Macam mana ni… tak dapatlah aku nak balik kampung!
SEMPENA cuti Tahun Baru Cina nanti, aku bercadang untuk pulang ke KL… bos pun dah approve cuti aku selama 5 hari dari 23 hingga 27 Januari ini. Tak sabar rasanya untuk berjumpa keluarga dan sahabat handai di KL… Aku bercadang nak balik naik flight… malas nak drive sendiri sebab cuti pun tak lama mana… Lagipun, perjalanan dari Kota Bharu ke KL dah ambil masa sehari… pergi balik dah 2 hari, maknanya aku cuma cuti 3 hari je… nak naik bas pulak leceh sebab anak aku kecil lagi…

Air Asia
So, malam tadi aku pun melayari laman web AirAsia bagi menempah tiket dari Kota Bharu ke LCCT untuk tiga orang iaitu aku, isteri dan anak aku yang berusia 8 bulan… Malangnya, harga tiket mahal ya amat… Pergi dan balik semuanya berjumlah RM424… huh… tak boleh ni… harga tiket dah suku sebulan gaji aku…

Fire Fly
Seterusnya, aku layari pula laman web FireFly… mak datuk! lagi mahal… semuanya RM929.70… ini macam boleh botak kepala woooo… Aku sedar aku nak booking tiket waktu musim perayaan, memanglah mahal… tapi aku tak sangka pulak sampai semahal ni… Akhirnya, aku buat keputusan… duduk ajelah di Kota Bharu… huhuhu… Aku tak dapat balik kampung…. huhuhu
sian ko xpdt blk kl..ni baru blogger..hits tinggi..tiap2 hari update..cayala..