Skip to content

Pelajar pondok pilih dipenjara 2 hari

January 19, 2009
Ahmad Nasir Darus

Ahmad Nasir Darus

Kesalahannya hanya tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal kerana ketika itu dia memakai serban… kerana tidak berpuas hati disaman, Ahmad Nasir Darus, 28, membawa kes berkenaan ke mahkamah. Namun, dia didapati bersalah dan dikenakan hukuman denda RM90 atau penjara dua hari.

Pelajar pondok Pasir Tumboh ini bagaimanapun tidak mahu membayar saman, sebaliknya memilih dipenjarakan dua hari kerana berpegang kepada prinsipnya untuk mempertahankan sunnah… maka laungan takbir bergema di perkarangan mahkamah Kota Bharu petang tadi apabila kira-kira 100 pelajar pondok  yang juga rakannya turut hadir mengikuti kes berkenaan.

Dia disaman pada 20 September 2007 ketika menunggang motosikal di Jalan Pasir Tumboh jam 6.30 petang… Dalam perbicaraan sebelum ini, peguam bela Ahmad Nasir mengemukakan hujah bahawa dia tidak patut disaman kerana terdapat peruntukan undang-undang yang mengecualikan sikh, lebai dan imam dari memakai topi keledar.

Namun, dalam hujah pendakwa pula, Ahmad Nasir tidak boleh dikategorikan sebagai lebai kerana dia masih bergelar penuntut di sekolah pondok dan belum menamatkan pengajian… Apapun, kes ini pasti menarik perhatian penggubal undang-undang kerana definasi lebai sebenarnya luas… adakah perlu sesiapa yang memakai serban termasuk penuntut sekolah pondok turut diberi pengecualian dari memakai topi keledar… aku cuma menunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh minat.

2 Comments leave one →
  1. mediakelantan permalink
    January 20, 2009 11:38 am

    aku melepas la gang kes nih..xbest tul..

  2. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:20 pm

    Aku plak nyaris melepas…..suasana yang meremangkan cow tau mediakelantan…abis bulu aku meremang bilerr ingat kes nih…Ishhh meremang dah nih!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: