Skip to content

Tiga tahun, 51 terkorban di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

January 9, 2009

Hari ini, genap seminggu peristiwa hitam kemalangan maut di Gua Musang membabitkan tiga kenderaan yang mengorbankan 10 nyawa termasuk seorang ibu dan tiga anaknya. Rakan setugas aku yang membuat research mengenai kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai menjumpai fakta yang amat mengejutkan!

28/12/2008 - dua beradik maut kemalangan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk

28/12/2008 - dua beradik maut kemalangan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk

Berdasarkan laporan Berita Harian, sekurang-kurangnya 51 mangsa maut akibat kemalangan jalan raya di Gua Musang sepanjang tempoh tiga tahun dari 2006 hingga 2008, dan jumlah itu sentiasa mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun iaitu 20 terbunuh sepanjang 2008 berbanding 17 pada 2007 dan 14 kematian pada 2006.

30/11/2008 - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan maut apabila MPV yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

30/11/2008 - Empat kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan maut apabila MPV yang mereka naiki bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 107 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Daripada perangkaan itu, Jalan Gua Musang-Kuala Krai menyaksikan pasti ada nyawa yang melayang dalam tempoh dua bulan sekali. Januari 2008 juga menyaksikan enam kematian dicatatkan dalam tempoh dua hari sebelum Januari tahun ini menyaksikan 10 kematian dicatatkan di Kilometer 21 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Sejuk.

21/10/2008 - Seorang maut, dua parah apabila Proton Perdana yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam cerun dalam kebun sawit di Kilometer 26.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

21/10/2008 - Seorang maut, dua parah apabila Proton Perdana yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam cerun dalam kebun sawit di Kilometer 26.1 Jalan Gua Musang-Kuala Krai

28/8/2008 - bapa bersama dua anaknya maut selepas kereta dinaiki bertembung trailer di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 2

28/8/2008 - bapa bersama dua anaknya maut selepas kereta dinaiki bertembung trailer di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Felda Chiku 2

Mywanfai – Sekadar ingin berkongsi dan sama-sama menjadikannya sebagai iktibar…

One Comment leave one →
  1. July 5, 2009 7:53 pm

    join kami sebagai blogger anak krai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: