Skip to content

Menyayat hati… dua kanak-kanak ditemui rentung dalam keadaan berpelukan

January 15, 2009

MENYAYAT hati… pilu… sedih… simpati… semuanya ada tatkala mengenangkan dua kanak-kanak yang baru berusia 2 dan 5 tahun meninggal dunia dan rentung dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran di Berek 12, Kota Bharu, petang tadi.

Ketika membuat story kebakaran ni, aku asyik terbayangkan bagaimana agaknya perasaan ibu bapa kanak-kanak ni… semoga Allah memberikan mereka ketabahan dalam menghadapi dugaan yang sangat besar ini… Aku malas nak tulis panjang kat sini… jadi, aku copy paste je story tu kat sini…

Kebakaran di Berek 12

Kebakaran di Berek 12

KOTA BHARU: Dua kanak-kanak bersaudara, masing-masing berusia dua dan lima tahun, ditemui rentung dalam keadaan berpelukan selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan rumah keuarga mereka di Lorong Chica, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang itu, Tengku Idris Tengku Iskandar, 2, dan sepupunya, Khairul Bariah Wan Ilias, 5, ditemui mati atas katil dalam sebuah bilik di tingkat atas rumah separa batu dan kayu yang didiami 13 orang dari tiga keluarga itu.

Kebakaran di Berek 12

Kebakaran di Berek 12

Ketika kejadian, dua mangsa terbabit sedang menonton televisyen bersama seorang lagi sepupu mereka, Fakrulrazi Khairul Anuar, 6, yang sempat menyelamatkan diri secara terjun menerusi tingkap bilik sebelum disambut bapanya, Khairul Anuar Mohd Yusof, yang menunggu di bawah.

Nenek mereka, Hairulnisah Merican, 70-an, bersama cucunya, Qistina Maira Khairul Anuar, 8, yang berada di tingkat bawah sempat menyelamatkan diri keluar dari rumah itu selepas diberitahu Khairul Anuar sebaik melihat api marak dengan cepat di tingkat atas.

Ketika ditemui di tempat kejadian, Khairul Anuar berkata, ketika kejadian beliau baru pulang dari pejabat sebelum mendapati api marak di tingkat atas rumah menyebabkannya tidak dapat naik untuk menyelamatkan anak serta dua anak saudaranya itu.

Berikutan itu, beliau menyuruh Hairulnisah dan Qistina keluar menyelamatkan diri sebelum pergi ke belakang rumah dan menjerit memanggil nama anak serta dua anak saudaranya meminta mereka terjun menerusi tingkap.

“Dalam keadaan cemas itu, saya menyambut Fakrulrazi yang nekad terjun menerusi tingkap itu. Bagaimanapun, jerita saya memanggil dua anak saudara tidak berjawab menyebabkan saya cuba memanjat dinding rumah untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal kerana api semakin marak,” katanya.

3 Comments leave one →
  1. January 16, 2009 3:01 pm

    aku jugak terlepas kes ni..ko pegi ek ???? aaaaaaaa…

  2. mywanfai permalink*
    January 16, 2009 6:07 pm

    aku pun terlepas gak… nasib baik metro ada… huhu

  3. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:27 pm

    Apa laaa benda cam ni korang boleh melepas cam tu jer….errr….aku lagi lah melepas…semoga allah cucuri rahmat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: