu kemudian mengirimkan gambar pemain itu ketika kedatangannya ke Kelantan. Aku yakin tak lama lagi berita ni pasti meletup!

Tevez (kiri) bersama ejennya ketika berada di Kelantan

Tevez (kiri) bersama ejennya ketika berada di Kelantan

6 Comments leave one →
  1. January 23, 2009 7:28 pm

    Hahaha terkena aku siut… lawak lawak….

  2. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:04 pm

    pehhh!!!!…Hampehh!!!!!

  3. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:04 pm

    Cow buat lawak ker?? Kalau nak buat lawak pi masuk raja lawak la….letih aku baca cow tau tak…

  4. mywanfai permalink*
    January 27, 2009 11:27 pm

    Zackk,
    banyak sangat ko komen sampai x larat aku nak baca… komen yang pedas pun ada gak…

    anyway tq la, mesti ko tgh takde keje ni… air sedak saaa… hahaha

  5. February 8, 2009 7:52 pm

    hhaha..aku terkena..sedare,bole saye copy lawak ni utk ltak dlm blog saye?..

  6. mywanfai permalink*
    February 9, 2009 12:20 am

    wan,
    takde hal… tq lah sebab masuk blog saya ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: