Skip to content

Jom makan nasi ulam… terangkat beb!

January 21, 2009
Restoran Nasi Ulam Cikgu

Restoran Nasi Ulam Cikgu

Cuti Tahun Baru Cina ni kalau rasa-rasa nak bercuti tapi tak tahu nak ke mana, haa… mungkin Kelantan adalah destinasi yang sesuai. Bukan setakat boleh shopping di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Wakaf Che Yeh, nak makan yang sedap pun banyak tempat.

Siap kena tambah lauk lagi

Siap kena tambah lauk lagi

Salah satunya sudah tentu Restoran Nasi Ulam Cikgu… istimewanya di sini anda boleh menikmati nasi berlaukkan ikan keli goreng, ayam goreng dan ikan kembung bakar bersama gulai ikan darat, asam pedas ikan patin serta pelbagai jenis ulam yang mungkin tak pernah didengar seperti terung pipit, beko, putat, nangka muda, salom, pucuk gajus, ulam raja, jantung pisang dan pegaga.

Gulai Ikan Darat

Gulai Ikan Darat

Tapi, paling penting ulam tadi tu dicicah bersama budu yang diperah dengan limau nipis dan ditambah cili api serta tempoyak… perghhh, memang mengancam! Tiga tahun dulu masa mula-mula aku sampai Kelantan, memang tak lalu tengok budu ni, tapi bila sekali try, terangkat beb…

Macam-macam ulam ada

Macam-macam ulam ada

Harganya pulak berpatutan… korang pasti terkejut! Restoran Nasi Ulam Cikgu ni terletak di Kampung Kraftangan di Jalan Hilir Kota, tidak jauh dari Pasar Siti Khadijah… cawangannya pula terletak di Taman Orkid, Padang Tembak di Pengkalan Chepa… eh kamon lah, mat saleh pun makan budu tau kat restoran ni… so apa lagi??

Pembuka selera

Pembuka selera

9 Comments leave one →
  1. wafa permalink
    January 22, 2009 11:45 am

    Hush…rasa cam nak g kelantan jer lunch ni…

    p/s: patut ler herbalife aku tak laku kat kelantan….hahahaha..

  2. January 22, 2009 11:55 am

    kembali sudah ke menu makanan pulak..berseri la blog ko nih..

  3. mywanfai permalink*
    January 22, 2009 10:09 pm

    wafa – so bila nak datang kelantan??

    manlukeman – jom la pekena nasi ulam…

  4. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:07 pm

    Aku ingat lagi memula cow datang kelantan…mana cow nak makan nasik budu ni semua. Balik balik nu ha nasik mamak tu…le ni bukan main lagi cow promote si nasik cikgu nih…berapa komisen cow dapat aaa…

  5. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:08 pm

    Eh…apa pun cow belanja lah aku makan kat situ aaa….terliru aku nih…

  6. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:08 pm

    Terliru lak….terliur lah…tu lah cow citer pasal makan…tulis pun dah salah…

  7. wok YOH permalink
    May 16, 2009 1:34 am

    Nasi Ulam Cik gu…..memang ngam lah…aku selalu makan kat situ..makan 5 beranak tambah satu cucu…siap dg milo..air sirap biasa lah….lauk ayam goring,ikan keli,ikan bakar,asam pedas ikan patin budu plus ulam..siap tapou wat balik (untuk makan malam)baru RM25…tak pernah lebih…kurang dari Rm 25 ada…dulu…makan lah banyak mana nak nyampai RM20 tu payah…wa cakap lu rugi oookalau tk cuba….

  8. sarah permalink
    October 9, 2009 6:49 pm

    mmg sdp giler…
    murah lak 2…
    cikgu hamid pom baik…, layan guest ngan ramah.

  9. sarah permalink
    October 9, 2009 6:50 pm

    mmg sdp n murah!!! rugi lau x g try..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: