Skip to content

Banjir… masa untuk berpesta

January 5, 2009

KALI ni aku tak nak bercerita pasal alam misteri… kalau asyik cerita mistik, nanti orang kata blog aku ni blog misteri… so, bersempena dengan banjir gelombang kedua yang semakin buruk melanda Pantai Timur dan juga negeri tempat aku bertugas iaitu Kelantan, maka kali ni aku nak bercerita mengenai banjir!

Aku nak limitkan cerita aku membabitkan keadaan banjir di Kelantan saja, sebab suasana banjir di negeri lain aku tak pernah lalui dan mungkin keadaannya berbeza…

Bagi sesetengah orang, banjir pastinya mengundang duka terutama mereka yang kediamannya ditenggelami banjir sehingga merosakkan peralatan rumah, perabot selain barangan dan dokumen berharga yang mungkin dihanyutkan arus, manakala petani pula tentunya bersedih kerana kemusnahan hasil tanaman.

kb2711fa004

Namun di Kelantan, kedatangan musim tengkujuh adalah sesuatu yang dinanti-nantikan sebahagian lagi penduduknya sama ada kanak-kanak, remaja mahupun warga emas yang mengambil kesempatan keluar beramai-ramai mengharung banjir sehingga suasana bencana bertukar menjadi pesta.

BANJIR / KOTA BHARU

Di Rantau Panjang iaitu antara kawasan yang terjejas teruk disebabkan limpahan Sungai Golok, suasana perkelahan dapat dilihat di mana-mana… ketika ini jualan pelampung meningkat dengan mendadak! bagi yang lebih pro, tak payah pakai pelampung, mereka dengan selambanya mempamerkan aksi stunt dan lagak ngeri terjun ke dalam tali air dan sungai yang mengalir deras… tak sayang nyawa diorang ni… Aku rasa, musim banjir inilah pihak bertanggungjawab sepatutnya turun padang mengesan bakat baru untuk diketengahkan dalam acara Terjun bagi menghadapi Sukan Sea akan datang.

Banjir juga adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu pasangan bercinta kerana pada waktu inilah mereka berpeluang melalui saat romantis berjalan beriringan berpegangan tangan sambil mengharungi kesejukan air banjir… baju yang basah disebabkan hujan menambah lagi suasana romantis… Ahhh, banjir pasti meninggalkan kenangan indah buat pasangan bercinta…

kb2911fa024

Banjir juga sebenarnya membuka pintu rezeki kepada peniaga keropok lekor dan pisang goreng di Rantau Panjang kerana kehadiran orang ramai yang luar biasa menyebabkan jualan mereka meningkat berlipat-ganda berbanding hari biasa walaupun air sudah naik sehingga ke paras lutut makcik yang meniaga tu.

kb2911fa003

Memang meriah banjir di Kelantan, suasananya mungkin tak dapat dirasakan di tempat lain… setakat banjir kilat kat KL aku ingat memang tak terlawan dengan kemeriahan banjir di Kelantan… Tapi, banjir ama seperti api, ketika kecil menjadi kawan… sungguhpun mempunyai keberanian dan mahir berenang, jangan sesekali mencabar kuasa alam, silap langkah nyawa melayang.

Bagi aku, banjir cuma seronok sebab dapat cuci mata je… itu pun kalau banjir dalam kategori biasa… kalau banjir besar macam 2004 atau banjir macam di Johor pada 2006, aku pun tak berani… paling tak seronok, banjir adalah waktu yang memenatkan bagi wartawan, silap haribulan cuti pun dibekukan… sekarang ni pun tengah penat, mata pun dah mengantuk! Aku mendoakan supaya banjir cepat surut sebab ramai lagi yang susah berbanding yang bergembira setiap kali tibanya banjir…

2 Comments leave one →
  1. akula permalink
    January 5, 2009 7:16 pm

    wah.. seronoknya adik baju biru tu terbang.. bahaya dik oi.. macam2 penyakit ada dalam air tu walaupun warnanya macam teh tarik..

    aku cadangkan pihak berkuasa ambil inisiatif buatla satu penempatan ke asrama atas bukit ke kalau dah tau kawasan tu selalu banjir setiap tahun..

    bukan apa.. sian asyik pindah randah..

  2. April 7, 2010 5:48 pm

    thanks infoy..

    nice artikel..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: