Skip to content

ASL Plz… GTG… n…

January 14, 2009
MIRC

MIRC

BIARLAH aku mulakan entry ini dengan ketawa… kah kah kah… ntah macam mana malam tadi aku boleh layan cerita Melayu berjudul Kasanova XXL kat TV3… banyak kali jugakah aku tergelak tengok cerita ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak release tension selepas seharian bekerja… dah lama aku tak tengok cerita Melayu, cerita ni bagi aku jauh lebih ok berbanding Pepaya yang aku rasa antara cerita paling ntahpape yang pernah aku tengok.

Cerita ni pasal seorang lelaki gemuk (nama pelakon aku tak tau) yang mempunyai ramai awek yang dikenalinya melalui chatting… Oleh kerana tak nak awek chatting tu tau dia sebenarnya gemuk, maka dia pun menghantar gambar rakan serumahnya (Rusdi Ramli)… awek-awek tu pun apa lagi, terus terpikat dengan mamat gemuk tu!

Opss… bukan cerita Kasanova XXL yang aku nak sampaikan kat sini… bukan… bukan… sebenarnya aku teringat zaman chatting guna MIRC dalam channel Kampung dulu lebih kurang antara 1998 hingga 1999… masa tu takde lagi Facebook, Yahoo Messanger pun aku ingat tak top lagi… MIRC  lah medium untuk mencari kenalan atau dalam bahasa mudahnya mencari awek! kah kah kah

Ada beberapa nick name yang aku selalu guna… antaranya Lestat dan Kid_99… biasanya aku berchatting kat ciber cafe je, bayar RM2.50 sejam tapi line internet lembab giler… masa tu mana ada internet kat rumah… bila nak memulakan chatting, kita akan tanya soalan seperti ASL Plz… tapi bila nak menamatkan perbualan, kita taip GTG dan n… hahaha… semua tu nostalgia…

Aku sebenarnya tak pandai sangat chatting ni, tak pandai mengayat pun… aku banyak belajar dari seorang kawan aku yang menggunakan nick Aboy_KL… member aku ni memang handal chatting sampaikan dalam MIRC pun boleh couple… itu tak kira lagi awek blind date, ramai tak terkira… ada yang tersangkut, ada jugak yang kantoi sebab suara kat telefon tak menggambarkan rupa sebenar.

Ada jugak kawan aku yang bertemu jodoh melalui MIRC… sekarang dah kahwin dah ada anak pun… Aku… macam aku cakap tadi, aku tak pandai chatting, blind date dengan awek chatting pun tak pernah… boleh percaya ke?? hahaha

5 Comments leave one →
  1. January 14, 2009 12:55 pm

    bijak-bijak..ko dh ke depan la wanfai..

  2. January 14, 2009 4:03 pm

    antu _cool: gua caya lu tak pernah blind date… hehehehe

    *nick aku dalam mirc dulu..

  3. January 14, 2009 4:05 pm

    Paling bosan bila mula-mula nak sembang tanya,
    Asl, gender dan umur. Hmmm…

  4. mywanfai permalink*
    January 14, 2009 4:32 pm

    manlukeman – gua banyak belajar dari lu

    tukang canang – aku memang budak baik… hahaha

    bayan – MIRC kenangan waktu remaja

  5. akula permalink
    January 15, 2009 11:43 pm

    Agaknya lelaki gemuk tu ada tak kempiskan perut dia masa chatting dengan awek-awek tu?

    Masa jadi cikgu dulu pernah jugak aku menyamar masuk cenel anak2 murid aku. Kot-kotla depa ada kutuk aku.. hu hu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: