Skip to content

Aku nak makan nasi Kak Wok! yum… yum…

January 10, 2009

ESOK adalah hari bekerja di Kelantan… aku ada assignment jam 8 pagi di Ibu Pejabat Polis Kelantan, lepas tu ada sidang media Persatuan Bola Sepak Kelantan jam 10 pagi di Wisma Kafa Kampung Chica… dalam pukul 12 tengah hari habis la kot assignment tu… so lepas tu boleh lah singgah jap kat kedai nasi Kak Wok belakang KBMC…

Haa… jangan tak tahu, kat Kelantan ni bukan nasi kerabu, nasi air, nasi dagang, nasi ulam dan nasi berlauk je yang terkenal… tapi nasi Kak Wok pun dah jadi satu produk yang cukup sinonim dengan orang Kelantan… Aku yang dah lebih tiga tahun duduk Kota Bharu ni pun suka jugak makan nasi Kak Wok ni…

Apa yang istimewa pasal nasi Kak Wok ni??? Haaa… harganya murah… anda tentukan harga… dari semurah RM1.50 sehinggalah RM3.50, anda dapat makan dengan sekenyang-kenyangnya! lauknya cuma ayam yang dipotong kecil-kecil dan kuah gulai… tak ada lauk lain… kalau rasa nak pedas sikit, boleh mintak sambal lebih…

Tapi apa yang penting, kalau nak beli Nasi Kak Wok, kena datang awal… kalau tidak terpaksalah beratur panjang terutama pada waktu puncak… biasanya kedai nasi Kak Wok dibuka dari pagi hingga ke tengah hari… jangan datang pukul 2 petang, sebab nasi dah habis…

Nasi Kak Wok

Nasi Kak Wok

Aku tak sure mana satu kedai nasi Kak Wok yang original kat Kelantan ni… ada yang bagitau kat belakang KBMC tempat yang aku selalu pergi tu… tapi kalau malas nak pergi kat situ, ada banyak lagi kedai yang jual nasi ala Kak Wok sekitar bandar Kota Bharu ni… tapi bagi aku kat tempat lain tu tak berapa nak kaw la…

So, kalau datang ke KB, jangan lupa try nasi Kak Wok… member aku yang datang dari KL pun suka… Ahhh… tak sabar rasanya nak tapau nasi Kak Wok esok, hehehe…

7 Comments leave one →
  1. Abg zackkk... permalink
    January 11, 2009 8:07 am

    Kau belanja aku ek….aku pun lapor dengor nihh..

  2. mywanfai permalink*
    January 11, 2009 12:25 pm

    Abg zackkk… – nak belanja takde hal… tapi kenapa emel abg zackkk ada angka 78?? mudanya abg zakckk ni…

  3. akula permalink
    January 12, 2009 7:54 am

    Makanan kelantan memang sedap.. aku dengan member ofis selalu kalau ke KB takkan lepaskan peluang mesti pekena nasik berlauk kat gerai area bilik gerakan UMNO berhampiran pasar payang tuh.. Itu pun bagi aku dah cukup sedap..

    Kalau penulis kata nasik Kak Wok sedap next time pegi KB nak kena try ni..

    Aku bukannya apa.. setau aku penulis ni cerewet sket bab-bab makan… hu hu..

  4. mywanfai permalink*
    January 12, 2009 8:55 pm

    akula – bila nak datang kb lagi??

  5. Zackk permalink
    January 27, 2009 1:35 pm

    Pasar Payang?? Pejabat Umno??

  6. akula permalink
    January 27, 2009 8:33 pm

    silap tu… bukan pasar payang… pasar siti khadijah la..

  7. nashran permalink
    December 18, 2009 12:03 pm

    best soho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: