Skip to content

Iguana sebesar biawak dewasa… misteri…

January 13, 2009

Malam tadi ketika asyik menonton tv kat rumah, tiba-tiba aku rasa perut memulas… sah, ni mesti pasal terlebih makan nasi Kak Wok! Lantas aku pun masuk ke bilik air… “eh apasal tak boleh tutup pintu jamban ni? Siapa pulak yang halang pintu ni dari luar,”… “Bini aku ni buat lawak apa pulak ni… tadi elok je dia tidur,” hatiku berkata-kata.

Lalu aku pun mengintai ke luar… “eh takde orang.”… Aku mula rasa tak sedap hati… rasa sakit perut tadi pun terus hilang. Aku ke ruang tamu dan terkejut apabila melihat isteri dan anak aku, Arman yang berusia 8 bulan tengah baikkkk punya tidur. “Siapa yang halang pintu bilik air tadi,” aku mula cuak… “Ya Allah…” Aku tergaman melihat seekor iguana yang saiznya lebih kurang sebesar biawak dewasa di hujung sudut rumah aku… “Macam mana dia boleh masuk rumah aku ni??

Iguana

Iguana

 Tiba-tiba, iguana tu terbang mengelilingi rumah aku… Aku semakin cuak, ketakutan mula menguasai diri… lalu aku menggosok-gosok mata dengan harapan aku sebenarnya sedang bermimpi… Ohh.. apa yang berlaku depan aku ketika itu adalah kenyataan!… Iguana tadi kemudian terus menerpa ke arah aku yang dari tadi dah terduduk sebab terlalu takut… Ohh tidakkk…

Tiba-tiba aku terdengar suara bini aku, “Hish tidur mati sampai anak melompat kat atas badan pun tak sedar… nasib baik Arman tak jatuh.”… Fuhhhh… lega… kenapalah aku asyik bermimpi perkara-perkara misteri je sejak akhir-akhir ni… selepas memberikan satu ciuman kepada Arman, aku pun kembali tidur!

7 Comments leave one →
  1. akula permalink
    January 13, 2009 3:09 pm

    Tu la sebabnya orang tua-tua suruh basuh kaki sebelum tidur kan ke dah mimpi macam-macam.

    Aku pun cuak jugak tadi masa baca sebab dalam entri sebelum ni aku baca rumah penulis resah selalu sangat kena masuk dengan binatang peliharaan.

    Aku ingat esok mau keluar muka depan sokkaba kalau betul iguana..

  2. January 13, 2009 9:25 pm

    haha…macam2…dari kura2…kucing..sampai la ke iguana……cam kelakar gak mimpi iguana terbang..pastu tetiba arman melompat…nasib baik arman lompat…if x…cmne la sambungan mimpi tu agaknye……ahaks!

  3. January 14, 2009 12:54 pm

    kau dh semakin hebat dlm bercerita..au tabik spring la..

  4. wafa permalink
    January 14, 2009 3:22 pm

    Mimpi Iguana x per… ular jangan… hu..hu

  5. mywanfai permalink*
    January 14, 2009 3:33 pm

    akula & permatanusantara – dengan iguana kecik yang orang buat perhiasan kat rumah pun aku takut, inikan pulak yg besar

    manlukeman – lu mentor gua…

    wafa – mimpi ular lagi takut

  6. January 14, 2009 10:53 pm

    ahahahaha… tak tahan….~

  7. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:32 pm

    Lepas nih apa plak mimpi cow tuh…hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: