Skip to content

Selamat tahun baru 2009

January 1, 2009
Aku ketika membuat liputan kereta api terbalik di Kuala Krai

Aku ketika membuat liputan kereta api terbalik di Kuala Krai

FAJAR 1 Januari 2009 yang memancarkan sinarnya hari ini, menandakan aku sudah pun meninggalkan kenangan ketika di usia 20-an… aku kini sudah menginjak ke tahun ke 30 dalam hidup… Alhamdulillah, Allah masih memberikan kesihatan untuk terus hidup di bumi ini…

1 Januari 2009 juga menandakan masuknya tahun keempat aku bertugas di Kota Bharu, meninggalkan tiga tahun yang lalu sebagai lipatan kenangan sepanjang bergelar wartawan di Kelantan… dan dalam tempoh itu, banyak pengalaman suka duka yang aku lalui… Tidak seperti ketika bertugas di KL, di sini aku bukan setakat membuat liputan current news dan politik… malah berkesempatan buat story jenayah, kemalangan, human interest, mahkamah, banjir dan pelbagai genre lain yang tak mungkin dapat aku peroleh ketika bertugas di KL. Pendek kata, aku cover dari sekecil-kecil cerita hinggalah ke cerita muka depan… Sehinggakan, cerita misteri pun aku cover!

Sepanjang tempoh tiga tahun di sini, banyak story yang aku hasilkan disiarkan di muka depan akhbar syarikat tempat aku bekerja.. Antara story yang aku hasilkan yang tak mungkin dapat aku lupa termasuklah Misteri suara dari kubur, Misteri jenazah batang pisangKereta api terbalik selepas langgar kerbau, Petani sanggup bayar RM3,000 untuk ujian DNA kerana berebut kerbau, Murid Tahun 4 maut terseret 5 km, dan sudah tentu Lanun minta RM10 juta yang menjadi tajuk utama muka depan pada 1 Sept 2008.

Mungkin pengalaman yang aku lalui tak sehebat wartawan lain yang berpengalaman cover kes besar dan gempak-gempak macam tanah runtuh bukit antarabangsa atau berada di medan perang… Aku cuma wartawan biasa yang duduk di states… Tapi, sekadar ingin berkongsi pengalaman kecil yang tak seberapa… dan jika berkesempatan, pada entry akan datang aku akan paparkan semula story Misteri suara dari kubur yang sehingga kini pun masih belum terjawab kebenarannya serta pengalaman membuat liputan ala-ala wartawan Mastika… Tunggguuuu… selamat tahun baru…

6 Comments leave one →
  1. akula.. permalink
    January 1, 2009 10:21 am

    Selamat Tahun Baru 2009.. wah dah 30 tahun kau yer.. anyway welcome to the club..
    Tak sangka dah lama jugak kau menumpahkan bakti di tanah kelahiran sendiri. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun. Dari bujang tran tang tang sampaila dah berkeluarga. Walaupun kau jauh tapi namamu tak pernah lekang dari bibir kami berenam di sini. Rindu untuk kembali bersama. Terutamanya dengan kehadiran awang kecil penyeri..
    Aku pun baru nak cadangkan semua story yang kau tulis dipublish di sini. Mana nak cari koleksi tu lagi..
    Anyway.. all the best.. teruskan perjuangan..
    selamat menempuh tahun baru yang dengarnya lebih mencabar.. lebih merosot ekonominya.. maka perlu kurangkan macam2.. kurang berbelanja.. kurang makan.. he he..
    err.. aku rasa kau kena tanya milyn shoppe untuk apa2 produk supaya lebih sihat.. maklumla kerja macam kau ni mencabar dan perlu fit dan ringan..
    ok.. selamat…

  2. January 1, 2009 11:19 pm

    ehe…ala2 wartawan mastika…lepas ni bukak majalah baru la…misteri nusantara….dengan tagline himpunan kisah2 misteri kepulauan melayu…huhu…lalala

  3. mywanfai permalink*
    January 2, 2009 12:58 am

    akula – aku dah semakin tua… teringat dulu ko selalu kata aku baru form 1… form 2… hahaha

    permata nusantara – mana boleh lawan kisah mistik dalam sangbayupermatanusantara

  4. January 2, 2009 9:03 pm

    wanfai, tahniah kerana kau sebenarnya memang dilahirkan sebagai wartawan.
    kita sebagai wartawan kecik ni, bila dapat headline, dah kira tuah dan dicampur dengan perit jerih, penat lelah dan homework utk dptkan stori2 gempak, adalah satu kepuasan.
    moga hang akan dapat lebih byk stori bagus utk aku juga turut bacanya.
    nak kau posting stori behind the scene apa yg kau lalui semasa buat stori2 tu.Yang paling kelakar aku baca, stori kau yg kerbau DNA tu…

  5. mywanfai permalink*
    January 3, 2009 12:15 am

    ondscene.sham – tq bro… macam2 cabaran duduk kat state ni, kena pukul pun dah merasa gak… haha… cite kerbau DNA tu memang kelakar… semata-mata sebab nak berebut kerbau sampai sanggup keluar RM1,500 seorang untuk tentukan pemilik sebenar kerbau tu… hahaha

  6. akula.. permalink
    January 3, 2009 8:14 pm

    aku pun rasa kau ni memang dilahirkan sebagai wartawan..

    cuma dulu mungkin cikgu-cikgu kau tak perasan.. semoga kau lebih sukses dan lebih banyak stori2 menarik untuk tahun 2009.

    adios!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: